Bab 69

"KAU ni dik, mengular pulak. Tolong mak kat dapur patutnya. Ini dibiarkan suami kau kat dapur," sungut Kak Mina apabila aku mendekati meja. Mujur suaranya perlahan, malu aku rungutan dia didengari dek bapa mertua aku.

Sempat aku mencubit lengannya sebelum berlari ke dapur. Rasa hendak tergelak melihat muka renyuk Kak Mina. Haha, padan muka.

Aku memeluk bahu Ayyan. Dia terkejut dan toleh aku di sebelahnya.

"Sayang gi mana tadi?" soal Ayyan lembut. Tangannya lincah mengelap pinggan. Mataku tercari susuk tubuh mak.

"Reen duduk depan, kejap. Abang pergilah depan, biar Reen siapkan semua."

Terhenti tangannya, dia geleng kepala.

"Takpelah sayang, abang nak tolong mak juga. Sayang duduk ajelah, tengok abang buat kerja." Matanya mengarah aku supaya duduk di meja dapur.

"Mana boleh, Reen nak kena buat kerja jugak. Nanti Kak Mina bebel. Kak Mina sayang abang tau. Tadi kan, dia marah Reen sebab biarkan abang buat kerja sorang-sorang..."

Ayyan tergelak lepas. Dia tayang muka tidak percaya. Mungkin rasa kelakar sangat dengan persepsi aku. Tak terbayang agaknya kak mina sayang dia sebab pertemuan pertama mereka, habis dibalunnya Ayyan. Peristiwa itu walaupun mengundang geram terhadap Kak Mina, tetapi ada rasa lucu juga kerana menunjukkan sikap Kak Mina caring terhadap aku.

"Sayang ke Kak Mina kat abang? Aduh, dulu dia kemain marahkan abang. Masa dah kahwin pun sibuk menjeling abang, kalau abang tegur dia buat-buat tak nampak," komen Ayyan setelah gelaknya terhenti. Ayyan bergerak pula ke singki, mengambil mangkuk besar.

Aku mendekati dia, dan mengambil mangkuk besar itu dalam pegangan dia.

"Eh, tak payahlah. Biar abang buat."
Larang Ayyan sambil kerutkan dahi.

"Takpe, Reen nak buat jugak."

Ayyan tercengang apabila aku terus merampas mangkuk itu. Tetapi, dia tersenyum juga melihat kerenah aku. Dia menuju ke singki semula. Aku toleh, nampak dia membasuh jag. Nak buat air lah tu.

"Berbalik pasal Kak Mina, dia tu sebenarnya geram dekat abang sebab tu dia sombong dengan abang," ulasku pada Ayyan, suaraku sedikit mengendur. Takut juga ada telinga gajah bakal mengintip perbualan kami. Mana tahu Kak Mina serang kami nanti. Dengan berhati-hati rendang ayam aku sendukkan ke dalam mangkuk besar itu. Harum bau rendang menyucuk deria, perutku sedikit berbunyi. Nasib juga perlahan.

"Geram pasal apa?" Tak perasan, suara Ayyan sudah dekat di belakangku. Dia ambil mangkuk di tanganku pula, mungkin lama sangat aku menyenduk lauk.

"Geram pasal abang tu... bukan nak tahu pasal..."
Bibir bawah aku gigit sedikit. Mulalah malu nak sebut, perlukah aku cerita? Tetapi, nak malu buat apa? Ayyan dah tahu semuanya.

"Pasal?" tanya dia. Hidungku dicuit, dan aku tersentak sedikit. Terus ku alih pandangan ke arahnya yang telah berdiri depanku.

Aku perhati figuranya. Baju kemeja berwarna hitam, dan ada line berwarna biru pekat di bahagian bahu. Handsome! Dia kacak sangat apabila mengenakan baju ini di tubuhnya. Lagi kacak sebab baju ini pemberian hadiahku istimewa untuk dia. Aku beli di Jusco Tebrau tempoh hari. Tidak sangka pula sesuai di tubuh Ayyan. Sekali pandang macam actor chinese Neo Minghao. Dua kali pandang macam Ayyan Irhan. Ehh??? Yang pasti, suami aku lebih kacak dan bergaya. Hihi.

"Tenung abang lagi. Tak cukup ke siang malam hadap muka abang?" Dia angkat kening sebelah dan tersenyum nakal. Pipi aku diusapnya lembut.

"Err, tak cukuplah abang. Kalau boleh nak 24 jam tengok muka abang," usikku tidak mahu mengalah. Maluku aku buang jauh, selalu aku tersipu-sipu. Namun, kali ini aku mahu juga membalas usikan dia. Tak menyangka pipinya mula bertukar warna. Alaa... Comelnya. Aku picit pipi dia, geram!

?

Muka malu-malu dia terlebih comel daripada aku.

Ayyan sembunyi senyum, dia pula mencubit pipiku. Aku tergelak, namun gelakku terhenti apabila entah apa silapnya. Aku hilang imbangan dan hampir menyembah bumi dapur.

Bagaikan scene di dalam drama, tangan sasa Ayyan memaut pinggangku. Aku selamat tetapi, kedudukan kami seperti ini mengundang rasa gemuruh. Tubuh Ayyan sedikit membongkok dekat dengan tubuhku. Wajahnya berjarak dekat dengan wajahku.

Dan, mata kami saling bertemu. Entah mengapa, ada getaran hebat melanda hatiku kini. Bunga-bunga cinta sedang menghujani diriku. Mungkin juga dia begitu kerana matanya seakan terpegun mendalami ruangan wajahku.

"Ehemmm. Korang jangan buat scene terlarang di sini. Aku masih budak bawah umur." Deheman kuat bercampur dengan perlian sungguh memeranjatkan kami berdua.

Hampir terlepas pegangan Ayyan, namun sempat lagi dia kuatkan pautan dan membantu aku berdiri semula macam biasa. Kali ini pipi kami berdua macam di simbah sos tomato, terlebih malu. Nasib juga yang melihat Kak Mina, kalaulah bapa mertua aku macam mana? Aduhai, apalah nak jadi dengan kami berdua ni. Terlebih tonton drama agaknya. Huhu.

"Dari tadi aku skodeng korang tau. Apahal mention-mention nama aku pulak, eh?" Sungut Kak Mina. Sempat dia jeling aku dan Ayyan. Eh, dia ni macam minta kena cucuk je mata tu. Dia mara mendekati periuk nasi. Tangan dia lincah mencari mangkuk besar untuk di isi nasi agaknya.

"Err, pasal... pasal apa Kak Mina tak suka saya. Hehe." Ayyan tersengih, tayang gigi dia yang putih melepak. Comelnya, hari ni Ayyan comel sedunia. Hehe.

Aku garu kepala tidak gatal, terdetik di hati hendak melarikan diri. Biarlah mereka berdua berbual, sesungguhnya janggal sekali situasi sekarang. Baru selangkah kaki menapak, tangan Ayyan dah menyambar pergelangan tanganku. Mukanya tampak gelisah. Aduh, takut sangat ke dengan Kak Mina?

"Mana ada. Aku... Hurm... Kak Mina bukan tak suka, tapi geramlah dengan kau. Mainkan perasaan adik aku. Sampai menangis siang malam tau budak kecik tu. Haish, tak tenang malam aku nak tidur. Tu kau mendapat tumbukan padu aku. Tapi, bila tengok korang lovey dovey macam ni, aku dah suka lah sikit dengan kau. Opss, sebagai akak ipar, okay..."

Aku tahan gelak dan malu. Hish, ada ke patut cakap aku menangis siang malam sebab Ayyan? Macam nak kena cili je? Cili mana cili, nak lenyek kat mulut Kak Mina ni. Tapi, rasa nak gelak juga dengan ayat Kak Mina. Suka sikit? Akak ipar? Hahahaha.

"Yeke sebab tu? Alaaa... comelnya sayang abang ni..." Usik Ayyan sudah mampu tersenyum lega. Riaknya bertukar ceria, tiada lagi gelisah.

"Iyelah. Sekali lagi kau buat adik aku menangis, aku tumbuk kau tau." Kak Mina tayang penumbuk dan pakej muka garang.

Ehh, Kak Mina ni asal melebih ek.

Namun, tidak lama letusan buah tawa terlepas di bibir Kak Mina. Dia meletakkan mangkuk di meja sebentar. Tiba-tiba, bahu Ayyan ditampar perlahan.

Ehh, Kak Mina ni okay ke tidak?

Ayyan juga terpinga-pinga.

"Aku buat lawak ajelah. Kau kan adik ipar baik, takkanlah aku nak kasi penumbuk. Silap hari bulan, si kenit ni gulung aku guna lesung batu tau."

Erk. Nak gelak ke tidak? Aku tengok muka Ayyan, dia pun blur.

Aku menghantar isyarat supaya gelak. Dalam perkiraan 1, 2, 3. Kami ketawa serentak. Layan ajelah si Kak Mina. Kak Mina apa lagi, balun gelak. Gelak dia sama level dengan Ainura tau. Adoi, kenapa diseru nama Ainura? Kacau mood betul.

...

"MAKAN tu kenapa pelan-pelan?" tegur Ian memecahkan kesunyian di meja makan.

Aku angkat wajah, sambil pandang semua wajah. Mata Ian bertemu dengan aku. Dia angkat kening, dan buat muka sinis.

Aku terpinga-pinga. Dia tanya siapa? Aku ke?

"Reenalah siapa lagi. Eh, Yan. Suaplah Reena tu. Kesian tak selera." Suara Ian datang lagi menyapa. Yang lain dah tersenyum-senyum.

Kenapa aku pula jadi bahan usikan sekarang ini? Makan pelan tu jadi masalah?

Ayyan toleh aku di sebelah. Kepalaku disalutnya.

"Meh abang suap."

Aku geleng. Ish, malulah nampak semua orang. Macamlah kitorang pengantin baru. Dah 2 tahun kut tempoh mahligai kami terbina.

"Jangan malu-malu Arina. Mak nak juga tengok kamu berdua bersweet-sweet." Tokok mak yang duduk disebelah Kak Mina.

"Aah, ayah pun nak tengok juga. Lekas Ayan suap Arina. Lepas tu Arina pula suap. Alahai, tangkap gambar pun elok ni." Seloroh ayah sambil tahan gelak.

Keringat mula merenik di dahi. Er, memang nasiblah kena usik hari ni. Aku paksa mulut supaya buka.

Ayyan dengan selamba menyuap nasi dan lauk ayam rendang ke dalam mulut. Mata Ayyan turut tersenyum melihat wajah kelat aku. Sempat dia kenyit mata tatkala nasi berjaya masuk ke dalam mulutku. Berbahang pipi, aku mula menunduk dan mengunyah nasi perlahan-lahan.

"Alalala. Sweet sangat lah tu." Kak Mina mencucuk pinggangku dan mahu mengusik. Eee. Geramnya dengan Kak Mina ni. Terus jari aku ketip lengannya.

"Auch! Sakit lah dik oi. Hahahaha. Tak yah malu-malu sangatlah!" Kak Mina sambung gelak.

"Sayang, dah siap kunyah ke? Abang pun nak suap ni."

Panas dah keadaan aku sekarang kerana terlampau malu. Boleh pula Ayyan menambah.

Semua dah gelakkan aku. Urgh, sabar ajelah. Tidak mengapa, siaplah Ian esok kat tempat kerja aku buat hal nanti. Tunggu, kau. Haha.

"Dah-dah Yan. Aku pulak jealous ni. Kesian lah isteri kau tu, merah muka macam udang bakar. Hahahaha." Ian berseloroh, dan melepaskan ketawa kuat.

Kalau depan mata ni, dah lama aku tarik rambut dia sampai gugur semua.

"Kalau jealous kahwinlah Ian. Makwe mana, kenalkan dengan aku." Suara Ash menyampuk. Dari tadi senyap memanjang. Dengar suara dia besar dan garau itu menimbulkan gerun sedikit apabila teringat memori silam. Hmm, nasib juga dah berubah. Tetapi, tengok gaya macam nak ajak bergurau dengan Ian. Namun, jadi ke gurauan dia? Dia pandai bergurau ke?
But, thanks ye Ash. Sebab kau aku terlepas dengan usikan Ian tu.

"Err, aku? Makwe aku dah kena kebaslah. Acane."

Tenang sedikit gelora malu tadi. Aku angkat wajah, dan sambung makan. Tidak aku toleh Ayyan di sebelah. Aku sedut air epal, lega sedikit tekak yang perit akibat kunyah dan telan laju-laju. Jawapan Ian tu aku tidak endahkan. Dah kena kebas, carilah lain. Desisku dalam hati.

"Aik, siapa pulak kebas? Cari ajelah baru. Kau ni pun, bukak lah mask. Macam mana perempuan nak tergoda kalau bertutup gini," balas Ash. Ada sindiran mencelah. Aku hampir hendak lakar senyuman kerana gelihati dengan kata-kata Ash. Kelakar jugak Ash ni, ingatkan serius aje. Boleh jadi geng aku ni, geng menyindir si Ian.

"Adalah makhluk tu kebas. Alaaa... aku bukan tak nak bukak, takut si Reena ni terkejut. Muka aku kan sebijik Yan, kang silap hari bulan salah peluk. Susah nanti. Hahahaha."

Astagfirullahalzim. Balik-balik aku juga yang kena? Sengaja betul Ian ni lah, rasa nak cucuk aje mulut dia guna garfu ni.

"Reen kenallah sayang Reen." Aku seluk bawah ketiak Ayyan, dan masukkan lengan ku seraya memeluk kemas bahu Ayyan. Tidak pula aku malu berbuagt demikian, kerana hendak cemburukan Ian. Haha. Itu pun kalau dia cemburu.

"Eleh, macam dia aje ada suami. Kau belum tengok aku bolehlah cakap."

"Ian, kau cari makwe nanti jangan macam adik aku. Dia perasan sikit, pastu suka nangis. Haha. Carilah yang brutal sikit boleh kau cari gaduh. Ini gaduh dengan Reen, tak syok kan. Dia bukan suka melawan sangat." Suara Kak Mina mencelah. Terkejut aku mendengar sindiran Kak Mina. Aku jeling Kak Mina dan Ian silih berganti. Kang aku kahwinkan dua orang ni baru tahu. Suka aje menyakat aku.

"Kak Mina kapellah dengan Ian. Adik sokong 19 kali tau. Hahaha. Abang pun sokong, right? Mak, ayah and Ash sokong, kan?"

Aku sudah tayang taring yang aku sembunyi. Hambek dah kena! Padan muka kamu orang.

"Tak mahulah Kak Mina. Dia tu muda 7 tahun kut. Kau gila, dik?" Mencerlung mata Kak Mina marah kepadaku kerana membahan dia.

"Saya tak kisah Kak Mina. Hahaha. Tapi-tapi, risaulah langkah bendul. Lagi better Kak Mina kapel dengan abang Ash. Tak salah tua setahun daripada Kak Mina, kan?"

"Woi, aku dah ada lah. Jangan memandai."

"Bila langsungnya?" Ayyan menyampuk. Laju dia lancarkan soalan sebelum mulut becok Ian buka mulut.

"Tahun depan," jawab Ash bersahaja.

Seriously laku juga si Ash ni, ek? Walau perangai macam ; eh, dah insaf. Lupa pula. Siapalah gadis malang itu?

"Siapa?" Kini giliran Ian menyoal.

"Siti Aminah."

Ternganga mulut aku tanpa sengaja. Cuba memproses. Bukankah itu nama Kak Mina? Ke aku salah dengar?

"Abang Ash!" Terjerit suara Kak Mina, hampir semua terkejut.

"Sorry honey, Abang terpaksa bongkarkan takut Ian kebas."

Honey? Ya Allah, apakah yang terjadi. Geli tahi telinga dengar. Honey??? Serius ke budak berdua ni? Sejak bila? Tak sangka betul.

Maka, keluarlah soal jawab antara mereka semua. Mak dan ayah juga turut serta. Perkhabaran berita ini sungguh menggemparkan semua. Aku pun terkejut bukan kepalang. Dahsyat betul kuasa cinta. Kak Mina yang keras dan brutal itu rela dipanggil honey? Macam nak terbalik dunia.

Namun, bukan itu yang aku kesahkan sekarang. Gelak dan senyuman Ayyan, terus mengamitku untuk memandang. Andai Ayyan dapat bersama kami semua selamanya. Alangkah indahnya.

Bạn đang đọc truyện trên: TruyenTop.Vip