Bab 13
F I R S T E N C O U N T E R
MEGAT FAKRUL NAIM X ELLIA NATASHA
SAAT kakinya menjejak masuk kedai Al-Ikhsan itu, Ellia merasakan dirinya sekarang ni sedang berada di syurga duniawi. Benarkan dia tinggal dalam ini buat selama-lamanya.
Matanya meliar memandang segenap penjuru kedai tersebut tanpa ada miss walau satu sudut pun dari pandangan mata helangnya. Tidak sudah-sudah dia menguntum senyuman serupa Joker dalam cerita Batman.
Kalau gadis sebayanya,sudah tentu akan menghabiskan masa membuat window shopping ke kedai brand Gucci, Tiffany,The Body Shop etc semua tu tapi bukan bagi seketul Ellia Natasha.
Dia lebih sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya dekat kedai sukan ataupun sportswear itu.
Perlahan-lahan dia mengambil masa menelusuri lorong-lorong yang menempatkan pelbagai jersey team bola sepak kegemarannya sehingga tibanya dia di rak kasut yang berbagai jenis.
Matanya meneliti setiap kasut yang dipamerkan lalu dia tersenyum puas hati. Bingo itu pun dia!
Namun sesaat kemudian hatinya bagai retak seribu melihat seorang jejaka yang muncul entah dari mana sudah pun menggapai kasut idaman hati terlebih dahulu dari raknya.
'No way,aku dah drive jauh-jauh ni aku takkan pulang dengan tangan kosong!' hatinya bertekad.
Ellia seselamba mungkin berjalan laju merempuh bahu jejaka tersebut sehingga terjatuh kasut yang dipegangnya ke bawah.
"Aduh" ngadu jejaka itu. Dia mengerutkan dahi yang sedikit tersembunyi disebalik topi dipakainya.
Tangkas sekali Ellia menyambar kasut tersebut lalu berlari-lari anak menuju ke kaunter.
'Yes mommy got you baby!' Hatinya menjerit kegirangan.
Terkebil-kebil mata jejaka itu sendirian saat kasut yang baru sahaja berada ditangannya sudah lesap dibawa lari oleh seorang gadis yang tidak dia kenali. Rasa sengal di bahu masih belum hilang.
Ini tidak boleh dibiarkan sama sekali!
Dia mengetap giginya dengan geram. Kaki panjangnya laju mengorak langkah mengejar si pesalah yang telah menaikkan darahnya. Nak kena betullah minah ni.
"Hoi,kau dah tau langgar orang,tak tahu ke nak mintak maaf balik hah?" Bahu Ellia di tarik kasar dari belakang.
Peduli apa dia kalau orang itu berjantina perempuan ke sajat ke. Salah tetap salah.
Terkejut beruk Ellia dibuatnya. Ingatkan dia sudah membebaskan diri dari radar jejaka itu tapi sangkaannya meleset sama sekali. Dia sudah tertangkap!
"Apa salah aku? Kau tu yang salah sebab berdiri dekat tengah-tengah lorong.Memang patut pun kena langgar" balas Ellia dengan selamba.Motto hidupnya kalau dia rasa benda tu tak salah dia takkan mintak maaf.Confident kena ada bila nak tegakkan benang yang basah.
"Haish,menjawab eh? menjawab!"
"Mestilah menjawab dah tu mulut ni untuk apa?" Cabar Ellia. Kening dijungkit ke atas.
Jejaka itu merengus perlahan. Hoodie berwarna kelabu itu diturunkan ke bawah menampakkan seluruh wajahnya yang tampan.Topi yang tersangkut dikepala ditarik kasar, rambutnya disebak ke belakang. Sepasang mata berwarna coklat gelap itu memandang tajam tepat ke anak mata Ellia.
"Kau ingat,aku akan biarkan je ke?" Tubuh tinggi lampai milik jejaka itu merapat sehingga hidung mereka berlaga.
Masing-masing berdegil tidak mahu mengalihkan pandangan mereka. Tidak dilihat oleh mata kasar,ada cahaya kilat memancar saat mata mereka bertembung.
"Err,pelanggan yang dihormati sekalian, adakah cik dan encik masih mahu meneruskan pembayaran ini?" Teguran si penjaga kaunter membuatkan kedua-duanya berpaling muka.
"Yes"
"No"
"Ah? Mana satu ni?" Dia dah pening. Pasangan anak muda dihadapannya ini boleh pulak buat show telenovela. Nak gaduh,janganlah di depan mata, taulah dia single,bebel cik penjaga kaunter yang disakiti.
"Eh ni kasut akulah!" Bentak Ellia.
"Hell no, tu aku punya. Aku yang amik dulu" jejaka itu tidak mahu mengalah.
"Siapa kata? Ada ke nama kau? Takde kan?"
"Ada tu..." Jari runcingnya dihala ke bawah tapak kasut yang setia dalam dakapan Ellia.
Tertera dengan dakwat marker hitam 'AKAN MENJADI MILIK MEGAT FAKRUL NAIM' dengan huruf besar.
Membulat terus mata Ellia."Eh sejak bila kau tulis menantang alah ni?"
"Sejak tadi" dengan bersahaja Fakrul membalas. Bibirnya mengukir senyuman sinis.Ada gunanya jugak tabiat pelik dia nan satu itu setiap kali dia membeli barang.Walaupun digelakkan oleh rakan-rakannya apa dia kisah?
"Nahlah" dengan muka cemberut Ellia menyuakan kasut yang tinggal sebelah itu kepada Fakrul.
Kening dijungkit sedikit.Dia langsung tidak menjangka reaksi yang diberikan oleh gadis dihadapannya.
Boleh pulak tunjuk sisi budak baik minah ni,desis Fakrul
"Heh, kau amiklah bekas aku tu. Tak hamaklah.Aku boleh je beli kat tempat lain"
Saat itu jugak,Ellia merasakan dia mahu mencekik leher jejaka bermulut lancang itu namun dia menahan dirinya dari membuat drama sebabak. Tak pasal-pasal dia kena ceramah oleh Puan Sarah selama tiga hari tiga malam balik nanti.
"Err,cik.Kasut ni kami masih lagi ada stok saiz enam dan lapan" cik penjaga kaunter yang sedari tadi dipalaukan mulai bersuara.
"Bagi saya saiz lapan"
"Huh,keturunan bigfoot ke kaki besar sampai mintak saiz lapan?" Dengan sinis Fakrul memperli.
"Eh,boleh tak kau tutup mulut tu?Jangan sampan kaki saiz lapan ni aku sumbat dalam mulut kau karang" gertak Ellia. Dari tadi lagi dia menahan sabar. Jangan sampai had kesabarannya meletus!
Cik penjaga kaunter melakukan kerjanya dengan penuh dedikasi tanpa bersuara."Semuanya RM350 ringgit cik. By cash or card?"
"Card" sepatah Ellia menjawab. Mood di memang dah rosak sejak bertembung dengan si sewel bermulut lancang.
Belum pun sempat Ellia mengeluarkan dompetnya ,terlebih dahulu satu tangan panjang dihulur ke hadapan bersama-sama kad kredit.
"Nah,guna saya punya" Fakrul menggesa.
Membulat mata Ellia," Eh asal lak kau yang bayar hah?"
Cik penjaga kaunter bersuara memujuk," Alah cik beruntung tau boyfriend cik yang tolong bayarkan.Memang dah tugas lelaki bayarkan barang untuk kita kaum wanita ni cik"
"Siapa kata kitorang ni pasangan couple? Dia bukan boyfriend saya!" terketar-ketar Ellia menahan marah takala dia menghalakan jarinya ke arah Khairul yang berpeluk tubuh di belakang.
"Have a nice day my dear customer.Nanti datang lagi" cik penjaga kaunter sudah penat nak melayan pelanggan yang seketul ini. Ia dia sedar dia single.Tengoklah dia pergi blind date cari pakwe baru.
Beg berisi kasut segera diambil oleh Fakrul. Dia menjeling ke arah Ellia lalu berdecit kegeraman. Kenapa pulak minah ni membatu?terharu sangat ke sampaikan tak mampu nak bergerak?
"Woi,orang belakang dah beratur panjang tu. Cuba jangan selfish sangat boleh tak?Dahlah jom" lengan Ellia ditarik kasar seperti dirinya diperlakukan macam lembu yang ditarik talinya.
Akhirnya mereka berdua melangkah keluar dari kedai tersebut dengan perasaan bercampur-aduk.
"Nah amik.Kau yang beria-ria nak sangat kan kasut ni?" Beg itu di sondol ke muka Ellia tanpa sebarang simpati.
Tindakan itu membuatkan Ellia yang tidak bersedia terdorong ke belakang,dan pada ketika itulah kakinya terperlecok.
Dengan tangkas Fakrul mendakap tubuh Ellia agar tidak tersembam mencium lantai basah yang baru sahaja di mop oleh pakcik cleaner.
"It's seems like you owned me your life,missy" Fakrul menyeringai sinis.
"Fuck,I really hate you" Gigi Ellia diketap geram. Wajahnya terus berubah warna. Tidak pernah lagi dia diperlakukan sebegitu rupa oleh mana-mana mahkluk bergelar lelaki.
"The feelings goes both ways. I hate you more"
Bạn đang đọc truyện trên: TruyenTop.Vip