Bab 11
"LAHH,saja pakai lawa-lawa sebab nanti kitaorang nak pergi cuci kereta.Ish kau ni Keil,tanya soalan kalah budak darjah satu betul" kutuk Ellia sambil tersenyum sinis.
Memang merosakkan mood pagi dia betullah bila bertembung dengan dua ekor mawas ni.
Tolonglah kembalikan hari-hari cerianya tanpa menghadap muka mereka semasa mereka berada di boarding school.
"Asal kau ni,kak?takde angin takde ribut tiba-tibe je nak mengamuk.Period ke?Keil tanya je pun" Ezekiel memuncungkan bibirnya.
Salah ke dia nak beramah mesra?
Bukannya selalu mereka berdua ada di rumah itu. Mahu juga mengetahui keadaan kakak kesayangan.
"Eh, aku takde mood ni bukan sebab period ke apa. Kau ni cubalah malu sikit depan kawan-kawan aku" tempelak Ellia.
"Apa-apa jelah kak.Ish, tepilah sikit" Ezekiel dengan sengaja merempuh badan Ellia ketika melulu masuk ke dalam perut lift.
"Haah,memang pun rumah kita ni takde tangga,kan? Asal kau tak turun guna tangga ? Tak nampak ke lift ni dah penuh?" perli Ellia.
Ezekiel mengeluh berat.
"Kak, lift ni kan pengangkutan awam kita sekeluarga. Kenapa ni hmm? Kiel rasa harini kiel tak cari pasal lagi dengan kau,kak" tanya Ezekiel dengan nada prihatin.
"Memang semua tak kena!tengok korang aku takde selera"
Sedang Ellia berbalah dengan adik kembarnya, manusia tiga ketul lagi lebih rela menjadi penonton tidak berbayar dari melibatkan diri dengan perbalahan mulut tidak berpenghujung.
"Rania ok tak? Tak sempit kan?" Bisik Elyas dekat sekali di telinga Putri.
Mahu terjungkil matanya tatkala sesusuk tubuh tinggi lampai itu berdiri betul-betul dekat sebelah. Huh? Sejak bila budak ni masuk lift? Bukan ke tadi dia elok hah berdiri dekat luar tunggu turn masuk lift?
Hampir mahu luruh jantungnya tatkala jejaka itu hadir tanpa disedarinya. Ni pakai ilmu hitam ke apa?
Dengan teragak-agak Putri membalas,
"Ok...tapi acane Elyas boleh berada dekat sebelah akak?" Putri menyoal dengan wajah yang penuh tanda tanya.
"Magic" sepatah jawapan keluar dari mulutnya.
Wajah yang serius itu dipandang lama.
Mahu mengesan jikalau dia sebenarnya membuat lawak dan memerlukan tepukan padu namun nampaknya dia seakan berkata benar.
'sahlah gene loyar buruk mengalir dalam saluran darah keluarga ini' gumam Putri.
"Oh..."
Kemudian mereka berjeda seketika.
TING!
"Dah dah keluar cepatlah,sempit kau tau?" Gesa Ellia sambil menolak bahu Ezkiel.
"Apa ni kak!"
Ellia menjengkilkan matanya dengan riak wajah tertulis, 'baik-kau-tutup-mulut-kau-sebelum-aku-smackdown-kau'
Kesudahnnya mereka berjalan menuju ke dining hall tanpa tercetusnya Perang Dunia Ketiga.Sorang membuat muka selamba sorang lagi cemberut mengalahkan tempoyak basi. Siapa lagi kalau bukan Ezkiel.
"Mom, dad, morning" Ellia mengucup mesra kedua-dua belah pipi Tuan Khairuldin dan Puan Sarah.
"So where were you girls gonna hang out today?" tanya Tuan Khairuldin tanpa mengalihkan pandangan dari surat khabar ditangannya.
"Jalan-jalan dekat Andalusia Mall je. Then probably kitoarang lunch sekali dekat sana" ujar Ellia bersama mulut yang penuh dengan pancake.
Tangannya tidak henti-henti menyuap kepingan pancake sedap itu ke dalam mulut. Heavens!
Puan Sarah menggelengkan kepalanya. Kesal sekali dengan perilaku tidak senonoh anak daranya tunjukkan dekat tetamu mereka walaupun ianya rakan baik Ellia sendiri.
"El,behave. Seorang gadis tidak patut sumbat mulut dia dengan makanan sambil bercakap. Tak manis" pesan Puan Sarah.
"Mom,she's not even a girl to begin with. It's useless to give her an advice" sampuk Ezkiel.
"Kau senyaplah!sebelum grafu ni melayang dekat kau keil,hahh" ugut Ellia.
"Anyways dad, can I borrowed one of your car in the garage,please?" Serta-merta perwatakannya berubah tatkala dia berhadapan dengan ayahnya. Lenyap sudah gaya gengster sebentar tadi.
"Mhm, go ahead choose which one"
Setelah mendapatkan green light dari Tuan Khairuldin,Ellia hampir-hampir mahu melompat bintang namun dia menahan. Tak pasal-pasal nanti kena bebel dengan Puan Sarah.
"Yeay thanks!Eh,cepatlah korang makan.Aku turun basement jap cari kereta" tergopoh-gapah Ellia meninggalkkan dining hall tanpa berpaling walau seketika.
Putri mengesat bibirnya menggunakan napkin yang tersedia dengan sopan manakala Amanda sudah pun berhenti menyumbatkan mulutnya dengan buah pisang selepas diberi signal oleh Putri.
"Kami gerak dululah ye,uncle,aunty. Thanks for your hospitality"
"No hal lah,jaga diri bebaik tau?tengok-tengokkan lah si El tu kalau dia buat hal..."
Amanda tergelak kecil,"no worries aunty! Ni saya Amanda Batrisya sedia berkhidmat menjadi penyelamat dunia!" Dia mendabik dadanya penuh bangga.
Puan Sarah tersenyum mesra melihat telatah Amanda. Comel.
PIN!PIN!PIN!
"Ah tengoklah tu aunty.Tak sabar-sabar betullah si Ellia tu" rungut Amanda.
Putri tersenyum kecil. Lantas dia menyalami Puan Sarah dan berlalu pergi menarik lengan Amanda menuju ke arah pintu utama.
"Bye bye uncle aunty,jumpa petang nanti! "teriak Amanda dari dalam perut kereta.
Tangannya di keluarkan untuk melambai ke arah pasangan suami isteri itu sebelum kepalanya di cepuk oleh Ellia.
"Woi,pakai tali pingganglah.Duduk elok-elok sikit boleh tak? Ni dah macam beruk" bebel Ellia.
══★ ✧ ✫ ✭ ✫══
SESAMPAI sahaja mereka di pusat beli belah terkenal di kawasan itu, ketiga-tiga trio The Sweet Lovelyz itu mulai membuat sidang perbincangan untuk menentukan destinasi setiap kedai yang akan mereka singgah sekejap nanti. Sudah hampir 15 minit mereka berbalah untuk memilih kedai mana nak masuk dulu.
"Aku nak kita pergi dulu cari kasut aku.End of the discussion.Muktamad" Ellia memeluk tubuh.
"No way, kita kena singgah dulu IT Toys! Aku nak beli Nendoroid Katsuki Bakugo aku! It's only on sale today!" Rengek Amanda.
Putri sudah tersepit di antara mereka berdua. Selalunya dia akan menjadi pendamai namun kali ini dia juga perlu tegakkan kemahuannya untuk memilih destinasi yang dia mahu tujui.
"Apa kat kita berpecah? Nanti nak dekat waktu lunch baru kita jumpa balik. Set tempat meeting kita,amacam?" Putri memberikan cadangan.
" Setuju!" Serentak mereka berdua menjerit.
Sudah mencapai kata sepakat memasing menetapkan Secret Recipes sebagai tempat pertemuan semula.
"Tapi nanti lepas dah beli barang memasing barulah kita bertiga jalan-jalan bersama tau?"pesan Putri. Dia walaupun yang mencadangkan untuk mereka berpecah masih merasakan yang mereka bertiga perlu spend time bersama.
"Haa yelah" balas Amanda dengan nada bersahaja.
Jasad memang ada dekat situ tapi yang pasti rohnya sudah terbang terlebih dahulu survey kedai IT TOYS.
Laju berdesup Ellia meninggalkkan mereka berdua menuju ke arah lift untuk membeli kasut idaman.
'Wait for me baby,Momma is coming for you!' teriak Ellia dalam hati.
Bạn đang đọc truyện trên: TruyenTop.Vip