BAB 60 Special

Syt 60


PINTU aku tutup rapat, bilik bawah tepi dapur menjadi tempat aku melarikan diri. Tubuh terus ku hempas atas katil. Bantal aku tekup ke muka. Setitik air mata jatuh mengenai pipi, semua rasa kesal dam sebal saling menyatu sehinggakan aku rasa hendak melunyaikan sahaja jasad Ian tadi.

Tanpa tanya aku, tanpa minta izin aku. Mudah saja dia melampaui batas sebegitu, sanggup sungguh dia bongkarkan semua rasa hati ini pada Ayyan. Sungguh, rasa benci yang pernah tertimbus kembali menggunung untuk Ian.

Aku benci dia! Dia tak patut aniaya aku begini! Apa salah aku sampai dia sanggup mempermainkan perasaan aku depan Ayyan sebegitu rupa? Apa hak dia nak ceroboh segala tirai rahsia hati aku ini?

Dia... dia manusia kejam yang pernah aku jumpa! Paling kejam!
Penumbuk aku kepal dan hempas pada katil. Rasa sakit dihati semakin bercambah apabila mengenang kertas memo itu berada di tangan Ayyan.
Kepalaku mula berpusar memikir segala kemungkinan. Bagaimana Ayyan boleh dapat kertas tu? Bagaimana? Dia ambil senyap-senyap atau apa, sebenarnya?

Adakah dari awal dia sudah mengetahui isi hatiku selama ini, ataupun dia tidak pernah membaca semuanya...
Ya Allah, kepalaku semakin ditindih batu kerikil. Sakitnya seperti mahu pecah memikirkan semuanya.

Tidak cukup dugaan Ayyan derita, kini aku pula terpaksa tanggung malu dan sebal akibat perasaan cinta aku ini dicanang selamba oleh Ian, lelaki tak guna tu!

Sekarang ni, entah apa yang tersirat dalam fikiran Ayyan. Mesti dia meluat kerana aku ada perasaan cinta pada dia, mesti dia tak dapat terima cinta aku yang pernah dia anggap sampah sebelum ini.

Sakit di hati makin dalam. Terasa ingin menjerit semahuku mengatakan dan memaksa keadaan tadi bisa terhenti dan terpadam daripada ingatan Ayyan. Aku... aku tak mahu Ayyan tahu perasaan aku, aku tak mahu.

Aku takut, dia akan lebih menjauh atau mungkin dia tidak mahu menghiraukan aku lagi gara-gara dia tidak dapat menerima perasaan cinta aku kepada dia. Aku takut... kerana aku tahu dia tidak pernah menganggap aku lebih daripada seorang kakak... Ya Allah, aku takut...

Tangisan semakin memaksa aku ditenggelam kedasar lautan perasaan yang tersalut rasa gundah, sebal dan malu. Aku malu hendak menghadapi Ayyan lagi. Apa aku hendak jelaskan
nanti? Ya Allah, aku buntu. Tolong aku.

"Reen... Ayyan ni. Please, buka pintu ni. I need your explain, and I need to say something. Please, Reen..."
Gema suara Ayyan disebalik pintu mengejutkan aku. Tangisanku terhenti tanpa aku sedari. Nafasku hampir hilang seketika. Darahku pula berderau naik ke muka.

Ya Allah, apa aku nak buat ni? Aku lupa nak kunci pintu? Macam mana ni? Aku kena kunci pintu, aku kena!
Bantal yang menutup muka aku lempar ke tepi, terus aku bangkit daripada perbaringan. Namun, belum sempat kaki ini jejak ke lantai. Bunyi pulasan tombol pintu mengeraskan tubuhku serta merta.

Aku terkaku, tidak dapat gerakkan tubuh lagi.

Derapan kaki Ayyan yang sedikit tidak teratur mendera deria pendengaran. Debaran singgah, detak demi detak semakin laju menghempas dada.
Aku terkesima tatkala seraut paras Ayyan berada tepat di hadapanku. Matanya merenung aku dalam, bibirnya diam membisu. Aku turut kelu tidak mampu beralihkan kedudukan langsung.

Kini aku diterpa rasa ingin lari, hilangkan diri daripada pandangan Ayyan. Dia pasti jijik tengok muka aku, kakak angkat cintakan adik angkat. Malunya, mana aku nak sorok muka aku ni? Mana lagi?

Dia duduk sebelah aku. Tubuhku sangat dekat  sehingga bahu kami berlaga. Aku pula, hanya mampu menunduk. Dan, makin lama aku rasakan bagai duduk di bara api apabila bahu aku dipautnya lembut.

"Reen..."

Jantungku rasa hendak tercabut dari tangkai tatkala jarinya merayap di pipiku. Dia kesat kesan air mata dengan hati-hati, kemudian pipiku dielus lembut.

Dadaku hampir mahu pecah kerana terpaksa menahan debar.
Aku, aku cuba gerakkan tubuh. Aku mahu lari, sekuat tenaga aku cuba bangun. Namun, Ayyan menekan bahuku, tidak membenarkan aku meloloskan diri. Aku terduduk semula dan kali ini Ayyan mengunci badanku.
Aku terkedu saat ini, dia berada sangat dekat denganku. Tatapan matanya semakin mendekati wajahku. Bibirnya berjarak seinci sahaja di pipiku berhampiran telingaku.

Hangat deruan nafas Ayyan membelai pipiku, sehingga aku tidak dapat kawal nafas yang semput.

"I'm sorry... for not realize about your feeling... Ayyan minta maaf..."
Mata aku pejamkan seketika. Kenapa dia perlu hulurkan kata maaf, mungkinkah dia ingin menolak rasa cinta aku pada dia? Goresan di hati mula mencalar rasa. Sakit dan pedih mulai mencucuk relung hati.

"Ayyan minta maaf juga sebab Ayyan pegang memo tu. Ayyan tak bermaksud nak mungkir janji, tapi... percaya atau tak... masa Reen bawa Ayyan ke tempat tu tempoh hari, pak cik tu tiba-tiba muncul bagi memo ni... Sumpah! Ayyan tak baca, Ayyan cuma simpan... sebab fikiran Ayyan masih berserabut tentang mama..."

Penjelasan Ayyan tanpa aku pinta itu sedikit menjawab persoalan yang sedang berlegar di ruangan fikiran. Namun begitu, aku kecewa kerana Ian yang baca sebelum Ayyan. Kalau tidak, pasti situasi sedikit berbeza. Tidaklah aku malu diperlakukan Ian sebegitu dan Ayyan juga tidaklah terpaksa menerima naskah cintaku ini pada waktu yang tidak tepat sebegini, di saat dia masih menganyam duka kerana mama.

"Reen... Reen marahkan Ayyan ke?" soalnya lirih, bahu aku makin dipautnya sehingga tubuh kami melekat. Seperti magnet, aku tidak dapat berbuat apa-apa.

Sebak hadir dan air mata ingin terhambur keluar tetapi untuk apa?

"Reen marahkan Ian? Ayyan tahu, dia dah ceroboh privasi kita, tapi... dia dah sedarkan Ayyan... bahawa Ayyan tak keseorangan. Ayyan ada Reen di sisi Ayyan, Reen yang cintakan Ayyan dari dulu..."

Aku diam. Pipiku sudah memerah. Ayat terakhirnya dalam menyentuh sanubari. Reen yang cintakan Ayyan dari dulu... Ya Allah, malunya rasa ini... Beginikah rasa perasaan apabila rahsia hati sudah dibongkar. Segannya tidak dapat diselindung. Hendak berbuat apa-apa waimapun mengucapkan sebarang katapun aku tidak mampu. Kuasa apa yang sedang Ayyan mantera pada aku sehingga aku kaku begini sekali?

"Reen... Reen... janganlah diam, Reen nak seksa hati Ayyan ke? Ayyan tengah sakit ni, janganlah buat hati Ayyan makin melarat sakitnya... Please... sayang..."

Rayuan Ayyan lembut menggigit rasa dihati. Panggilan sayang bagai membawa aku ke dunia lain. Kenapalah jiwaku cepat mencair, aku patut keraskan tembok dihati, biar Ayyan tahu aku terseksa menahan cinta ini daripada terluah. Aku perlu bisukan diri lagi, aku ingin tahu bagaimanan akalnya dapat memujuk rawan dihatiku.

"Reen... perut Ayyan sakit ni, kita baring aje boleh? Tulang Ayyan pun rasa kebas je sekarang ni, takut kalau tunggu Reen bercakap. Boleh kejung Ayyan, nanti siapa yang susah? Siapa yang menangis nanti? Reen juga, kan?"

Ayyan lepaskan pelukan. Dia pandang aku seketika dan tudung yang masih melekat di kepala dia buka. Aku diam dan menahan nafas debaran.
Rambutku disalut perlahan, daguku dipaut supaya mata ini membalas renungan dia. Senyuman nipis dia hadiahkan kepadaku. Nampak manis dan kacak walaupun mata dia tu sembab sangat.

Dia menolak tubuhku supaya baring di atas katil. Ajaibnya, aku turutkan juga. Dia turut sama baring disebelahku, kepalaku di angkat sedikit dan letak atas lengannya. Aku diam menurut.
Dia iringkan badan menghadap aku. Terkebil-kebil mataku memandang dia. Malunya. Apa lah agaknya yang berada dalam fikirannya sekarang ini?

"Reen... Reen masih tak nak bercakap langsung ke? Tak kesian Ayyan?" soalnya penuh kelembutan, merayu dan merayu hati perempuanku yang hampir terkulai. Cair umpama kiub ais dibakar panas mentari. Begitulah hatiku mencair.

"Er, Reen malu. Reen rasa Ayyan meluat dengan Reen, sekarang..." ujarku hampir tidak kedengaran. Mataku bergerak tidak mahu memandag Ayyan lagi. Malu itu semakin menggebu.
"Kenapa comel sangat sayang Ayyan ni? Hmm? Tak ada sebab Ayyan nak meluat, Ayyan rasa terkejut dan entah kenapa hati Ayyan perlahan-lahan terlerai rasa derita mengenang mama. Jiwa dan fikiran Ayyan sekarang, perlahan-lahan terisi dengan Reen. I feel lucky to have you, fall in love with me. A worse boy, who don't have anything and childish. I know I'm not suitable for you, Ayyan kurang serba serbi. Tapi... bila Reen cintakan Ayyan tanpa lihat semua tu, Ayyan rasa Ayyan tak patut sia-siakan wanita depan mata Ayyan ni. Ayyan mesti hargai Reen dan belajar mencintai Reen sepertimana Reen mencintai Ayyan..."

Ya Allah. Hatiku cukup tersentuh mendengar luahan Ayyan. Pinggir mataku sudah tergenang mutiara jernih. Cengkaman di dalam dadaku yang sempit selama ini bagai terlepas bebas. Beban perasaan ini terungkai dan keluar menghasilkan warna pelangi yang cantik di kanvas hati. Aku bahagia walaupun masih terlalu baharu untuk aku rasakan bahagia ini.

"Ayyan banyak sangat sakitkan hati Reen, kan? Macam mana Reen mampu sabar selama ni? Kenapa Reen cintakan lelaki lemah ni, Reen?"

Aku geleng kepala. Kenapa dia kata dia lemah sedangkan dia kuat, dia kuat sebab itu dia masih lagi mampu menghirup udara pinjaman Allah ini.

"Reen sabar sebab Ayyan pengisi ruang jiwa, Reen. Reen tak sanggup biarkan Ayyan sengsara seorang diri. Tak... Ayyan tak lemah, Ayyan kuat. Dari dulu, Ayyan mampu harungi semua dugaan ni sampai ke hari ni sebab Ayyan kuat. Ayyan tak pernah lemah. Tak pernah."
Kami sama-sama menahan sebak. Matanya nampak berkaca-kaca. Aku beranikan diri menyeka air matanya yang baru menitis. Ayyan membiarkan dan perlahan bahuku ditarik lebih dekat dengannya.

Dahiku hangat menerima kucupan dari bibir Ayyan. Terasa syahdu suasana waktu ini.

Dia lepaskan ciuman itu dan mendakap tubuhku erat. Aku membalas pelukan itu bersama rasa bersyukur. Akhirnya dia tahu perasaan yang aku pendam selama ini.

"Reen... apa yang buat Reen suka Ayyan? Sebab Ayyan kacak, ke?"
Suara Ayyan memecahkan kesunyian yang menyelubungi kami. Aku tersenyum sendiri mendengar soalan daripada dia.

"Tak lah, sebab Ayyan kan selalu je kacau Reen, sebab tulah boleh suka kut."

Perasaan malu datang mengintai. Aku masih belum bersedia berterus terang kenapa aku cintakan dia. Masih awal lagi, kalau aku straight terus, habislah aku malu berbakul-bakul. Macam mana nak menghadapi Ayyan lagi, lepas ni?

"Are you sure? Hmm... Tak pun maybe sebab Ayyan nyanyi sedap, kan?" soal Ayyan lagi. Nada suaranya nakal kedengaran. Sudah lama aku tidak dengar dia mengusik aku. Rindunya dengan Ayyan yang dulu. Syukur dia sudah perlahan-lahan menjadi Ayyan kesayangan aku yang dulu.

"Tak. Suara Ayyan tak sedap," selarku sengaja mengusik. Suara Ayyan memang sedap, sweet and charming. Kalau dah dengar tu, rasa nak berkali-kali dengar. Tak cukup sekali. Agaknya ikut bakat arwah mama atau ayah, ye?

"Hmm. Tak boleh jadi ni... Ehem... Test suara, 1... 2... 3..."

Aku gelak perlahan. Dia nak nyanyi sekarang ke? Aduhai, suara dah serak tu masih lagi nak nyanyi. Kang banjir pulak bilik ni nanti tembus hujan lebat. Huhu.

"Keanggunan wajahmu... selembut sehalus sutera... kemerduan suaramu menyusuk kalbuku... senyummu menawan... mengikat diriku terpesona... kepadamu..."

Setitis air mata bahagia berjaya singgah di tebing mata. Aku tersenyum dan terharu mendengar dendangan lagu kegemaranku bertajuk cintamu seharum kasturi dari penyanyi spin. Lagu itu terus mengamit kenangan aku dan Ayyan tika zaman sekolah dahulu. Sibuk betul aku bercerita, aku gemarkan lagu arwah achik spin. Pernah aku kata kepada Ayyan, aku ingin sekali dengar suamiku nyanyikan lagu-lagu cinta ini untukku.
Syahdunya tidak dapat terungkap di lidah. Aku terharu dia masih ingat kata-kataku dahulu. Diri ini terus tertanya-tanya adakah Ayyan turut merasakan cinta kepada aku? Atau sekadar rasa sayang?

"Cinta suci yang kau beri sesejuk titisan embun... meresapi disegenap jiwaku ini... kerna keikhlasan hatimu kekasih... tak mungkinku memandang pada yang lain..."

Ayyan ukirkan senyuman manis apabila aki berani menentang anak matanya. Titisan air mata ini, dia seka lembut dan dia kucup sekilas kedua-dua belah mataku.

"Terharu ke, sayang?"
Aku angguk malu.

"Nak Ayyan sambung nyanyi lagi, tak?"
"Tak nak, suara Ayyan serak." Gurauku sambil tergelak nipis. Dia turut tersenyum, makin lebar.

"Serak pun seksi dan sedap didengar, betul tak?"

"Hmm." Aku kemam bibir, pipi yang membahang dan entah merah tahap keberapa aku biarkan menghiasi wajahku. Aku tatap wajahnya dengan penuh ralit. Wajah ini kembali ceria, tidak seperti hari-hari sebelum ini. Aku gembira melihat lakaran ceria ini. Aku bahagia.

Jari dia menyentuh pipiku dan diusik perlahan.

"Hanya kepadamu ku curahkan kasih... kerna kau kekasih yang istimewa buat selamanya..."

Dia kenyit mata bersama senyuman paling menawan. Aku tersenyum malu-malu.

"Sayang... kau ku sayang aduhai kekasih... kerna kau mewarnai dunia cintaku... tasik hatiku beralun kembali... apabila diri ini engkau sayangi... semoga kasihmu harum mewangi... sewanginya haruman kasturi..."

Aku sembamkan wajahku di dadanya. Tidak dapat tahan malu yang semakin mengusik diri. Ya Allah, terima kasih kerana aku bisa cekapi kebahagian seperti ini bersama dia, insan yang ku cinta sepenuh hati. Pinggangku terasa dirangkul erat. Aku balas pelukan dia, haruman di badannya meresap di saraf, menghantar rasa nyaman dan bahagia yang tidak dapat terungkap dengan kata-kata.


3 dec 2019

Bạn đang đọc truyện trên: TruyenTop.Vip