BAB 67
"ABANG! Jangan tinggalkan Reen!"
Mataku terus terbuka. Dahiku basah disimbah peluh merenik. Aku meliarkan pandangan sekeliling. Gelap.
Tiada Ayyan. Ya Allah.
Di mana Ayyan? Aku meraup wajah, tidak kukira kegelapan ini pantas aku cuba bangkit. Aku terjelopok jatuh, namun aku tak putus asa.
Air mata merembes keluar. Aku harap tadi mimpi. Aku harap Ayyan hidup. Aku nak lihat wajah dia, aku nak peluk tubuh dia.
Aku mahu semuanya itu! Ya Allah, tolong aku.
Dengan kudrat yang masih tersisa, aku berpaut pada tombol pintu. Aku gagahkan kaki yang lemah, aku pulas tombol itu sekuat hati.
Mataku terus mencari susuk tubuh Ayyan. Seperti tadi, Ayyan terbaring kaku di tepi pintu. Bagai mengulang tayang, aku menangis tersedu sedan sebelum meraih tubuhnya.
Namun, kali ini tubuh Ayyan aku peluk seeratnya. Tidak aku panggil nama dia. Tidak aku tuturkan sebarang kata. Aku hanya perlukan detak jantungnya kembali sedia kala.
Hangat. Haba dari tubuhnya aku dapat rasai. Mungkin ini sekadar anganku semata. Mungkin ini khayalan apabila irama jantungnya dapat aku dengari ditelingaku kini. Andai... andai ini mimpi tolong hentikan mimpi ini, Ya Allah. Aku mahu berada dalam pelukannya, di saat jantungnya masih berdetak. Cukup sekadar ini yang aku pinta, aku tidak mahu yang lain, Ya Allah. Aku mohon.
Jantungku bagai terhenti apabila aku rasai sentuhan Ayyan di bahuku. Memaut erat semahunya, sehingga aku semakin ditenggelam lautan kesedihan.
"Sayang..."
Suara itu berbisik. Ya Allah, andai saja suara itu benar-benar nyata. Izinkan aku dengari alunan itu setiap detik, untuk aku ulangi tanpa erti jemu. Aku... aku rindukan suara itu. Terlalu...
"Abang... minta maaf..."
Tak. Abang tak salah. Jangan minta maaf, cukuplah abang bernafas saat ini. Reen tak perlukan apa-apa lagi. Tolong, abang. Jangan tinggalkan, Reen.
"Sayang... jangan menangis lagi, hati abang sakit, sayang... Abang terluka melihat sayang menangis kerana abang... Abang hanya mahu melihat bidadari abang tersenyum. Senyum manis untuk abang... Bidadari abang kuat, kan? Bidadari abang selalu kuat untuk abang. Dulu, bidadari abang selalu kuatkan abang. Jadi, sekarang... Please, kuat untuk abang juga... Kalau tidak, abang pun tak mampu kuat. Abang pun lemah nanti, sayang..."
Ya Allah. Benarkah Ayyan yang mengungkap luahan ini? Ataupun ini hanya ilusi? Namun, mengapa getaran suaranya sangat jelas aku dengari. Tembus ke ulu hati?
"Abang... macam mana Reen nak kuat kalau abang pergi tinggalkan Reen tanpa sempat Reen minta maaf. Macam mana, abang..." Teresak-esak aku cuba keluarkan suara, yang jelas turut tenggelam bersama air mata yang luruh ini. Aku ketatkan lagi pelukan, sedikit sebanyak irama jantungnya yang aku dengari mengubat sedikit luka kehilangan dia. Walaupun hanya secebis rasa itu mampu menyinggah.
"Abang kat sini, sayang... Apa yang sayang cakap, ni? Ni abang, abang masih bernafas lagi. Sayang tak dengar detak jantung abang?"
Aku pejam mata serapatnya. Ya Allah, haruskah aku percaya kata-kata ini? Bukankah aku bermimpi?
Pelukan erat di bahuku makin dileraikan. Aku tidak mahu melepaskan, namun aku rela mengikut rentak ilusi ini. Mungkin, aku perlu bermimpi Ayyan masih hidup. Tidak salah bukan aku bermimpi begini? Tidak salah, bukan?
Perlahan, tubuhku dijarakkan Ayyan dengan lembut. Bahuku dipegang kejap, dan dagu aku didongakknya oleh Ayyan. Aku takut, aku tidak mampu merenung matanya. Kemungkinan, jika mata kami bertemu. Ayyan... Ayyan akan menghilang!
Aku tak nak.
Aku pejam mata. Tidak mahu sedar dari mimpi ini. Air mata aku biarkan menjadi saksi kesengsaraan aku kerana kehilangan Ayyan. Keluarlah wahai air mata, basuhlah luka aku yang tidak terperi ini. Bantulah aku agar segala kesakitan ini sirna walaupun secebis sekalipun.
Tiba-tiba kedua mataku menerima kehangatan dari bibir dia. Aku terkaku.
Aku sebak. Dadaku sempit. Cuba kukawal gelora ini, cuba kutanam kesabaran yang nyata tidak mampu aku pahatkan di dalam hati. Ia terlalu sukar bagiku.
Ayyan. Kembalilah pada Reen. Reen dah rindu, sampai mimpi Ayyan cium kelopak mata Reen. Reen rindu Ayyan, sangat-sangat. Rintihku penuh pengharapan.
"Sayang... buka mata ni. Pandang abang, I'm real, here... Abang ada di sini... Abang ada, sayang... You're not dreaming, I swear. I'm real... Please, look at my eyes. Believe me..."
Lembut. Terlalu lembut alunan suara itu memujuk hatiku. Aku rindukan suara ini, aku ingin sekali rakamkan setiap bait bicaranya kerana kini aku rasakan aku sudah terlambat. Dia sudah tiada...
Ya Allah, namun... mengapa suara suamiku benar-benar terasa ada. Adakah kau hadiahkan mimpi ini sebentar untuk aku, Ya Allah? Dan, bisakah aku teruskan mimpi ini dan percaya sesungguhnya apa yang dia tuturkan padaku ini adalah benar?
Nafas aku cuba gali, aku cuba kuatkan hati untuk terus bermimpi. Walaupun sukar, aku usahakan kelopak ni untuk dibuka persis wanita yang baru ingin melihat dunia setelah menjalani pembedahan mata. Seperti itulah keadaanku kini.
Sebaik sahaja mata ini terbuka. Seraut wajah suamiku yang amat aku cintai menjamah anak mataku. Anak mata hitamnya menyelami anak mataku sehingga aku terkaku dalam angan yang aku cipta. Tanpa sedar, aku bahagia dalam duka kerana dapat merasai cahaya cintanya bersinar di matanya. Serasa mahu aku hentikan saat dan tika ini. Cukuplah aku dapat tatap wajah kacaknya. Cukuplah ini jikalau yang terakhir.
"Sayang..."
Aku kemam bibir, menahan sendu yang kembali menjelma. Aku gemar panggilan sayang itu. Terlalu.
"Sayang okay? Kenapa menangis lagi, ni?" Ibu jarinya naik menyeka air mata yang baru mengalir.
"Reen tak nak hilang abang..." Bibirku mengadu lemah pada dia. Biarlah aku anggap dia masih hidup. Aku mahu layan ilusi ini sampai ia sirna pergi.
"Abang pun tak nak... jangan nangis lagi, sayang... Abang tak kan hilang ke mana-mana. Abang tetap di sini, untuk sayang..."
Aku angguk. Dalam hati memaksa diri mempercayai itu. Aku mahu percaya dia tidak akan hilang. Dia tak akan tinggalkan aku.
"Abang sayangkan Reen... Abang janji akan lawan penyakit abang... Abang takkan lemah demi sayang... Please, trust me..."
Sekali lagi aku paksa diri mempercayai kata-katanya. Ini mimpi yang nyata, bukan?
Aku beranikan jari jemariku menyentuh wajahnya. Mataku meliar setiap inci wajahnya. Kenapa pipi dia hangat tidak seperti tadi. Sejuk sangat.
Aku. Aku ingin percaya ini bukan mimpi. Berdosakah aku? Melampaukah aku?
Tanpa segan silu, aku labuhkan bibir ke dahinya. Hangat. Tidak sejuk. Ayyan hidup lagi, kan? Aku cuba tahan air mata daripada menghalangi keinginan aku untuk menzahirkan sayangku pada dia.
Kemudian, aku kucup pipi belah kirinya. Tetap sama, hangat. Ya Allah. Dia masih hidup, kan? Suamiku masih bernyawa, bukan?
Beralih di pipi kanan. Sama juga. Hangat. Aku tertunduk lemah selepas itu. Air mata berjuraian deras. Mengapa mimpi ini seakan realiti?
Ayyan bangkit, dan terasa tubuhku diangkat untuk turut sama bangun. Aku terngadah apabila ini seperti dunia nyata. Tidak mungkin ilusi sehebat begini?
Aku mencari wajahnya, aku tatap lagi. Mencari lagi kebenaran. Adakah benar ini dunia nyata?
Renungan dia dalam. Merayu aku menghentikan tangisan. Aku dapat baca rayuan dia. Dahiku basah menerima kucupan lembut Ayyan dan tidak lama bibir aku pula bertaut dengannya.
Aku kelu. Ya Allah, aku kenal ini kucupan Ayyan. Ini dunia nyata! Tidak mungkin ilusiku mampu mengalirkan kehangatan cinta kami. Tidak mungkin.
Mataku tidak dapat kawal kejutan yang terbentang depan mata. Kini, baru aku sedari ini dunia nyata. Dengan tangan menggigil, pipi Ayyan aku sentuh bersama linangan air mata.
"A...yan ma...sih hidup?" Bibirku bergetaran menyoal, hatiku ditembusi rasa tidak percaya. Mataku laju bergerak-gerak meneroka setiap ruangan parasnya.
Mata Ayyan berkaca-kaca. Dia tersenyum payah dan mengangguk lemah.
"Sayang... Ni abang... Abang masih hidup lagi, sayang..." Jawapan Ayyan memercikkan rasa lega, rasa bahagia dan rasa yang tidak dapat aku gambarkan bagaimana. Aku bagaikan menerima peluang hidup kedua kali. Aku terlampau bahagia.
Lantas, aku dakap erat tubuhnya. Aku menangis semahunya di bahunya, meluahkan rasa syukur dia masih hidup. Ya Allah, terima kasih kerana beri peluang ini. Aku bersyukur bahawa suamiku masih bernyawa.
"T-tadi Reen mimpi abang tinggalkan Reen." Aku mengadu, dan menjelaskan mengapa aku bertingkah begini.
Belakang tubuhku disalut lembut. Dia cuba menenangkan aku. Aku lega menerima sentuhan itu, tidak seperti mimpiku tadi. Aku lega dia masih hidup.
"Shh... Abang takkan tinggalkan sayang macam tu aje. Abang berdoa Allah panjangkan umur abang... Abang usaha selalu sayang... Jangan fikir lagi mimpi tu... Abang ada sini... Jangan fikir bukan-bukan..." Suara Ayyan memujukku lembut.
Aku cuba menerima bait itu dan simpan ia dalam sanubari. Aku tidak boleh berputus asa, Ayyan masih boleh usaha. Masih boleh dirawat di hospital. Pesakit kanser atau barah ada juga dipanjangkan umur. Aku tak boleh berfikiran bukan-bukan.
"Abang, doktor cakap apa? Bila lagi due nak ke hospital lagi? Reen nak ikut abang nanti..." Pintaku apabila pelukan kami dileraikan.
"Bulan depan, sayang. Kita pergi sama-sama ye..."
Aku angguk dan dalam kepayahan aku ukir senyuman.
Tangisan aku telah reda, namun begitu ruang di dalam hati masih terasa peritnya kerana aku kena redha dengan ketentuan Ilahi. Allah bagi Ayyan sakit kerana itu ujian untuk Ayyan. Aku tidak boleh menolak takdir ini.
Dada Ayyan aku sentuh. Di mana keberadaan hati, aku salut lembut.
"Kesian kesayangan Reen... Kenapa abang tanggung sorang-sorang? Reen kan ada, Reen sedia kat sini untuk abang..." Aku tatap pula wajah Ayyan. Pipinya aku elus lembut, aku nampak sedikit cengkung tulang pipi itu. Mungkin dia tidak selera menjamah makan semasa kepergiannya di Melaka. Aku tidak ada, sebab seleranya mati. Kasihan suamiku.
"Abang dah makan?" soalku lembut. Matanya aku renung lama. Marahku yang bergejala tadi hilang pergi, yang tinggal hanya rasa cinta dan kasih yang makin berbunga saat ini.
"Belum, tunggu sayang..." jawab Ayyan sambil mengucup jari-jemariku. Matanya tidak pernah tewas menghadirkan pesona cinta walaupun kesayuan sedang menenggalamkan pesona itu. Sungguh, aku tidak akan sia-siakan peluang untuk membahagiakan Ayyan selagi hayat di kandung badan dan selagi dia masih ada di sisiku.
...
Sebulan kemudian~
MALAM ini ada makan malam di rumah emak. Kata emak, hendak meluangkan masa bersama keluarga Ayyan dan kami. Semua ahli keluargaku sudah mengetahui penyakit Ayyan, mereka semua tidak pernah letih memberi semangat kepada kami.
Pagi tadi, aku dan suamiku ke hospital. Doktor kata, Ayyan perlu mengikuti kemoterapi, sebagai usaha melawan kanser. Dan, doktor kata Ayyan kanser hati tahap 3.
Betapa luluhnya aku ketika itu. Sedaya upaya aku cuba tahan air mata ini daripada mengalir depan Ayyan, tetapi aku tewas. Aku menangis juga, aku lemah juga. Itulah kelemahan yang aku ada.
Namun, Ayyan tidak putus asa memujuk aku. Dia bawa aku ke tasik, tempat kenangan aku dan dia dahulu. Sambil itu, dia belikan aku gula-gula kapas. Kami kongsi bersama.
Dan, sempat lagi dia berselfie dengan gula kapas itu.
Comel sangat. Siap ada lesung pipit. Macam mana aku tak terpujuk dengan aksi comelnya ini? Akhirnya aku boleh ketawa walaupun, hati ini masih berbisik tangisan. Tidak mengapa, aku kena kuat demi Ayyan juga.
Ada lagi kejutan yang Ayyan ingin persembahkan pada aku. Nak tahu apa?
Kenangan petang tadi mengamit aku untuk kembali detik paling manis aki dan dia.
"Abang nak ke toilet kejap. Sayang duduk dulu dekat sini, eh?" Aku angguk, dan sebelum dia menghilang. Aku kait pergelangan tangannya. Dia tidak meneruskan langkah, membalikkan pulang tubuhnya kepada aku bersama senyuman yang biasa ditayang. Manis.
"Abang tertinggal something ni," ujarku dengan nada manja. Bahunya aku paut dan tangannya aku main-mainkan sehingga bergoyang ke kanan dan ke kiri.
"Apa dia, sayang?" Sebelah tangannya mengusap kasih kepalaku.
Tanpa segan, laju muncung bibirku mengena tepat pipi belah kiri. Sepantas kilat, takut orang lain nampak. Nasib juga sekarang kurang pengunjung.
Merah pipiku tika ini. Belum pernah aku senakal ini di tempat awam.
"Sayang jangan nakal sangat. Nanti abang susah tau." Suara dia perlahan berbisik setelah kepalaku dipegang seketika.
"Err, susah kenapa?" soalku malu-malu.
"Susah nak kawal jantung ni. Nervous sangat."
Tersengih lebar aku mendengar usikan Ayyan. Lalu, ku tampar sedikit bahunya.
"Haha, nanti kita sambung nakal dekat rumah ye. Kita kat Malaysia, tak boleh lebih-lebih."
Aku angguk. Aduh, malu berbakul-bakul kerana terlepas tingkah. Haa, kan dah kena usikan sedas daripada Ayyan.
"Sayang duduk dulu, eh... Tunggu abang, tau..." Ayyan membawaku ke bangku semula, didudukkan aku dan sempat dia kucup pipiku pula. Haish, perangai Ayyan pun turut dua kali lima dengan aku.
Aku tersenyum bahagia sambil mata menghantar peemergiannya itu.
Selang beberapa minit, dia hadir bersama gitar di tangan. Gitar siapa pula dipinjamnya itu? Dan, tidak kusangka ada seorang budak lelaki berumur lingkungan 12 tahun mungkin, sedang memegang kad manila berwarna kuning. Besar juga walaupun dipotong separuh.
Aku bangun, untuk mendapatkan Ayyan. Tetapi, matanya mengarahku untuk duduk semula. Aku hanya mengikut dan menyimpan debar berkompang menanti kejutan yang bakal Ayyan persembahkan kepadaku.
Budak lelaki itu menghulurkan microfon kepada Ayyan. Ayyan menyambutnya dan menghadiahkan senyuman manis kepadaku.
"I... 2... 3... Mic test, Assalamualaikum semua... Saya Ayyan Irhan suami kepada Nur Arina... Ingin mendendangkan dua buah lagu bertajuk I will confess, dari band... Wait, tak boleh beritahu... Kita test dulu gitar... Ehem... Terimalah... Ops, sebelum tu sayang, kalau tak faham apa yang abang nyanyi boleh tengok kad manila ni ada translation sekali... Okay, terimalah I will confess versi Ayyan Irhan."
Aku berasa teruja. Mataku rasa sedikit panas, air mata mahu keluar padahal Ayyan belum menyanyi lagi. Argh, terharunya. Mataku sedikit beralih kepada kad manila itu, tertulis...
writer's comment : bersambung... jgn lupa singgah baca buku mr evil beside you juga tau. tq sudi membaca story ini.
Bạn đang đọc truyện trên: TruyenTop.Vip