Bab 71 - Ending

Setahun setengah kemudian~

PIPIKU yang menerima setitik air mata aku kesat perlahan. Pemandangan luar pesawat menenangkan sedikit luka dalam hati. Aku pegang perutku, dah kempis.

Aku melahirkan cahaya mata pada tahun lepas, bulan 9.

29 september 2018. 5 petang.

Tanpa ditemani suamiku. Dia... dia... dah tinggalkan aku malam hari itu. Ketika pertama kali dia mendapat rawatan kemoterapi. Dan, aku redha... Walaupun pada mulanya, hatiku sesak dengan penyesalan, aku menyesal kerana tidak dapat membahagiakan dia lebih lama. Dan... aku menyesal tidak melahirkan permata kami lebih awal.

Astagfirullahalzim. Aku alunkan istighfar panjang. Ini takdir suamiku pergi dari dunia ini. Aku perlu redha, aku dah berjanji pada Ayyan untuk redha. Aku kena tunaikan.

Angan Ayyan, tercapai. Dia mahukan anak perempuan... Comel dan cantii sekali anak kami, cantiknya seperti aku dan comelnya seperti dia...

Aku tepuk dada, biar sebak ini menghilang seketika.

Kemanakah tujuan aku pergi dengan menaiki pesawat? Dapatkah diteka? Aku membawa diri aku ke tempat menyimpan memori terindah kami.

Pulau Cinta.

...

Setelah keluar daripada bot, peningku mula bermain mencucuk sekitar kepala.  Aku picit sendiri. Kalau dulu, ada Ayyan... Tapi, dia dah tiada. Aku kena berdikari sendiri. Aku kuat, kan? Demi, Ayyan.

Aku berehat sebentar di bangku kosong. Menenangkan gelora perasaan yang mula digoncang-goncang. Seakan ternampak-nampak di tubir mata, wajah Ayyan tersenyum ke arahku. Manis sekali. Senyuman terindah yang aku sangat rindui.

Sangat-sangat rindu.

"Sayang... Sakit Lagi Kepala?"

Aku bayangkan suara dia menyoalku begitu. Aku sekadar angguk. Dan, air jernih ini keluar perlahan. Aku rindu suara dia...

Selang beberapa minit, aku bangkit. Aku ingin meneruskan perjalanan. Mencari ketenangan bersama memori indah aku bersama dia di sini dahulu. Tika kaki ini jejak jambatan titi,

"Jangan lari macam tu. Kepala tu pening lagi, kang tergolek siapa nak tolong? Ayyan tak boleh berenang, tau."

Ya Allah. Mengapa suara dia terasa benar-benar wujud di telingaku ini?

Aku pandang kiri dan kanan. Tiada sesiapa, hanya aku seorang berada di atas jambatan titi ini. Sekali lagi, aku tahan gelora dari termuntah isi jeenih di tubir mata. Aku kena kuat, demi Ayyan.

Mataku meliar ke bawah. Sejuk mata ini menjamah pemandangan indah. Ikan kecil bermain suka ria di dalam air.

Argh, teringat kembali salah faham yang aku timbulkan tika itu. Kasihan, suamiku. Susah payah dia memujukku.

"I love you, only you in my heart. No one can replace you, sayang. Budak tu bukan anak abang, budak tu salah orang je tadi, sayang. Sayang je fikir bukan-bukan."

Aku tekup bibir. Terngiang-ngiang suara Ayyan memujuk aku. Ya Allah, Reen minta maaf kerana bersangka buruk pada abang. Rintihku dalam hati. Aku menyesal berkelauan begitu, jika... Jika aku bisa ulang semula kenangan itu biar jadi lebih indah...

Alangkah indahnya.

...

TOMBOL pintu aku pulas, terhidang depan mata perabot yang sama kedudukan katil, sofa dan... Mataku tergerak ke arah luar jendela, di mana keberadaan buai.

Sesak mula bergumpal-gumpal, menghadirkan mutiara. Kembali menelusuri pipiku. Aku tidak seka, biarlah. Biarlah ia membasuh luka ini. Luka, kehilangan insan yang sangat aku cintai...

Aku duduk di birai katil, letih dengan perasaan yang kian lemah ditenggelam kedukaan.

Kepalaku yang sedikit memberat aku jatuhkan ke atas tilam beralasankan bantal. Aku baring menghadap siling sebentar sebelum kembali mengiring.

Kamera yang tersadai di tepiku terus tekan butang switch. Mula berkelip-kelip lampu di butang switch menandakan kamera itu telah dibuka.

Gambar, aku dan dia. Aku selak satu persatu. Titisan demi titisan tidak jemu mengalir. Tuhan, aku rindu dia.

Tiba-tiba keluar satu video. Video menayangkan aku sedang bermain-main dengan ikan-ikan kecil. Terbongkok-bongkok mahu menangkap ikan, yang jelas sukar didapatkan.

"Sayang... senyum sini kejap. Abang tengah rakam sayang."

Aku tergelak dan tayang gigi depan kamera. Sempat, air ini aku percikkan ke muka Ayyan.

Dia turut tergelak.

"Janganlah sayang. Nanti basah baju abang, tau."

"Biarlah basah, boleh tukar baju." Ejekku dan terus memercikkan air ke muka dan bajunya. Sekali sekala bermain macam budak-budak apa salahnya? Honeymoon hanya sekali, bukan?

"Sayang... Nanti abang buka baju kat sini baru tahu, ramai orang ternganga tengok badan ketak-ketak abang ni. Tak jealous ke, nanti?"

Aku terdiam dan pandang muka dia lama. Betul, juga. Terpaksa batalkan niat. Tak bolehlah orang tengok, Ayyan hak aku tau. Gelakku dalam hati.

"Sayang..." Seru Ayyan dengan lenggok manja.

"Ye, abang?" Sahutku dengan suara manja juga.

"Nanti, kan. Kalau sayang mengandung... Abang nak namakan anak abang Aisyah Humaira. Sedap tak? Aisyah Humaira Binti Ayyan Irhan. Cantik, kan nama tu? Aisyah maksudnya yang bahagia. Humaira pula pipi kemerah-merahan." Cerita Ayyan dan tersenyum lebar. Matanya bersinar-sinar, seakan membayangkan permatanya di depan mata.

"Sedap. Cantik sangat. Pandai abang pilih. How sweet. Tapi, kalau lelaki pula macam mana?" soalku dengan mata terkelip-kelip, memberi perhatian pada wajahnya yang sedikit memerah disimbah cahaya matahari.

"Hurmm. Abang rasa anak kita perempuan. Tapi, kalau lelaki. Abang nak namakan Muhammad Yusuf. Muhammad Yusuf Bin Ayyan Irhan. Wah, sedap nama tu. Muhammad yang terpuji, manakala Yusuf nama nabi Yusuf yang tabah dan kuat hadapi ujian hidup. Yang paling penting Yusuf itu kacak, ikut ayah dia lah. Yang kacak lagikan segak, kan?"

Ayyan tayang muka perasan. Aku pegang kedua-dua belah pipinya.

"Alala. Memang kacak sangat. Tapi, lebih kepada comel je." Usikku sambil tergelak-gelak.

Ayyan geletek pinggangku. Aku terkejut dan bangkit, memanjangkan langkah berlari-lari anak.

Sumpah, aku tak boleh digeletek. Geli sangat pinggang. Anti sangat.

"Jangan lari, sayang. Abang kejar!"
Ayyan mengejarku dan ajaibnya dia dapat menangkap tubuhku. Kami tergelak bahagia.

Aku menangis teresak-esak. Kenangan itu, terlalu aku rindukan. Abang, Reen rindu abang sangat-sangat.

Belum sempat reda tangisanku, aku dipaparkan dengan satu video yang tidak pernah aku tahu kewujudannya. Dalam tangan menggigil, aku seka air mata.

Nafas yang makin sesak, aku cuba gali lagi.

"Assalamualaikum, sayang..."

Figura Ayyan sedang duduk merenung skrin kamera. Dan, aku dapat rasakan tenungan dia tembus ke mataku kini. Seperti benar-benar dia merenung aku.

"Waalaikumussalam, abang," jawabku dalam getaran.

"Sebenarnya abang nak cakap something ni," Ayyan menunduk, dan aku nampak jelas dia tengah seka air mata.

"Abang nak minta maaf dengan sayang..."

Menggigil tubuhku melawan esak. Kenapa minta maaf, abang. Abang tak salah apa-apa. Rintihku ditemani kepilauan yang sedang melata di ruangan dada.

"Abang minta maaf sebab tak terus terang dari awal. Abang takut sayang sedih. Abang takut sayang menangis."

Ayyan kembali seka air mata. Luluh aku melihat dia begitu. Terlalu luluh bagai hati ini dilapah-lapah. Sakit.

"Abang sakit kanser hati. Abang sakit mungkin ini ujian untuk abang. Mungkin Allah nak hapuskan dosa abang selama ini. Abang banyak berdosa dengan Allah. Abang lalai. Abang banyak berdosa dengan..." Kali ini Ayyan mula teresak-esak. Terhenjut-henjut tubuhnya melawan tangisan.

Aku turut menangis, dan cuba kawal mata yang semakin kabur. Aku mahu lihat dan dengar apa yang cuba disampaikan lagi.

"Abang banyak dosa dengan arwah mama. Ya Allah, ampunkan dosa aku..."

Mata aku pejam seketika, jari mengesat tubir mata. Aku harus, kuat. Ya Allah, kuatkan aku.

"Dan... Abang banyak dosa dengan sayang. Dulu abang banyak sakitkan hati sayang, kan? Abang... Abang minta maaf, sayang..."

"Abang takde dosa dengan Reen..." Rintihku sambil lawan esakan. Tersekat-sekat alur nafas untuk kembali seperti biasa.

"Abang harap sayang redha andai abang pergi dulu. Jangan tangiskan abang. Abang tak mahu bidadari abang menangis lagi. Abang tak nak. Abang nak sayang senyum. Bahagia melalui hari-hari yang mendatang. Boleh, sayang? Sayang kena redha ye terima qada' dan qadar Allah."

Aku angguk dan simpan nasihatnya dalam-dalam. Reen cuba demi abang. Reen cuba.

"Kalau rindukan abang kirimkan doa dan hadiah surah-surah untuk abang. Abang menanti sayang di sana. Andai, andai ada jodoh lain untuk sayang. Sayang terima ye... Sebab abang tak mahu sayang hidup seorang diri, abang nak tika sayang sakit. Ada orang jagakan, sayang. Dan bila sayang sedih, ada yang kesat air mata sayang. Maafkan abang sebab mungkir janji, abang. Sayang jangan sedih-sedih, abang cintakan sayang sangat-sangat, sepenuh hati abang. Terima kasih kerana hadir dalam hidup abang. Terima kasih kerana hadirkan sinar bahagia dan menemani hari-hari abang sepanjang abang hidup. Terima kasih, sayang..."

Aku menangis lagi dan lagi, terus ku peluk cium kamera tersebut. Membayangkan Ayyan di depan mata.

Untuk jawapan permintaan abang tadi. Tidak, tidak abang. Reen tidak akan menerima kehadiran lelaki lain dalam hidup Reen. Reen tunggu abang di syurga. Hanya abang di dalam hati, kekal untuk selamanya.

Azan asar mula berkumandang. Aku bangun dan menutup semula kamera tersebut. Kini, giliranku untuk meluah dan merintih kepada Yang Maha Pencipta. Aku banyak dosa, ampunkan aku ya Allah. Kerana terlalu lama menyimpan duka. Kau titipkan aku ketabahan untuk meneruskan hidup bersama buah hatiku, Aisyah Humaira. Izinkan aku membimbing dan mendidiknya menjadi anak yang solehah seperti permintaan arwah suamiku kepadaku. Ya, arwah suami. Ayyan Irhan Bin Adam Lee. Semoga arwah suamiku ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.
Amin.

Writer's comment : Tamat sudah perjalanan kisah hidup Nur Arina dan Ayyan Irhan. Semoga daripada kisah ini dapat dijadikan pengajaran. Setiap yang hidup pasti merasai mati. Tidak kira sakit ataupun tidak. Dan, setiap pertemuan akan adanya perpisahan. Kita harus redha dengan ketentuan Ilahi.



Bạn đang đọc truyện trên: TruyenTop.Vip