SYT 17

MATAKU masih kaku melihat digit number aku dan nama contact, 'My Everything' bersilih ganti. Sukar untuk mempercayai semua ini, berbagai sangkaan menoda halaman mindaku. Tanganku naik menekan dada, degupan jantung tidak pernah berhenti berdetak deras. Rasa nak tercabut tangkai jantung ini.

Aku cuba menenteramkan gementar yang bergetar hebat. Bertenang, Arina... bertenang...

Mungkin Ayyan anggap aku seluruh hidupnya kerana aku pernah menyelamatkan nyawanya? Mungkin, juga... Itu kebenarannya...

Sedikit demi sedikit debaran yang melanda mula berkeinginan untuk surut. Aku menghela nafas lemah, kecewa perlahan-lahan membangkit dalam diriku. Dadaku mula dicengkam sebak.

Aku katup kelopak mata, cuba melempar jauh semua sakit ini. Wahai hati, usah kau bersedih lagi... Hatinya telah bertakhta dengan nama insan lain, yang telah menjadi permata idamannya... Usah lagi kau mencipta angan-angan palsu kerana semua itu tiada gunanya lagi... Tolong wahai hati, menghilanglah rasa ini dari mencemar jiwa ragaku lagi... Aku mohon, wahai hati...

Kelopak mata mulai terasa panas. Aku tahu air mata bakal menoda pipiku tetapi aku tidak izinkan ia berlaku lagi. Tidak izinkan sama sekali hanya kerana perasaan bodoh ini!

Perlahan-lahan aku membuka mata semula. Aku gagal! Setitis air degil juga untuk menoda pipiku. Aku buang nafas lelah. Jiwaku meronta marah, mengapa aku lemah lagi begini? Tolonglah, kuat!

Tiba-tiba handphone Ayyan bergetar, pesanan teks timbul di notifikasi. Dari 'My Love'. Aku terkaku sebentar, nama Ainura terdetik di benakku.

Aku tekapkan handphone di telinga setelah menyentuh butang answer.

"Ayyan... Kenapa sayang tak answer my call semalam? You sengaja kan tak nak jawab sebab pergaduhan kita hari tu? You ni kenapa jadi macam ni? Kenapa nak marah sangat hanya sebab Kak Reen tu! I cakap macam tu sebab you terlalu obses dengan dia, sampai dating dengan I pun you sibuk termenung ingatkan dia! Macam mana I tak sakit hati! I jealous tahu tak!" suara lantang seorang perempuan menyembur deria pendengaranku. Aku diterpa perasaan entah apa, luahan Ainura itu tidak dapat aku cerna dengan mudah. Apa yang aku dengar ni?

"Sayang... kenapa diam ni?" soal Ainura dengan nada manja dan meleret.

Lidahku kelu untuk menuturkan sebarang kata. Apa aku nak buat ni? Boleh tak kalau aku matikan sahaja panggilan ni? Sungguh, aku bingung macam orang bodoh, termangu-mangu dalam rasa terkejut bergumpalan dalam dada.

"Sayang... I'm sorry, please..." sekali lagi Ainura berusaha memujuk 'Ayyan', walhal telinga aku yang menjadi santapan suara gediknya.

"Sayang...,"

Tit...

Aku matikan panggilan. Tak sanggup aku dengar dia bersayang-sayang, rasa meluat!

Kaki mula terasa lenguh. Aku mendekati kerusi yang telah terletak elok di bahagian depan wad kecemasan itu.

Dalam beberapa saat, aku hanya termenung melepaskan lelah. Terngiang-ngiang kembali suara Ainura tadi. Hubungan mereka bermasalah kerana aku ke? Adakah sebab itu, Ayyan tidak menghubungi Ainura?

Bingung aku memikirkan persoalan yang tiada jawapan itu. Handphone Ayyan aku tenung lagi, bervibrate-vibrate lagi minta diangkat. Aku silentkan sahaja, malas mahu mengangkat.

'Baik aku mesej sahaja dia melalui handphone aku, daripada call mesti kena sembur pulak aku nanti' desisku sendirian.

Jari-jemariku lincah menaip pesanan.

To : 019..........

Assalamualaikum, Ni Kak Reen. Maaf mengganggu, Kak Reen just nak cakap sesuatu pasal Ayyan. Dia dekat hospital skrg sbb appendix, baru pagi tadi masuk wad kecemasan.

Send!

Tak sampai satu minit, ada pesanan teks masuk. Aku segera membuka mesej dari Ainura, sempat lagi tadi aku simpan nombornya dengan nama contact 'Ainura gedik'. Terletus gelak kecil dari mulutku.

From : Ainura gedik

What? Kenapa?

Belum sempat aku ingin tekan butang send, handphone bervibrate. Hatiku berkira-kira untuk menjawab, dan akhirnya aku tekan butang 'answer'.

"Kak Reen! What's happen to my boyfriend? Kenapa dia sakit tiba-tiba? Why I have to get this news from you!" bentak Ainura nyaring.

Tersentak jantung mendengar dia menyergah aku seperti itu. Dengan salam pun tidak dihulur, kenapa lah awek Ayyan perangai tak semenggah macam ni? Kutukku dalam hati.

"Assalamualaikum... Hmm, Ainura. Kak Reen pun baru tahu pagi ni... dah sakit nak datang nak buat macam mana, Ainura? Ayyan sekarang tengah sakit, so... sebab tu Kak Reen sampaikan perkara ni kepada Ainura. Hmm, faham?" tenang sahaja aku memberi penerangan kepada dia. Sempat lagi tu aku menyindir dia dengan memberi salam. Iyelah, kita orang Islam, apa-apahal pun beri salamlah dulu walau terkejut macam mana pun? Eh, tadi masa nurse call pun aku main sergah juga. Tergeleng kepalaku dengan tingkahku sendiri. Cakap orang, dia pun sama!

"But, I just don't understand! Why Ayyan tak beritahu Ainura dulu! I'm his girlfriend!" sungut Ainura tidak berpuas hati. Terdengar dengusan kecilnya mencucuk-cucuk telinga aku.

Hish, ni yang buat aku pantang! Nak merungut sangat kenapa? Dah kira untung aku sampaikan berita ni, kalua bukan sebab aku mungkin lepas Ayyan operation pun dia tak tahu! Tak reti bersyukur betul minah ni! Bebel aku kegeraman.

"Itu tak penting Ainura! Sekarang datang je sini, tengok keadaan dia. Yang sibuk nak risaukan benda lain tu kenapa?" sembur aku tanpa berlapik.

"Huh? Tak penting? Kak Reen memanglah rasa benda ni tak penting sebab Kak Reen tu bukan girlfriend dia! Ainura sakit hati tau tak, kenapa bukan Ainura yang dapat tahu dulu dia sakit! Kenapa Kak Reen yang hanya title kakak angkat yang tahu dulu!" bentak Ainura lantang.

Telingaku rasa berdesing menangani kemarahan yang dia lempiskan kepadaku. Aku tahan gelora marah yang sedang bergelodak. Kau ingat kau seorang yang sakit hati ke, Ainura? Aku ni lagi sakit hati! Sakit aku lagi tak dapat dibendung berbanding sakit hati kau, kerana kau berjaya memilik hati Ayyan, sedangkan aku? Hanya mampu menjadi kakak kepada dia!

"Memang tak penting! Ainura tak payah buat perangai macam budak-budak, boleh tak? Seriuslah, kalau tak nak jenguk Ayyan tak payah datang! Dia pun tak perlukan perempuan yang mengada-ngada!" luahku dengan penuh emosi marah. Tidak ku fikir lagi jika Ainura nak terasa ke tidak!

"What? Ainura mengada-ngada? Kak Reen jangan sesuka hati nak mengata saya! Cuba kalau Kak Reen yang jadi girlfriend Ayyan sekarang ni, what do you feel kalau jadi orang yang kedua tahu pasal Ayyan sakit! Apa yang Kak Reen akan cakap, hah? Entah-entah Kak Reen buat perangai lebih teruk dari Ainura!"

Turun naik dadaku menahan amarah. Kenapa dia ni kurang ajar sangat? Tak reti nak hormat aku ke sebagai yang lebih tua? Sedap-sedap mulut dia je cakap aku lebih teruk! Ya Allah, berilah aku kesabaran.

"Suka hatilah Ainura nak cakap apa... Dah terang lagi bersuluh, Ainura mengada-ngada kalah budak-budak! So, bye!"

Tit...

Aku matikan talian kerana takut nanti aku jadi tarzan melayan Ainura gedik tu. Dah lah memang pakar bab sakitkan hati aku. Patutlah Ayyan diserang penyakit, mesti stress melayan perangai kebudak-budakan si Ainura tu.

Handphoneku bervibrate, aku silentkan dengan rasa menyampah. Kemudian, aku menaip satu pesanan untuk budak tu dengan menekan-nekan kuat keypad. Geram!

To : Ainura gedik

No katil 5, barisan pertama. Hospital sultan ismail, tingkat 2.

Setelah aku menghantar pesanan itu, aku membuang nafas berat. Suka hati kaulah nak datang ke tak, pandai-pandailah kau nak buat apa.

......................................................

Gara-gara ingin membeli roti, aku terpaksa beratur panjang sampai ke luar kedai roti itu. Perkara ini memang biasa terjadi di hospital kerajaan, masing-masing ingin mengalas perut. Aku pun tidak terkecuali, dan bukan sahaja untuk perut aku, perut Ayyan pun aku fikirkan juga.

Aku bimbang apabila teringat kata-kata Doctor Lee tadi, Ayyan muntah-muntah. Sudah semestinya, perutnya kosong. Kasihan sungguh, kau Ayyan!

Aku mengeluh bosan, lambat betul pengunjung dalam kedai itu membayar, entah apa yang lambat sangat tu! Kaki yang sedia sengal, kembali mencucuk semakin dalam. Kakiku memang dari kecil agak lemah kerana aku pernah accident, pernah juga disimen. Tetapi tidaklah aku jangan terhinjut-hinjut, masih lagi aku boleh berjalan macam biasa. Cumanya, aku tak boleh berdiri lama-lama.

Dahi yang berkeringat aku kesat dengan belakang tangan. Cuaca panas ditambah dengan ruang lobi yang bersesak-sesak dipenuhi orang ramai membuatkan keringatku sekali sekala jatuh di dahi. Kejap lagi kena beli tisu, cepatlah wahai manusia. Aku dah tak larat lagi ni. Keluhku dalam hati.

Dua tiga orang keluar, aku mara sedikit ke hadapan, hampir tubuhku masuk ke dalam kedai. Gerak mataku tiba-tiba tertumpu tepat pada sosok tubuh seseorang wanita yang mungkin separuh abad, lingkungan umur 50 an mungkin. Sisi wajah tepinya aku tatap, cantik!

Namun, hatiku beralun sayu ketika mataku jatuh pada tongkat yang dipegang erat olehnya. Kerutan dahi dan garis halus jelas menunjukkan dia sedang menahan kesakitan. Ya Allah, sakit apa yang ditanggung oleh hambaMU itu? Soalan itu menerpa aku tanpa dipinta.

Dia bergerak perlahan ingin keluar beratur, aku jatuh kasihan melihat gerak sumbangnya yang terhinjut sebelah. Aku agak ada sesuatu yang berlaku pada kakinya!

Tangan kiriku lekas mengait mengait lengannya lembut. Senyuman aku calit sedikit di bibir.

"Mak cik, marilah beratur depan saya," pelawaku lembut.

Ada senyuman terukir dibibir itu, tetapi perlahan-lahan terkendur semula. Dia menggeleng perlahan.

"Takpe, makcik tak nak susahkan awak. Dari tadi beratur, kesian awak..."

tutur wanita itu berhati-hati, mungkin takut aku kecik hati kerana dia menolak pelawaanku.

"Eh, tak susahkan pun... Mak cik beraturlah sini, saya tak kesah..."

Beria-ria aku memujuk dia, dengan pakej mimik muka lagi. Aku sangat berharap dia terima, janganlah tidak... tak sampai hati melihat dia beratur dengan kaki sakit begitu.

Dia berdiam sejenak, kemudian dia tersenyum lebih manis dari tadi. Kakinya bergerak mendekati aku, sempat lagi bahu aku disentuhnya perlahan.

"Terima kasih... Moga urusan kamu dipermudahkan... Amin..."

Aku mengangguk perlahan.

"Sama-sama. Semoga urusan mak cik dipermudahkan juga, Amin," balasku mesra.

Wajah wanita itu aku pandang lagi dari belakang, tepi wajahnya seakan seiras dengan wajah seseorang. Berkerut-kerut dahiku memikir siapa gerangan itu, tetapi tiada jawapan.

.........................................................

Setelah selesai membeli roti, aku duduk melepaskan lelah di kerusi panjang, di tengah-tengah lobi hospital. Kepalaku sedikit berdenyut-denyut, aku urut perlahan di pelipis.

"Kak, saya nak minta tolong sikit boleh?" sapa seorang remaja lelaki kepadaku.

Seraut wajahnya nampak bersunguh mengharapkan pertolongan daripada aku. Aku pandang sahaja wajah dia lama, kemudian aku angguk perlahan. Hati mudah terusik, tak mungkin aku tolak untuk menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan!

"Akak ada grab car tak? Kalau ada, saya nak pinjam handphone akak kejap," tuturnya lambat-lambat, gaya macam serba salah kerana terpaksa meminta pertolongan daripada aku agaknya.

"Ada...adik tak ada handphone sendiri ke?" tanyaku sambil mengeluarkan handphoneku dari handbeg.

"Handphone dah habis battery. Boleh ye kak? Saya tak tahu nak balik macam mana lagi."

"Ohh, awak jenguk siapa kat hospital ni?" tanyaku lagi ingin tahu. Handphone masih dalam genggamanku.

"Mak saya sakit, dia dalam wad baru je tadi lepas operate. Sekarang saya nak balik sebab nak ambik adik saya kat rumah. Kesian dia sorang-sorang," jelasnya dengan nada perlahan.

Sayu hatiku mendengar penjelasannya. Tanpa fikir panjang, aku hulur handphone kepada dia.

"Okay, awak pinjamlah." Senyuman aku ukir senang apabila riaknya sudah berubah ceria kerana aku sudi membantu dia.

Dia kulihat sedang sibuk menekan-nekan sesuatu di skrin handphoneku. Tiba-tiba, kedengaran dengusan hampa terlahir dibibirnya.

"Kenapa dik?"

"Takde linelah kak, saya kena pergi depan lobi tu baru ada line kut."

"Pergilah depan sana, akak tengok dari jauh... kalau dah sampai panggil je akak,"

Entah kenapa aku tidak berasa curiga langsung pada budak remaja itu, siap memberi kepercayaan sebegitu kepada orang yang tidak aku kenal.

"Thanks kak, saya pergi jap eh. Nanti saya datang balik!"

Tangan budak remaja itu naik melambai kepada aku. Aku hanya menghantar pemergiannya dengan senyuman.

Selang beberapa minit, remaja itu tidak muncul-muncul. Hatiku digigit kerisauan. Prasangka buruk semakin menghimpitku apabila kakiku semakin mara di depan lobi tetapi baying remaja tadi tidak juga kelihatan. Entah-entah, dia pencuri? Ya Allah, dugaan apa ini?

Kakiku bergerak laju ke kiri dan kekanan, dia tiada!

Ya Allah, kenapa aku terlalu bodoh!

Aku terduduk lemah, tangisan aku terhambur si situ. Bodoh! Hanya perkataan itu yang mampu keluar dari bibirku.

.........................................................

TAK guna! Berbakul-bakul makian buat jantan tak guna yang mencuri handphoneku. Argh! Kenapa aku terlalu bodoh! Boleh pula aku percaya bulat-bulat dengan semua pembohongan budak lelaki itu. Kenapa aku terlalu naif? Ya Allah...

Sesal yang tiada penghujung berkali-kali menghukum aku, memarahi aku semahunya kerana apa yang terjadi. Jadi sekarang macam mana? Kau nak balik macam mana, hah? Hatiku menjerkah kemarahan.

Aku tak tahu, macam mana ni?

Tiba-tiba, terasa ada getaran di dalam handbagku. Pantas, tanganku menyeluk mengambil handphone itu. Itu pasti tidak lain dan tidak salah lagi dari minah gedik itu!

From : Ainura gedik

Mana Kak Reen ni?

Langkahku yang tadi lemah aku lajukan kerana pesanan dari dia. Walaupun sakit hati, aku perlu juga menemui dia. Iyelah mungkin ini kali pertama dia menjejakkan kaki di sini, sudah pasti dia tidak tahu dimana keberadaan Ayyan, seperti aku. Kalau dibiarkan Ainura seorang diri boleh meroyan pula dia mencari Ayyan. Dah lah waktu sekarang waktu kemunjak, tak terlayan staf nurse dan pengawal nanti.

Tika kakiku melepasi pintu keluar, mataku tertancap pada sosok tubuh seorang perempuan yang sedang berdiri tidak jauh dari situ. Mungkin Ainura? Detikku sendiri. Sinar cahaya yang sangat terang waktu ini agak menyukarkan mataku untuk terus fokus.

"Ainura?" seruku apabila kakiku telah terlekat elok di hadapan Ainura. Dia pantas panggung wajah, matanya bergerak-gerak meliar pada seluruh wajahku. Aku terperasaan mata dia merah. Mungkin dia baru habis menangis?

"I need to see him, now..." luah dia bersama suara serak.

Anggukan aku beri, tidak pula aku mahu berkata apa-apa.

"Macam mana keadaan dia, sekarang?" tanya Ainura. Aku dapat rasakan sangat berat perasaan yang tertahan dalam nada suaranya. Kebimbangan sudah pasti sangat berat untuk dia tanggung, mungkin juga seperti apa yang aku rasakan ketika awal-awal kedatangan aku ke sini.

"Dia masih belum dalam keadaan kritikal. Cumanya, sakit kat perut tu belum hilang," balasku tentang apa yang aku tahu mengenai Ayyan. Sayu berlabuh dalam hatiku apabila terngiang-ngiang erangan sakit dari bibir Ayyan. Kesayuan serasa semakin mendalam saat ini kerana aku terlanjur menyayangi dia.

"Ainura sayangkan dia... Ainura tak nak hilang dia..." tutur Ainura bergetar, ada emosi tersulam dalam nadanya.

Kakiku terhenti di tengah jalan, tepat-tepat di hadapan kaunter pertanyaan. Aku menoleh sebentar Ainura yang sedang tertunduk, tangannya naik menyeka sesuatu. Dia menangis ke?

"Jangan cakap macam tu, Ainura... I'm sure he will be fine, kita doakan yang terbaik buat Ayyan. Kak Reen nak minta satu je dari Ainura...," kata-kata aku hentikan, sambil mata mencari wajahnya.

"Nak minta apa?" Wajahnya diangkat, matanya membalas pandanganku dengan riak tanda tanya. Bekas air mata yang jernih pada pipinya buat aku kasihankan dia.

"Ainura jangan tanya dia macam-macam. Just teman dia sahaja, dan jaga dia sampai dia keluar hospital."

Aku titipkan pesan itu bukan kerana aku tidak mahu menjaga Ayyan, tetapi dia lebih layak bukan? Lagipun aku rasa keterlaluan pula meminta cuti semata-mata untuk jaga Ayyan, sedangkan aku baru sahaja bekerja di sana. Dan... antara dunia mereka, tidak perlu rasanya aku mencelah. Mereka sudah cukup melengkapi walaupun aku tiada di sisi mereka.

"I know, akak tak payah sibuk-sibuk nak bagitahu."

Aku terdiam, kecil hati aku mendengar balasan ayatnya. Apa salahnya jawab dengan kata-kata yang lebih menyenangkan. Ini macam sombong pun ya jugak. Bilalah kau nak hargai apa yang aku cuba tolong, Ainura?

"Maaf, Puan. Puan nak jenguk pesakit mana ye? Tak silap saya Puan dah masuk dalam ni, apa tujuan Puan datang kembali di sini?"

Seorang wanita berpakaian seragam putih mendekati kami. Takut juga menerima teguran sebegitu oleh Pengawal Keselamatan itu. Dengan pakej mukanya yang tegas, sedikit buat aku cuak untuk membalas. Nama pada name tagnya aku baca, Intan Suzana.

"Dia nak tolong saya tunjuk katil boyfriend saya. Nama dia Ayyan Irhan."

Ainura dengan selamba menyatakan hasratnya. Pengawal bernama Intan itu masih kekalkan riak tegas.

"Ingat katil number berapa? Saya boleh tunjukkan...," ujarnya dan menghentikan kata, matanya pula terarah kepada aku.

"Dan Puan tak perlu masuk lagi ye. Bukan saya nak menghalang tetapi memandang wad kecemasan sekarang ini terlampau ramai pesakit. Doktor pun dah pesan pada saya, jangan benarkan dua pelawat datang di satu katil. Saya harap Puan faham."

Penjelasan itu aku terpaksa terima juga bulat-bulat. Akukan yang seharusnya mengalah?

"Baiklah saya faham..." lemah sahaja aku hulurkan kata-kata.

"Baguslah, mari Puan saya ikut saya."

Kedua-dua mereka mengorak langkah ingin masuk. Aku hanya pandang sahaja dari jauh, tetapi tiba-tiba aku teringat sesuatu yang tertinggal. Roti! Tangan Ainura aku capai pantas, dia terkejut dan langkahnya terhenti. Riak yang terpamer jelas menunjukkan dia tidak senang kerana aku pegang tangannya. Segera aku lepaskan dan hulur sebungkus plastik pada dia.

"Kenapa?"

"Dalam ni ada roti dan air kotak. Nanti bagi dia buat alas perut."

Dia ambil tanpa banyak soal dan berlalu begitu sahaja meninggalkan aku sendirian. Ucapan terima kasih pun dia tidak berikan. Aku hanya mampu mengeluh. Aku harap tiada perkara buruk berlaku pada Ayyan. Harap begitulah.

.............................................................

Alamak! Handphone Ayyan ni macam mana? Aku garu kepala yang tidak gatal, agaknya aku terkena penyakit nyanyuk kerana kehilangan harta 'purple' aku tadi. Aku peminat tegar warna purple, kerana itulah semua barang aku kalau boleh bersalut warna purple. Dan, kalau boleh semua nak disebut purple.

Rindunya dengan purple, apa khabar agaknya dia? Nak menelefon menggunakan handphone Ayyan aku tersedar number Ayyan sudah di block. Alahai, kenapalah nasibku malang begini. Buat baik tidak dapat balasan setimpal malah diambil kesempatan begini sekali.

Ya Allah, adakah aku mampu menghadapi dugaan ini? Berikan aku kekuatan. Doaku tidak putus-putus.

Handphone Ayyan pada genggamanku, aku pegang erat. Kalau handphone Ayyan hilang, habislah jadi puting beliung nanti. Tahu-tahu sajelah perangai Ayyan kalau marah, dan ditambah perencah si Ainura gila kuasa tu mesti aku jadi belalang cacat nanti. Aduh, apa benda yang aku merepek ni? Baik aku fikirkan macam mana aku nak balik ni. Eh, kenapa pula aku fikir nak balik, sedangkan aku sekarang sepatutnya kembali ke tempat kerja.

Lantas, kepala aku ketuk kuat. Perangai pelupa aku sangat menyakitkan hati betul! Kalau nak pergi kerja, kena naik grab car lagilah gamaknya. Tetapi, yang jadi masalah utama sekarang ni. Ayyan ada simpan aplikasi grab car ke? Adoi, matilah aku kalau tak ada.

Jariku lincah menyeret-yeret skrin, mataku rakus mencari aplikasi itu. Akhirnya, tidak ketemu.

Beban kebuntuan melanda diriku, termangu-mangu aku duduk menghadap skrin handphone. Lama juga, dan tanpa aku tersedar aku tertekan aplikasi tulisan cina, bernama Wõ dê néíxìn.

Argh, apa ni?

Mataku serta merta terlihat ada beberapa senarai tulisan Bahasa Melayu mengikut tarikh. Er, apa benda ni agaknya ek? Dia tulis apa dalam setiap tarikh ni? Aku nampak tarikh terbaru paling atas sekali 20 Jun 2018, tarikh kelmarin!

Jari dan mataku saling gatal untuk mengetahui isi tulisan itu. Adui, kalau Ayyan tahu aku baca ni mati tak aku nanti?

Aku telan air liur, dengan bismillah aku tekan tulisan pada tarikh kelmarin. Tak disangka dalamnya tulisan Bahasa Melayu! Siapa suruh tulis Bahasa Melayu, memang aku tak sengaja terbacalah jawabnya.

20/6/2018

I'm trying to live. Try to forget about you for awhile, but my mind is always thinking about you. Argh, I'm sick.

Dah dua hari aku start masuk kelas. Hidup aku rasa tersangat seksa. I'm missing you... :'(

Ptgnya aku sakit perut sgt2, I don't know why. Nak kata aku tak mkn, mmg aku mkn wlaupun lately aku tak berselera. Sakitnya mencucuk-cucuk mcm kena hiris dengan bilah pedang. Urgh, mungkin terlalu over ayat aku ni. But, it's damn hurt!

Jgnlah ajal aku smpai, I just need more life. Ak belum dpt kemaafan dari dia. :'(

It's so hard not talking to you.

Write's by : AyyanIrhan

Nafasku jadi sedikit sesak kerana tidak menyangka sama sekali isi dalamnya adalah diari. Luahan dalam diari ini buat aku tertanya-tanya kedunguan, adakah orang yang dia maksudkan adalah aku? Ataupun bolej jadi Ainura? Sebab, Ainura pun sama juga bergaduh dengan Ayyan! Ada kemungkinan besar Ainura dan Ayyan tidak bertegur sapa kerana pertelingkahan itu.

Tapi, kenapa setiap bait tulisan yang aku tatap ini benar-benar menusuk jantungku paling dalam. Seolah-olahnya insan yang dimaksudkannya adalah aku!

Benakku tertanya-tanya sampai aku diasak-asak untuk membaca pada tarikh yang lain. Ayyan, maafkan akak...

Aku tekan lagi pada tarikh dua hari lepas. Rentak nadiku sedikit bertambah kelajuaannya. Entah kenapa aku boleh berdebar pula.

18/6/2018

Ak bergaduh besar dgn Ainura! I don't understand her... knp dia nak babitkan kak reen, dlm hal ni!

Serius, dia buat aku mrah. Nasib baik ak tak brkasar dgn dia. Bygkanlah dia bole ckp kak reen sukakan ak lebih dri seorg adk. What's rubbish is that?

Mmg taklah kak reen sukakan ak, ak ni bdk2 perangai xmtg, selalu je sketkn hati dia. Sgt mustahil! ak tahu she never love me as a man. And I will never let her love me, sbb ak xlayak utk dia.

From : AyyanIrhan

Zappp! Bagai direntap kasar tangkai jantungku membaca tulisan itu. What's rubbish? Adakah dia kata perasaan cinta aku ini hanyalah sampah semata? Dan... dia tak layak buat aku? Kenapa? Adakah dia maksudkan aku yang tak layak untuk dia! Ya Allah! Aku tekan dadaku yang semakin memberat, beban kesakitan sungguh terasa sampai ke ulu hati. Ya Allah, kenapa sakit sekali hati aku sekarang ni?

...............................................

Writer's comment : sekali lagi arina terluka :'( knpe di baca :'(

Bạn đang đọc truyện trên: TruyenTop.Vip