Bab 6

"SERIUSLAH sampai macam tu sekali?" Terlopong mulut Amanda saat mendengar cerita yang disampaikan penuh dramatik oleh sang penglipur Ellia.

"Iyaa.Takkanlah aku nak kelentong kau?"

Amanda menyepetkan matanya. Jujur dia katakan yang dia takkan percaya apa yang keluar dari mulut Ellia.

"Betul ke semua itu terjadi,Nia?" Amanda menyoal Putri. Jelas sekali yang dia sukar untuk memberikan kepercayaan dekat kawannya yang sorang itu.

Putri menangguk perlahan.

Ellia sudah berdecit kegeraman.Apakah dia tidak boleh dipercayai sampai begitu sekali?

"Tulah kau, lama sangat betapa dekat tandas tu! Kenapalah kau takde saat-saat kami memerlukan back up tadi?" herdik Ellia sambil menunjal dahi Amanda.

Tubuh genit Amanda terdorong ke belakang dek tolakan ganas rakannya.

"Alah aku bukannya sengaja pun nak betapa lama-lama. Dah perut aku buat hal,macam mana nak berkrompomi?"getus Amanda.

Ingat senang ke nak pujuk perut yang meragam?susah tau? Protes Amanda dalam hati.

Putri yang sedari tadi tidak membuka mulut, mulai menjadi orang tengah meredakan situasi.

"Since semua dah tau cerita marilah kita buka buku baru,yang lama tutup. Aku malas nak peningkan kepala dengan benda remeh macam tu. Fokus kita datang sekolah adalah untuk...?"suaranya sengaja dileretkan sambil menjungkitkan keningnya.

"Main!" Sahut Amanda seriang kanak-kanak ribena.

" Cari boyfriend!" Ellia tergelak sendiri dengan jawapannya.Memang taklah nak cari boyfriend.Ni kalau twins tu dengar, kaw kaw  aku kena soal jawab.

"Ish korang ni kan dasar tak makan saman" keluh Putri.

"Aik? Tapi kan saman tu tak boleh makan? Macam mana nak makan saman? Saman tu kan kertas? Kan?" Soalan naif Amanda yang tak ubah seperti pertanyaan budak lima tahun dibalas dengan usapan di kepala.

"Iya nak, aku tau kau tu kecil lagi.Belum mampu nak guna otak tu untuk berfikir. Kasihan" usik Ellia. Tangannya setia mengusap kepala Amanda .

"Hey kau!" Amanda membentak marah. Dia menepis telapak tangan Amanda sambil memucungkan bibir.

Putri memicit kepalanya. Sah lah, silap haribulan dia kena diagnosis dengan penyakit migraine melayan karenah beruk dua ekor dihadapannya.

"Dah,dah korang ni kalau tak gaduh sehari memang tak sah kan?" Putri mengeluh perlahan . Jenuh nak layan karenah mereka berdua.

Masing-masing membuat muka seposen. Ellia membuat isyarat mata dengan Amanda. Seperti mempunyai kuasa telepati, mereka berdua menganggukan kepala tanpa berbicara.

"Alah, kitaorang gaduh-gaduh pun tak sampai tahap terbalik bangunan AES  ni kan,Bat?" Laju Ellia menyiku lengan Amanda.

Amanda menanyangkan sengihan serupa kerang busuk. Tanda dia mengiyakan sahaja statement Ellia.

Putri memutarkan bebola matanya. Ada sahaja jawapan yang diberikan.

"Eh,Nia malam ni jadi kan kau sleepovers dekat rumah aku?" Soal Ellia. Sengaja dia menukar topik baru dengan harapan Putri tidak lagi membebel dekat mereka berdua.

"Eh hallo? Nia je ke kau tanya? Yang aku ni kau palau,asal?"sampuk Amanda. Matanya terjungkil seakan ada laser yang keluar dari panahan mata.

"Iya dengan kau kau sekali. Jadi tak?" Dengan nada ton yang malas, Ellia menyoal kembali.

Dia melontarkan pandanganya ke arah Putri. Menantikan jawapan dari gadis itu.

"Of course lah wey! Aku siap letak reminder dekat calendar takut-takut aku terlupa" Amanda mendabik dadanya.

"Aku tanya Putri yang kau jawab tu kenapa,Bat?" Mata dikerling seiring dengan keluhan berat.

Boleh tak sesiapa tolong kutip si Amanda ni? Penat lah nak jadi besties  kepada si weirdo ni!teriak Ellia dalam hati sekuatnya.

"Aku tak confirm lagi lah nak pergi ke tak..." Dengan ragu-ragu Putri menyampuk.

"Ehhh,kenapa pulak macam tu? Kan kita bertiga selalu rotate  location gilir-gilir punya turn? Alah Nia! Jangalah kata tak confirm...tu those twins nanti sedih if kak Rania diaorang taknak datang. Jenuh aku nak bagi alasan tau?"

Dahi Putri bertaut. Kenapa  nak kena gunakan nama twins semata-mata nak dia sleepover?

"Kau ni agak-agaklah pun nak gunakan twins tu...kan diaorang duk boarding school kot? Macam mana pulak lah diaorang ada kat rumah kau?"

Ellia mencebik. Adakah dia jenis yang suka menipu? Tidak sama sekali!

"Sem break. Tu yang diaorang looking forward nak jumpa kau malam ni bila aku mentioned aku nak buat sleepover kelmarin. Kemain tanya kakak kesayangan Nia tu datang ke tak? Ish, yang aku kakak kandung diaorang tak pernah pun nak sibuk-sibuk tanya pasal aku" bebel Ellia.

Putri mengigit bibirnya. Tulah antara tabiat yang sukar sekali dia kawal kalau tengah berfikir.

"Serious lah diaorang tanya?"

Serta-merta  terbayang wajah kedua-dua twins yang sentiasa melekat dengannya sejak mereka masih kecil lagi. Ezekiel Irshad dan Elyas Uqman. Sudah lama dia tidak mendengar khabar mereka berdua.

"Lah takkanlah aku ni desperate sangat? Iya, kalau kau betul-betul takleh nak datang aku faham. But, if those two devils asking about you,sumpah aku sendiri pun mati kutu nak jawab apa kat diaorang. They're just a bunch of annoying brat. Please Nia? For me at least? Tak kesian ke kat aku yang kena hadap diaorang?"

Pujukan Ellia sedikit sebanyak telah berjaya meleburkan hatinya. Sungguh dia berasa kasihan dengan rakannya yang sorang itu. Menjadi yang sulung dalam keluarga mesti payah.

"Kalau kau kata macam tu oklah. Aku on malam ni" bibirnya mengukir senyuman manis.

Mata Ellia bersinar terang. Dia menjerit suka lalu tubuh langsing Putri di peluk kuat.

"Yes yes yes! Kau datang! Takyah aku nak hadap muka toya diaorang untuk minggu yang mendatang!"

Sedang mereka berpelukan,Amanda berdeham kecil. Memang pun dia third wheel kan?

"Emangnya kamu berdua  udah lupa saya wujud di sini ya? Nggak apa-apa kok,saya sudah biasa aja"

Suara lirih mendayu-dayu Amanda membuatkan mereka bertiga pecah tawa. Siapa sangka miss crybaby boleh bertukar menjadi drama queen dalam sekelip mata?

Putri tersengih malu. Lengan Amanda digapai lembut.

"Meh lah sini.Group hugging"

Amanda tersenyum lebar. Yes! Berjaya!

Dia meluru menerjah masuk ke dalam dakapan rakan-rakannya. Sengaja dia menghimpitkan badannya lebih ke arah Ellia

"Oi, oi memang kau nak balas dendam ke apa sebab aku manja kan Nia lebih? Heh, tak sangka kuat cemburu rupanya Cik Amanda Batrisya binti Tan' Sri Badrulhisham kita ni" usik Amanda.

"Bisinglah kau,El" Amanda dengan selamba menyiku kepala Ellia.

Tergelak kecil Putri dibuatnya melihat kemesraaan mereka berdua. Memang tidak dinafikan Amanda dan Ellia lebih suka bergaduh secara fizikal. Bak kata Ellia  barulah macho!

Putri yang hanya menjadi pemerhati tersenyum pahit. Dia sedar, dia tidak berhak untuk berasa cemburu dengan kemesraaan mereka. Kondisi tubuhnya yang agak lemah sejak kecil lagi menghadkan dirinya untuk tidak terlampau menanggung beban lebih.

Oleh kerana itu, Amanda dan Ellia sangat menjaga batas mereka ketika bergurau senda dengan Putri. Bahkan tidak pernah sesekali pun mereka memaksanya untuk turut serta bertinju manja.

"Oi, Nia dah sampai mana tuu? Kat Gunung Ledang ke Gunung Everest?"

Tersentak Putri dari lamuannya tatkala dia merasakan sentuhan lembut merangkul bahunya dengan mesra.

Putri tergelak kecil. Kepalanya digeleng perlahan. "Dah dekat Lautan Antarctica sana" seloroh Putri.

"Uish nyah,awat jauh naw?"

Akhirnya mereka bertiga tergelak besar. Memang tidak kering gusi  dibuatnya jika Ellia cuba untuk bercakap  dalam loghat Penang.


Bạn đang đọc truyện trên: TruyenTop.Vip