Bab 1

"MOCHI janganlah menyorok lagi, penatlah akak nak cari kamu" keluh Putri sambil menggelap dahinya yang berpeluh.

Sedari tadi dia mencari-cari kelibat si Mochi, kucing parsi berbulu putih itu di laman hadapan rumah agam milik keluarganya.

Dahlah tempat itu luas, dipenuhi rimbunan pokok-pokok bunga berlainan species. Masakan dia mampu mecari kucing nakal itu?

"Mochi, keluarlah. Akak risau lah kamu asyik menghilang macam ni"

Mata bundarnya dililaukan ke sana sini dengan harapan dia dapat melihat kelibat Mochi.

" Cik Putri usahlah risau. Nanti Mak Yam tolong carikan Mochi sampai dapat. Kamu tu kena pergi sekolah. Nanti lambat masuk kelas" tegur Mak Yam, pembantu rumah agam milik keluarga Putri.

Putri menggelengkan kepalanya dengan lemah.

"Tak Mak Yam. Selagi saya tak tangkap Mochi tu, hati saya tak tenang. Nanti saya tak fokus belajar"

Hatinya tidak keruan pabila mengenangkan Mochi mungkin ditimpa musibah sebaik sahaja dia melangkah keluar dari rumah agam itu.

" Putri, kenapa tak berangkat ke sekolah lagi? Dah pukul berapa ni"

suara garau milik Tengku Ilham menyentak lamuannya.

"P-papa...ermm Putri cari Mochi . Dia menghilang pulak"

Dahi Tengku Ilham berkerut seribu tatkala mendengar alasan satu-satunya puteri tunggal kesayangan.

"Aik? Bukan tadi masa papa keluar lift dekat depan lobi ,Mochi tengah bergolek atas sofa tu ke?"

Pelik, macam mana kucing berkaki montok itu boleh lari keluar dari rumah ke halaman sejauh lima kilometer?

"For real papa? He's inside all this time?"

Membutang mata Putri mendengar penjelasan papanya. Kaki laju melangkah masuk kembali ke dalam rumah.

"Mochi!" Teriak Putri.

Dari kejauhan, dia melihat kucing berbaka parsi itu sedang enak sekali menggulingkan tubuh montelnya di atas karpet berbulu yang kebetulan sama warna dengan bulu miliknya.

"Sampai hati Mochi buat akak risau separuh mati macam ni... Naughty boy" Putri menangkap tubuh Mochi lalu menggendongnya.

Seakan mengetahui tuannya kesal atas sikapnya itu,  Mochi membalas dengan mengiau perlahan.

"Putri ,baik kamu cepat naik kereta. Dah lama Pak Samad tu tunggu kamu"

Putri tersengih malu. Dia menghadiahkan sebuah kucupan mesra buat Mochi kesayangan lalu dihulurkan kucing itu ke dakapan Mak Yam.

"Jaga dia baik-baik ye Mak Yam. Tengokkan dia kalau dia cuba nak keluar, jangan bagi snek Shiba dekat dia yang nakal harini" pesan Putri.

Mak Yam mengangguk kepalanya. Ia kan sahaja apa yang dikatakan oleh cik muda kesayangan.

"Thanks Mak Yam. Saya gerak dulu" dia menyalam tangan Mak Yam dengan penuh hormat sebelum berlalu pergi ke arah Tengku Ilham.

"Belajar elok-elok Putri. Hati-hati naik kereta tu"

"Baik papa.love you" selepas menyalami Tengku Ilham dia kemudian mengkucup pipi ayahnya.

Setelah itu, dia memasuki perut kereta berjenama BMW berwarna hitam yang mempunyai lambang kebanggaan keluarga mereka sejak turun-temurun.

Kereta berjenama mewah itu terus laju meluncur keluar dari perkarangan rumah agam yang serba gah itu menuju ke jalan raya.

══★ ✧ ✫ ✭ ✫══

F I R S T E N C O U N T E R
HAYDEN LEE X PUTRI RANIA

PAK SAMAD memberhentikan kereta berdekatan pintu gerbang berwarna emas yang kelihatan mewah. Ditengah-tengah perkarangan sekolah itu dapat dilihat binaan air pancut yang menjadi mercu tanda Alexander Elite School atau singkatannya dikenali sebagai AES.

Tergopoh-gapah Putri keluar dari perut kereta lalu dia menutup pintu kereta dengan kalut.

Dia menundukkan tubuhnya ke arah Pak Samad yang masih di dalam kereta.

"Terima kasih Pak Samad sebab tadi setia menunggu saya"

Pak Samad tergelak.Gelagat cik muda yang dia jaga sejak kecil sampai sekarang ini masih tidak berubah. Kekal merendah diri.

"Takpelah Putri dah memang tugas pakcik jadi driver kamu"

Cepat-cepat Putri melangkah memasuki perkarangan sekolah. Lagi lima minit loceng berbunyi. Dia kena cepat masuk kelas subjek Physic II sebelum Mrs.Wong masuk dulu.

Dalam hati, dia tidak putus berdoa agar dia sempat sampai.

Bukkk!

Tubuh genit milik Putri terpelanting ke belakang dek perlanggaran tanpa sengaja itu.

"Aduh..." Ngadu Putri. Buku-buku yang berada dalam dakapannya berterabur atas lantai.

Dia menggosokkan pinggangnya yang terasa sengal. Kepala didongak memandang si pesalah yang tidak berganjak dari tempat asalnya.

Seorang gadis tinggi lampai berkerut menahan sakit. Dia mengurut lengannya sambil menjeling ke bawah.

"Hey, awak dah buta ke sampaikan orang jalan di hadapan pun awak pi langgar?" Perli gadis itu.

Wajah Putri memucat. Dia segera bangun dari lantai lalu menundukkan tubuhnya sambil meminta maaf.

"Maaf, saya tak perasan sebab nak cepat tadi. Awak tak apa-apa ke?"

"Huh, dah tau lambat lagi terhengeh-hengeh jalan.padan muka" gadis itu mendegus perlahan.

Rambutnya yang separas bahu itu diselak ke belakang.

Putri mengigit bibirnya. Kesal sekali dengan kecuaian diri sendiri. Memang salahnya juga .

" dahlah I don't have time to waste. You go jauh-jauh" halau gadis itu. Dengan selamba dia memijak buku nota milik Putri tanpa rasa bersalah.

Putri mengeluh perlahan. Kenapalah di pagi hari Isnin ni nasibnya malang dipertemukan insan yang sebegitu rupa?

"Dahlah Mochi buat hal, kena langgar pulak haih lah nasib badan" bebel Putri kesorangan selepas ditinggalkan terkotang-kanting.

Tangan laju mengutip buku yang bertaburan. Kepalanya ditunduk ke bawah. Tidak perasan ada sepasang mata yang memerhati gelagatnya.

Tiba-tiba buku teks addmath dihulur dari atas. Putri yang khyusuk menyusun kertas dalam fail terkejut. Segera dia mendongakkan kepalanya ke atas.

Hyaden tersenyum manis. Jejaka berkacukan korean bermata sepet itu masih setia memegang buku teks milik Putri.

"Here.it's yours right?" Tanyanya dengan nada yang lembut.

Nafas Putri terhenti sekejap. Dia menelan air liur.

' Alamak ketua pengawas sudah mari! Mampos aku,' teriak Putri.

Kalau pelajar perempuan lain ditegur oleh infamous Hayden Lee ni konfirm histeria seminggu. Siapa tak kenal dia ni? Ketua Pengawas merangkap Pengerusi Badan Pelajar. Salah seorang ahli The Three Musketeers. Jangan gelak, walaupun nama sebegitu, ada fanclub sendiri tau?

Tapi bukan bagi Putri Rania. Apa yang ada dalam fikirannya sekarang ini adalah untuk mencari alasan supaya namanya tidak tercatit dalam buku catatan milik Hayden Lee.

Dia paling geruni Death Note nan satu tu. Tercemarlah nama baik yang dia jaga sejak grade tujuh lagi!

"Err...t-thanks" tergagap-gagap Putri membalas.

Buku teks bertukar tangan. Fail-fail yang tak berapa nak penting terus dia sumbat dalam beg galas. Takut insiden seperti tadi berulang kembali. Bak kata orang putih, banana fruit two times.

Pandangan mereka berdua berlaga. Suasana terasa sangat janggal.

"S-saya betul dah sempat masuk pagar sekolah tadi. Belum pun loceng tau pastu sekarang ni saya uhh..." Otak Putri ligat mencari idea untuk memberikan jawapan relevant.

"Takpe saya faham" Hayden terus memotong.

Terkebil-kebil mata Putri saat percakapannya dipotong tanpa diberi signal terlebih dahulu.

"Jadi uh...awak tak tulis nama saya?"

Dengan muka blur dia bertanya. Jari dihala ke arah buku yang terletak elok didalam poket kot hitam milik si jejaka yang sedari tadi memerhatikannya.

Apa ingat dia tak perasan? Mata helang itu seperti mahu mencari kesalahannya,jadi dia kena lebih berhati-hati.

Hayden tersenyum lagi. Timbul lesung pipit di kedua belah pipinya saat bibir itu mengukir senyuman.

'Murah betul dengan senyuman si putera impian pujaan ramai ni' fikir Putri.

Tapi yang peliknya, jarang sekali Putri melihat Hayden tersenyum sebegini rupa. Personaliti yang ditunjukkan di khayalak ramai jauh berbeza macam langit dengan bumi. Muka kacak tu selalu naw serius sepanjang masa.

Hayden Lee ni ada split personality ke? Macam dua individu yang berbeza!

Loceng berbunyi nyaring mengejutkan kedua-dua manusia yang berdiri tercegat di korridor yang sunyi sepi tanpa sebarang pelajar mahupun makcik cleaner.

"Awak nak saya tulis ke nama awak?" Keningnya yang terukir elok seperti lukisan indah terjungkit penuh nakal.

Terus Putri menggelengkan kepala dengan laju. Taubat nak, taubat.

Tergelak Hayden Lee melihat telatah gadis genit dihadapannya. Tangan di seluk ke dalam kocek seluar penuh kasual.

"Dah ,dah pergi ke bilik Seni sekarang ni dah masuk waktu kedua. Encik Ramlee tu pantang kalau bilangan pelajarnya tak cukup"

"Hah, waktu kedua?" Terlopong mulut Putri macam nak menjemput lalat masuk ke dalam sekali.

Matilah dia! Dia dah terlepas waktu Physic II!

Dia dengan kalut berdesup lari meninggalkan Hayden yang masih lagi tersengih-sengih kesorangan.

'Princess, princess.Dari dulu sampai sekarang senang benar kau kena tipu. Cubalah tak mudah percayakan orang' desis Hayden.

Matanya tidak lekang dari memandang arah tuju yang dilalui oleh gadis itu walaupun tidak kelibatnya tidak lagi kelihatan.

Bạn đang đọc truyện trên: TruyenTop.Vip