BAB 59

Syt 59



Pov Nur Arina

KEADAAN Ayyan makin teruk sejak kebelakangan ini. Selalu termenung dan menangis seorang diri. Puas aku pujuk, dia tetap sama tidak hiraukan aku.
Hari ini, aku mula masuk kerja. Fikiranku melayang entah kemana, semua kerja jadi tidak kena. Aku tidak fokus langsung kerana kepala rungsing memikirkan keadaan Ayyan yang semakin tenggelam dalam dunianya.

"Reena..."

Aku tersentak, segera aku menoleh. Terlihat Ian sedang berjalan menghampiri aku.

"Kenapa?" soalku tanpa tujuan. Iyelah, cuma pelik kenapa Ian datang tiba-tiba ke cafe. Aku hendak berehat sebentar sebelum pulang ke rumah pun jadi sedikit terganggu. Aku masih janggal berada dekat dengannya.

Ian tarik kerusi dan duduk depan aku. 
Dia membetulkan masknya, rambut dibetulkan sedikit. Aku perhati tingkah dia, teringat perkenalan tadi di pejabat. Dengan selamba, Ian mengambil alih tugas arwah mama. Nampak tidak kekok, dan penampilannya juga tidak bertukar lagi. Masih tidak mahu buang mask diwajahnya. Entah apa lagi yang ingin dia sembunyikan lagi.

"Jangan tenung lama-lama, kau tu bukan bini aku. Harom."

"Hah?" Terpinga-pinga aku bila dikenakan setepek oleh Ian. Gila agaknya, ingat aku nak sangat tengok dia? Dia yang datang menyibuk dekat sini.

Bunyi tawa kecil meletus. Aku tahan kerutan di dahi. Makin stress aku mendengar tawa Ian.

"Kenapa muka kau ni suram. Macam awan mendung, buruklah muka sedih-sedih macam ni. Nanti takde siapa nak tengok."

Ya Allah. Dia sengaja nak uji kesabaran aku ke, apa ni?

"Kau ni janganlah marah sangat. Aku gurau je, gurau manja. Tak salahkan abang ipar nak bergurau senda."
Ian memeluk tubuh sambil kenyit mata.
Aku julingkan mata ke atas, tanda menyampah. Sakit jiwa aku kalau dilayankan dia ni. Kalau diikutkan hati, ingin sahaja aku ketuk kepala dia.

"Aku balik dulu. Kau berguraulah dengan meja kerusi kat sini," ujarku geram sambil hentak beg tangan atas meja. Tak berbunyi kuat pun, sekadar untuk melepaskan geram.

"Ehh, janganlah! Nak gi mana pulak ni?" Dia tarik beg tanganku dan bawa didalam pelukan dia. Terjegil mata aku melihat dia.

Nak makan penampar, ke duhai abang ipar senget?

"Bak balik beg aku!" Bentak aku sambil mencuba mengawal volume suara daripada terkuat.

Ian geleng kepala.

"Tak mahu, duduklah kejap. Aku ada hal nak cakap ni. Kejap ajelah. Tak payah poyo sangatlah!"

Dia panggil aku poyo? Geramnya!
Aku masih berdiri sambil tayang muka garang.

Tanpa aku duga, dia tarik tanganku sampai aku terduduk semula. Mujur juga berlapik sentuhan tadi. Hish, aku ketap bibir kegeraman tanpa mahu memandang wajah dia.

"Ayyan kau tu macam mana? Masih cengeng lagi, ke?" Kedengaran suara Ian serius, nadanya tidak sambil lewa seperti beberapa minit tadi.

Tersentuh sedikit hatiku kerana dia mahu peduli tentang Ayyan. Ingatkan tidak mahu ambil kesah lagi seperti kebanyakan orang di luar sana.

"Dia dah baca surat tu. Hari-hari dia meratap, menangis. Aku buntu, tak tahu nak buat apa lagi." Wajah aku tunduk kesal. Kenapa sebagai isteri aku gagal untuk membasuh luka suamiku? Kenapa aku tidak berdaya menolong dia kembalikan semangatnya yang telah terkubur itu?

Aku isteri yang gagal.

"Yang kau bagi dia baca tu, dah kenapa?"

"Aku tak bagilah, dia baca sendiri. Dia jumpa dekat novel aku agaknya," luahku bersama rasa menyesal. Kalaulah aku simpan elok-elok di tempat lain. Mungkin juga keadaan Ayyan tidak seteruk ini. Pujukan emak juga tetap tidak mampu bangkitkan semula semangat dalam diri Ayyan. Ya Allah, susah juga hendak memujuk hati seorang yang terlampau lama memendam rasa ini. Mungkin luka dah terlanjur berdarah, hendak diubati lagi amat sukar untuk dilakukan.

"Degil betul Ayyan tu. Aku pun tak sedegil dia. Aduh, apalah nak jadi. Dia ingat dia sorang aje ke kehilangan mama? Orang lain tu lagi teruk, mama meninggal sebelum dia celik mata. Masa baby lagi. Dia tu kira beruntung dapat jumpa mama. Hmm. Susah betul dengan budak tak matang. Huh!"

Ulasan Ian membuatkan aku pandang dia semula. Walaupun aku geram dia mengutuk Ayyan, dalam diam aku akui juga. Di luar sana, mungkin ada yang lebih terseksa kerana tidak berpeluang menatap wajah ibu walaupun seketika.

Tetapi, aku tidak boleh memperlekehkan luka Ayyan, dia mungkin terlalu mengikut perasaan sehingga memakan diri. Mungkin dia masih belum bersedia menerima semua ini dengan hati yang terbuka. Mungkin juga dia rasa, semua ini salah dia. Ya Allah, kasihan suamiku.

"Jangan jeling akulah. Betulkan apa aku cakap ni. Kau terlalu manjakan dia kut, itu dia lebih-lebih sangat perangai. Cuba bertegas, marahlah kasar-kasar sikit. Tak boleh ikut lemah macam dia, sampai bila-bila pun dia susah nak bangkit nanti."

"Senang kau cakap. Kau bukan aku! Aku tahu apa yang dia rasa selama ni, takkan aku sanggup nak lukakan dia lagi, Ian!" Bantahku geram apabila dia mula menjolok sarang tebuan. Mataku sedikit berkaca-kaca. Memang ada benarnya kata-kata Ian, memang aku berlembut dengan Ayyan sebab aku tak sanggup menambah luka dia lagi. Cukuplah hati aku menangis melihat dia siang malam berendam air mata.
Cukuplah! Aku tak bisa menambah lagi!

"Hmm okay-okay. Janganlah menangis. Aku cakap je, kalau kau tak boleh. Biar aku cakap bagi pihak kau. Kau pun tak nak dia berlama macam tu, kan?" Ian mendekati sedikit tubuh, dia meletak semula beg tanganku atas meja. Suara dia juga sedikit berlembut daripada tadi.

"Mestilah tak nak. Mana boleh harapkan kau, nanti kau sakitkan hati dia macam kat hospital tu. Kau hina dia macam-macam. Aku tak izinkan!"

"Ehhh, mana ada. Aku takdelah zalim. Aku kan dah minta maaf, aku dah jelaskan sebab apa aku berkasar. Kau ni mesti belum maafkan aku."

"Aku dah maafkan tapi... tulah... hmm, kau tu bukan boleh percaya sangat..." Lemah aku tuturkan perasaan aku. Aku ragu-ragu jika dia ingin hulurkan pertolongan. Kalau keadaan Ayyan makin teruk bagaimana? Manalah tahu nanti Ian kutuk lagi, makin bertambahlah sakit hati Ayyan. 
Tak sanggup aku biarkan hati Ayyan diiinjak-injak sesuka hati.

"Heii. Kau jangan lupa, aku ni abang dia. Aku tahulah nak handle dia. Aku pun tahulah dia sengsara, aku tahu tu. Aku cuma nak dia sedar dia bukan keseorangan. Dia ada kau, dia bukan duduk sorang-sorang dalam gua. Ramai lagi di sekeliling dia sayangkan dia.

Lagi-lagi kau. Kau cintakan dia sangat-sangat, kan? Kenapa tak kau luahkan aje, biar dia sedar ada orang cintakan dia gila-gila macam kau."
Aku mengeluh perlahan. Perkara ini pula dibangkitkan Ian. Sibuk aje tentang perasaan cinta aku ni, kenapa?

"Itu hal aku, jangan nak masuk campur!"

Aku bangun dan meninggalkan dia.



...

Pov Ayyan Irhan

BADANKU ditelan lemah dan kepenatan. Entahlah kenapa, aku selalu rasa berat di badan, seperti ada batu menghempap tiap kali aku cuba bangun.

Mungkin juga kerana aku kurang menjamah makanan. Tiada tenaga untuk disalurkan dalam saraf tubuh.
Siling atas aku pandang kosong. Sejalur mendung menghiasi kedua pelupuk mata. Aku menangis lagi. Menangisi pemergian mama. Merindui mama tiap saat dan ketika. Hanya mama yang menyelubungi semua ruangan fikiranku. Tiada lain.

Mama... Ayyan nak jumpa mama... Rayuan ini tidak pernah jemu aku dendangkan. Tiap kali itu juga, aku menangis hiba lagi dan lagi sehingga air jernih ini tidak berdaya untuk keluar lagi.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan seperti biasa memagut telingaku waktu begini.
Aku pusing badan, dan aku capai bantal untuk tutup muka aku yang sudah lencun dengan air mata. Aku tidak mahu diganggu dengan pujukan mereka lagi. Aku penat untuk dengar semua itu.

"Ayyan..." Seruan lembut itu tidak goyahkan aku untuk menoleh.

"Wei Ayyan! Kau bangun sekarang! Asyik memerap tidur, menangis macam orang gila! Apa pulak kau dapat, hah? Cubalah celik mata sikit, terimalah dugaan ni. Ramai lagi dekat luar sana lebih sengsara daripada kau! Bukan kau sorang saja!"

Tersentak. Jantungku ini bagai dihempas berkali-kali. Argh, datang pula jantan tu. Kata-kata dia tak pernah kalau tidak menyakitkan hati aku. Hati aku dah tenat, Ian. Apa lagi yang kau, nak? Rintihku sebak.

"Ian. Kau tipu aku! Kau kasar sangat dengan dia, kenapa?!"

Kedengaran pula suara Reen menjerit marah.

"Aku tak bolehlah tengok dia lembik. Aku benci tengok! Dah, kau ketepi. Aku tahulah nak ajar dia macam mana."
Sehabis ayat itu, bantalku ditarik kasar dan dilempar atas lantai. Tubuhku juga ditarik supaya bangun, aku tidak dapat melawan terpaksa menurut tanpa kerelaaan.

Kepalaku ditunjal tiba-tiba.

"Ian, kau dah gila ke?!"
Reen menjerit marah dan menghadang tubuh aku.

"Aku geramlah. Kau ni tepilah sikit. Setakat sentuh sikit aje kut." Ian mula mencekak pinggang. Mata dia berbara  berlaga melawan mataku yang memerah.

"Kau sedar tak Ayyan! Sekarang ni kau hidup, belum mati lagi! Kenapa kau nak sia-siakan hidup kau dengan menangis, hah? Kau nak menyesal apa lagi? Mama dah pergi, dah tinggalkan kita semua. Apa lagi yang kau harapkan, hah?" Ian mula memetir. Bingit telinga aku menerima tamparan kata-katanya. Hatiku sekali lagi dicarik-carik kasar oleh hirisan mata pedang tajamnya lidah Ian lemparkan kepada aku. Ya, aku tahu Ian cakap betul. Tapi, aku bencikan diri aku Ian.

Aku benci sebab aku lahir di dunia ini, dan jadi anak yang menyakitkan hati mama. Aku benci sebab itu, dan paling aku kesalkan kenapa bukan aku yang berada di sisi mama. Kenapa kau, Ian? Hendak saja aku luahkan semua, tetapi lidahku kelu. Tangan Reen aku capai, dan aku tarik biar dia duduk disebelahku. Aku kena lawan Ian, dia juga perlu tahu sebab apa aku berperangai begini.

"Kenapa kau nak seksa diri kau? Tak cukup ke kau buat Reena terseksa sekali tengok kau menangis siang malam, hah? Kau tak kesiankan dia, ke?!"

"Aku...aku..." Tersekat-sekat aku ingin berucap. Tapi, air jernih ini mula mengganti kata. Aku tak mampu luahkan semula. Bukan niat aku untuk lihat Reen terseksa kerana aku. Bukan niat, aku!

"Kau tahu tak, Reena cintakan kau, bodoh! Dia, cintakan kau! Kau dengar tak apa aku cakap! Dia cintakan kau, bodoh!"

Aku terkesima. Lidahku makin kelu memdengar pernyataan itu. Tidak mungkin itu benar. Aku pandang Reen, dia dah bangun. Reen berdiri dan laju pipi Ian jadi sasaran penampar dia.
Apa maksud tingkah Reen, betulkah dia cintakan aku? Tapi, kenapa? Dia tak pernah beritahu aku, dan selama ini bukankah dia hanya menganggap aku sekadar adik angkat. Dan, Firshad... kenapa dia bercinta dengan Firshad kalau dia cintakan aku. Ya Allah.
Apa yang berlaku sebenarnya ini. Apa yang berlaku?

"Kau jangan diamkan lagi, Reena. Kalau kau tak nak beritahu cinta kau pada dia. Biar aku cakapkan! Aku tak nak korang berdua membazir masa, aku tak nak! Aku benci tengok seorang sibuk meratap, seorang lagi sibuk memendam rasa. Habis tu, sampai bila semua ni nak selesai? Korang tunggu dunia kiamat ke, hah?"
Suara Ian semakin memetir. Aku bingkas bangun dan mendekati Reen. Tangan itu aku raih, terketar-ketar bibir ini ingin menyoal dia. Reen menunduk, tidak mahu mendongak langsung.

"Kalau kau tak percaya, kau bacalah kertas memo ni. Aku dah khatam banyak kali, sampai nanah mata aku. Tak pernahlah aku jumpa lelaki bodoh macam kau, perempuan duk sukakan kau dari sekolah pun kau tak tahu. Selama ni mata kau tu letak mana?"
Rasa lemah lutut, kaki ini hampir terkulai. Argh, benarkah kata-kata Ian? Adakah selama ini, Reen pendam perasaan dia kepada aku? Ya Allah, sungguhkah begitu? Dan... Punca Reen jauhkan diri daripada aku adakah sebab perasaan cinta itu?

"M-mana kau d-dapat k-kertas tu?" 
Pegangan aku terus Reen leraikan. Dia kembali menghadap Ian.

"Aku masuk bilik Ayyan. Dia simpan dekat kotak kecil. Dan, sekarang ni ada dekat tangan aku."

"Kurang ajar kau, Ian! Sanggup kau baca semuanya, kau takde hak!"
Aku membalikkan tubuh, kulihat Reen memukul dada Ian. Aku yang melihatnya diterpa duka. Kasihannya, Reen. Kerana aku, dia sengsara.
Belum sempat aku ingin gapai tangannya, dia koyak memo itu dan berlari meninggalkan kami berdua.

"Aku takde pilihan daripada campur urusan kau berdua. Satu je aku nak cakap, kalau kau tak boleh hargai dia lepas ni. Jangan kau menyesal kalau aku rampas dia daripada kau."

Aku terduduk lemah mendengar amaran dia. Aku kini ditinggalkan keseorangan. Jari tangan mengutip sisa kertas yang bertaburan di atas lantai. Maafkan Ayyan, Reen. Ayyan tak tahu semua ni. Ayyan tak tahu. 

Aku menangis kesekian kalinya bukan kerana mama lagi, tetapi kerana Reen. Kerana aku gagal membaca isi hatinya yang selama ini untuk aku. Aku lelaki yang bodoh!

...

Writer's comment : peegh, dahsyatkan Ian ni. Tak sangka dia pula jadi hero nak satukan Ayyan yg degil dgn Reen yg terlalu memendam perasaan. Keep support me until the ending. Thanks.

Bạn đang đọc truyện trên: TruyenTop.Vip