Bab 4


SETELAH kelibat si devils sudah tidak lagi kelihatan, seluruh pelajar kelas Sapphire menghembuskan nafas lega.Mereka sudah terlepas dari cengkaman si devils.

"Fuh,lega!"

"Aku hampir nak tercirit tadi woi.kenapalah si devils tu buat lawatan mengejut?"rungut salah seorang pelajar.

"Alah,benda dah berlalu usah dikenang lagi. By the way,marilah kita berkenalan dengan pelajar baru tadi"

"Jom,jom"

Tak sampai beberapa ketika, Katherine di kerumuni oleh rata-rata pelajar kelas Sapphire tak ubah seperti gula yang menarik perhatian semut.

"Eh, Kathy tu bukan ke jam tangan limited edition summer collection? Wow jealousnya!dengar cerita Malaysia tak keluarkan lagi edition tu..." Hanna teruja membelek jam tangan yang terletak elok di pergelangan tangan mulus Katherine.

"Oh my gosh, I love your skin condition! Kathy you must tell us your secret how you got those flawless skin!" Jerit Yaya yang tak mahu kalah dengan topik girly. Dia juga berjiwa feminine!

Hidung mancung dia sudah kembang kempis. Gemar sekali dia mendengar pujian-pujian yang terhala padanya.

Putri yang sedari tadi tidak berganjak dari tempat duduknya,sekalipun tidak memberikan respond.

Malas mahu beramah mesra dengan hantu galah yang telah pun merosakkan mood nya di pagi hari.

'Dari aku sibukkan pasal si pelajar baru tu baik aku buat revision Mod Math untuk kelas Mr.Areef nanti,' desis Putri.

Buku teks setebal alam dibuka. Tangan ligat mencari-cari formula untuk membuat ulangkaji tanpa mengendahkan bunyi bising yang membingitkan telinga.

Ellia yang memerhatikan sahaja gelagat sahabat karibnya yang tekun menekan kalkulator. Dia mengeluh perlahan.

Memang dia sudah lali dengan perangai Putri yang hanya tahu belajar dan belajar sepanjang masa. Ketiadaan guru bukan penghalang untukknya untuk megisi masa dengan belajar. Haish tak boleh dibiarkan ni.

Ellia sudah tekad.

Dia lantas bangun dari tempat duduknya menapak menuju ke meja Putri.

Dah kalau member sendiri jenis yang tak reti nak tinggalkan tempat duduk sendiri,terpaksalah diri ini yang mengorbankan diri,ye tak?

"Oi,Makcik sudah sudah lah tu study.Aku kadang- kala kasihan dekat buku latihan kau" tegur Ellia sambil menepuk perlahan bahu Putri.

Tersentak Putri di buatnya.kus semangat. Nasib dia tidak ada sakit jantung.

Mata bundar coklat cair miliknya mencerlung tajam menjeling Ellia.

"Kau ni memang kan tak suka tengok aku hidup tenang ke?" Soal Putri. Kening diangkat sedikit.

"Memang pun" dengan selamba Ellia membalas.

Keluhan berat dilepaskan.Memang kalau bercakap dengan Ellia ni dia takkan pernah menang.

Dahi  Putri berkerut seribu. Aik, sekejap. Untuk seketika, otak geliga Putri berputar laju cuba untuk mencerna kembali ayat Ellia.

"Kenapa kau nak rasa kasihan dekat buku latihan aku?"

Ellia tersenyum senget. Baru sekarang ke makcik ni nak tangkap sindiran aku?

"Sebab kau tu asyiklah berkepit dengan buku.Tak pun kalkulator. Boleh tak beri tumpuan kau tu dekat kitaorang ni,bestfriend kau tau?dapat sikit pun jadilah.Ni tak, benda yang tak bernyawa tulah dia sibukkan",dahi licin Putri dijentik perlahan.

"Adoi sakitlah!," Rungut Putri " mana ada aku ignored korang! Kan tadi kita baru lepas borak?"sambungnya. Dahinya digosok perlahan.

"Haih, kau ni tak paham lah apa yang aku cuba sampaikan. Penatlah nak cakap dekat species macam kau ni" keluh Ellia.

"....Cuba jelaskan" gumam Putri.

Ellia terasa ingin mencekik seseorang saat itu jugak.

"Eh you all, borak apa? Tak tegur I pun?"

Satu suara menyoal dengan nada yang agak menjengkelkan bagi pendengaran Putri dari arah belakang.

Kedua-dua kepala menoleh.

"Oh? Anak pakcik La Vermis kan?" Dengan selamba badaknya Ellia membalas. Jari telunjuk di hala penuh bersahaja ke arah Katherine.

"You!" Mata Katherine membulat. Bibir diketap geram. Apa main pakcik-pakcik? No class!

Putri hampir-hampir sahaja mahu bantai gelak namun dia cuba mengawal diri. Cukup lah Ellia sorang 'membalas dendam' bagi pihaknya.

"Apa you you? Eh, cuba cakap tu jangan gedik sangat" laju sekali Ellia membidas.

Wajah kuning langsat itu segera berubah merah menahan malu. Tidak pernah lagi dia dimalukan sebegitu rupa di khalayak ramai.

" Sorry buat you rasa tak selesa..." suaranya sengaja diperlahankan. Kepala tertunduk memandang bawah.

"Eh kau ni El asal cari fasal dengan Kathy hah?apa dia buat Kat kau?"soal Ruby dengan kasar. Bahu Katherine digosok perlahan seakan cuba memujuk rakan barunya itu.

Ellia menyengetkan kepalanya tanpa rasa bersalah."Aik, aku cuma tegur? Bila masa aku cari fasal dengan dia?"

"Tapi cara kau tegur tu kasar sangat" sampuk Ameer yang sedari tadi diam tidak berkutik.

"Lah, korang sendiri tau gaya percakapan aku ni macam mana kan" balas Ellia. Bahu dijungkit perlahan.

"Dah,dah korang. She's right.bukan salah dia pun. By the way, since you dah tau nama I...may I know yours?" Katherine melemparkan senyuman manis. Tangan disua penuh mesra ke arah Ellia dengan Putri.

'kalau bukan sebab ramai orang tengah pandang tak hingit lah aku nak bertegur sapa dengan korang' disebalik senyuman manis penuh plastik itu, tersembunyi perangai sebenar miliknya.

"Sorry pasal tadi. Aku Ellia Natasha. El for short. Yang duduk sebelah aku ni Putri Rania, our best student and ' School Flower's pujaan ramai. She's beauty with brain" penuh panjang lebar Ellia memperkenalkan Putri.

Tangan yang disua oleh Katherine disambut kasual.

Putri yang langsung tidak mahu terlihat dalam sesi perkenalan diri itu terkedu seketika. Kenapalah si Ellia tu intro bagai nak rak part dia? Dia membuat isyarat mata dengan Ellia namun gadis itu seakan menghiraukannya.

Katherine menjatuhkan pandanganya ke arah Putri. Bibirnya masih lagi mengutum senyuman. Walhal dalam hati dia sudah pun membuat andaian pelbagai. Tidaklah cantik mana pada pengamatannya. Setakat muka ala-ala gadis arabian hidung macung bermata bulat tu je pun. Huh layak ke dapat title School Flower's? Sinis sekali dia mempersoalkan gelaran yang dimiliki oleh Putri.

"Err... sebenarnya bukan macam tu pun. Ellia ni je merapu lebih" Putri menindakkan perkara itu dengan perlahan. Tangannya laju mencubit lengan Ellia secara senyap-senyap. Geram!

Sungguh dia tidak selesa dengan pandangan penuh kritik yang dia dapat tangkap untuk seketika dari hujung mata Katherine sebelum hilang.

"Oh? I  tak cakap apa-apa pun? Yang you beria-ria nak defend dia kenapa?" Soal Katherine bersahaja.

"Eh kau ni...mhmm?!" Belum pun dia sempat memarahi Katherine, mulut Ellia ditekup sepenuhnya dengan Putri. Dia meronta-ronta minta untuk dilepaskan.

Katherine tersenyum sinis. Sedar pun kedudukan diri tu tak setara dengannya. Dia meneruskan lagi lakonan pelajar baru yang sangat ramah lagikan jelita.

"Oklah nice to meet you both. Nanti kita borak lagi ok?" Sempat dia menyelak rambut paras bahunya sebelum berlalu pergi bersama-sama konco-konco yang baru sahaja dia kenali.

Putri mengela nafas lega. Akhirnya,pengacau ketenteraman hidup sudah pergi. Tangannya yang tadi kemas menutup mulut Ellia, dilurut jatuh.

"oi, asal kau tekup mulut aku?kau tau kan dia tu dah melebih?" Marah Ellia. Kesal sekali dengan sikap rakannya yang terlampau menjaga hati orang lain berbanding dengan dirinya sendiri.

Mulutnya di mucungkan tanda dia masih lagi tidak berpuas hati dengan tindakan Putri.

"Bukan apa. Biarlah. We can't stoop so low like her ok?grandpa aku pesan kalau kita tak suka orang tu baik berdiam diri dan hiraukan salakan anjing. Itu lebih baik" dengan  riak wajah serius Putri berpesan kepada Ellia.

Ternganga sekejap gadis itu. Tidak dia sangka,rakannya mempunyai sisi savage yang jarang sekali ditunjukkan.

Air liur diteguk perlahan. Memang betullah bak kata pepatah yang Teacher Jamilah ajar minggu lepas. 'Air yang tenang,jangan disangka tiada buaya'. Dia berikrar lepasni dia takkan cuba-cuba mencari pasal dengan Putri.

Bạn đang đọc truyện trên: TruyenTop.Vip