SYT 2
Hari yang dinanti-nanti akhirnya tiba. Ya Allah, tak sabarnya nak jumpa Ayyan! Aku melonjak riang. Happy punya pasal, dah serupa kanak-kanak Ribena pulak aku ni. Mataku melirik pada jam tangan, hampir pukul 10 pagi.
Debaran singgah tak berpenghujung. Kejap aje lagi pertemuan bermakna bagi aku akan tiba setelah berhari-hari aku tunggu umpama orang angau bercinta. Teruk jugak penangan Ayyan ni. Aku mula membetulkan tudung bawalshawl yang menutupi kepalaku. Warna ungy lembut memang telah menjadi kesukaanku. Dan pastinya ia juga warna kesukaaan Ayyan.
Bibirku automatik terukir senyuman bahagia mengenangkan banyak persamaan antara aku dan Ayyan. Nak senaraikan banyak-banyak rasanya tidak perlu kut. Takut Ayyan sampai awal, membebel pula dia kalau aku lambat sebab mengelamun.
Aku perhati wajahku yang terbias elok di depan cermin. Ingin memastikan tiada cacat cela yang bakal merosakkan mood bahagia ini. Gincu ok, bedak tak bercapuk, eye liner ok... Itu ajelah make up harian aku. Tak mahu aku bermekap tebal-tebal nanti jadi buruk jugak muka yang berapa nak cantik ni. Faham-faham ajelah kulit aku ni tak putih pun, sawo matang gitu. Nak make up tebal confirm tak reti. Lainlah aku ni pandai make up, memang cantiklah agaknya nanti muka aku.
Dah cukup puas hati, aku mendekati meja kecil ditepi katil. Tangan mencapai handphone, beg duit dan masukkan dalam handbeg kecil. Sekali lagi, mata terarah pada jam tangan. Aku terjerit kecil. Alamak! Dah pukul 10 pagi tak turun-turun lagi. Persis lipas kudung, aku lari keluar dari bilik. Pintuku tutup sampai bunyi gedegang. Hahaha. Nak cepat punya pasal. Nasib baik Mak aku tak ada kat rumah. Katanya nak pergi rumah jiran. Nama jiran tu tak salah Saerah kut.
Sikit lagi nak tergolek aku saat turun dari tangga. Ya Allah, gelojoh semacam pulak aku ni? Relaks boleh tak Reen?
Pintu rumah aku kunci rapat-rapat. Teringat pesanan mak tadi. Nak keluar pastikan pintu rumah kunci, pagar luar dimangga. Tadi pagi, bukan main mak bersoal jawab dengan aku sampai terketar-ketar lutut nak menjawab. Puas jugak aku menerangkan bahawa aku keluar dengan adik angkat. Nasib baik Mak benarkan. Pernah sekali aje Ayyan datang rumah sini, rasanya dalam 9 tahun lepas. Tak silap masa umur Ayyan 15 tahun. Aku pula dah tentu berumur 19 tahun. Haish, terasa diri ini tua. Reen... Reen... Memang lah kau tua, sebab tu kau jadi kakak angkat, kalau muda dah lama kau jadi adik angkat.
Ehem! Deheman kuat dari belakang buat aku tercampak kunci. Tepat pula tu jatuh atas kaki.
"Ya Allah, tak boleh beri salam ke?"
Aku membebel sambil mencangkung menggosok kulit kaki. Pedih betul!
Si empunya suara dibelakang tidak pula aku toleh.
Tangan kekar tiba-tiba menjalar di kaki aku. Sekali lagi aku terkejut beruk. Boleh sakit jantung aku asyik terkejut aje.
"Sorry kak. Sakit sangat ke? Meh adik usap sikit."
Jantungku berdebar tak hingat. Ayyan! Sepantas kilat aku toleh orang disebelahku.
"Ya Allah, Ayyan rupanya! Asal tak kol dulu? Buat akak terkejut tau tak. Buatnya akak sakit jantung, mati jugak kat sini."
Mataku meliar meneroka wajahnya. Wajah dia bersih. Tiada jambang langsung meliar. Rambut tu kemas elok terpacak. Eh? Mana rambut ala-ala korea ni? Kejap, paling tak boleh tolak mata dia tu... Mata dia tu kenapa memukau sangat?
"Akak ni jangan cakap gitu. Ayyan tak suka dengar. Di mana lagi Ayyan nak tumpang kasih kalau tidak dengan akak. Kalau akak dah tak ada, sunyi sepi hidup ni. Dah tak ada makna tau."
Suara dia sayup-sayup sahaja sampai dipendengaranku. Mata aku masih lagi melekat pada wajahnya, kalau boleh nak tenung sampai esok. Boleh tak? Tanda aku sedar, bibir ni senyum lebar. Pipiku memang tak boleh bincang. Pinkish-pinkish gitu. Ya Allah, anak dara siapa lah ni perangai gini?
Ayyan garu kepala yang tidak gatal. Kerutan dahi mula berlapis-lapis. Mukanya pelik memandang aku.
"Kak... oh.... Kak.. Okay ke ni? Tenung Ayyan macam nak makan kenapa? Lapar sangat ke? Nampak Ayyan ni sedap sangat eh? Macam ayam goreng ke kambing golek?"
Ayyan gelak kecil sebelum wajahnya didekatkan pada aku.
Aku tersentak. Keadaan wajah Ayyan sedekat itu hampir buat aku putus nafas. Mana tidaknya hampir hendak tercium pula bibir Ayyan di pipiku. Gila betul budak Ayyan ni. Aku tolak badan dia supaya menjauh.
Aku ternampak dia terduduk. Kuat jugak aku tolak. Bibirku kemam, menahan tawa. Kelakar jugak tengok muka Ayyan tak puas hati.
"Akak ni kuat sangat makan apa? Hish, habis seluar ni dah kotor."
Bibir lelaki tu muncung sedepa. Tanda protes.
Aku tak dapat tahan diri dari gelak. Nasib tak kuat sangat.
"Gelak lagi gelak lagi. Apa kena entah, tengok gaya kena bawa akak pergi hospital sakit jiwa ni."
Aku lihat Ayyan bangun dengan mulut membebel. Tangannya cuba meraih tanganku. Aku nak mencapai tapi... Eh, mana boleh...
"Banyak cantik. Adik bukan mahram tak boleh sentuh kakak tahu!"
Kunci yang terjatuh tadi aku capai dan bangun dari mencangkung. Pedih di kulit tadi entah hilang ke mana.
"I know. Lupa nak buat macam mana. Kaki tu sakit ke?"
Tanya Ayyan prihatin, riak mukanya kulihat berubah risau.
"Hmm, okay je. Lain kali adik buat lagi memang kena! Buat orang terkejut aje!"
Aku jegilkan mata luas-luas biar Ayyan takut. Sungguh, bukan main-main pun. Pantang betul kalau orang suka terkejutkan aku. Jantung boleh terberhenti tahu tak.
"So sorry, Ayyan janji dengan akak!"
Suara dibuat-buat comel. Menyampah pula dengar! Sempat lagi tu aku nampak tangan kanannya naik seperti berikrar. Bila tengok balik dah macam ikrar kat sekolah pulak.
"Tak payah nak mengada."
Aku buat muka menyampah.
"Akak tak payah marah sangat eh. Dia tu lagi, buat salah besar dekat Ayyan. Buat-buat lupa pulak. Muka tu kalau tak naif tak sah."
Rungut Ayyan. Riak mukanya pula terpancar suram.
"Apa pulak salah akak ni?"
Aku blur, tidak ingat kesalahan yang dicanang oleh Ayyan. Tak silap aku, mana ada aku buat salah. Melainkan... tersuka tanpa sengaja? Takkan dia tahu kut? Curiga mula meraja perasaanku saat ini.
"Akak ni boleh pulak pura-pura naif. Dia tu ada boyfriend sikit pun tak bagitahu. Hint langsung tak ada."
Badan Ayyan terus membelakangi aku. Aduh, merajuk sangatlah tu. Macam budak-budak betul, padahal dah umur 23 tahun. Nasib bukan adik kandung, kalau tak memang kena cubitan ketam dari aku. Aku gelak dalam hati.
"Tak payah nak merajuk sangat. Akak tipu aje semalam."
Mengalah ajelah. Buat apa tipu-tipu.
Pantas sahaja tubuh Ayyan menghadap pada aku. Dia tenung aku dengan wajah bercahaya.
"Betul ni? Tak tipu?"
Intonasinya kudengar macam terlebih seronok.
"Ye. Akak tak tipu. Dah lah penat lah berdiri aje. Takkan kita nak berbual sampai ke besok?"
Ayyan tergelak. Baru nampak senyuman dia yang memikat. Rasa macam nak mencair macam coklat pulak sekarang ni.
"Yes, akak masih simpan janji dulu. Ingatkan dah lupa. Buat penat Ayyan merajuk."
"Janji apa pulak?"
Aku tanya sambil berjalan menuju ke kereta. Belum sempat aku nak buka pintu di depan penumpang hadapan, tangan Ayyan menghalang.
"Janji tak ada rahsia antara kita. Opss, sorry... Akak duduk belakang. Yang tempat duduk depan ni dah reserve."
Aku telan liur rasa kesat dan pahit. Perkataan di akhir ayat Ayyan buatku tak senang.
"Siapa punya tempat?"
Pantas aku soal. Hatiku melonjak-lonjak ingin tahu. Ya Allah, kenapa aku rasa tak sedap hati ni?
"Rahsia... Nanti akak akan tahu."
...
Perasaan gembira hilang serta-merta. Kini, tiada angan-angan Mat Jenin. Aku duduk di kerusi belakang bersama mood menjunam turun. Memikirkan kemungkinan si pemilik kerusi di hadapan adalah buah hati Ayyan membuatkanku tidak senang duduk. Hati yang tadinya berbunga riang, perlahan-lahan berubah layu. Umpama daun kering, luruh dan layu. Ya Allah, tolong ini bukan yang terjadi. Aku tak sanggup jika Ayyan ada yang lain. Aku sayangkan dia. Aku ingin memiliki hatinya.
"Akak senyap je, why?"
Aku tersentak. Tidak pula aku pandang Ayyan. Aku sakit hati. Wajah Ayyan yang kupuja tadi tidak lagi menarik perhatianku buat masa sekarang.
"Nothing..."
Pendek balasan dari bibirku. Ikutkan hati memang tak ada rasa nak membalas kata.
"Hmm, kejap lagi sampai. Ayyan tahu akak curious sangat kan? Wait and see tau."
Mata aku pejam, cuba mengawal perasaan sebal mendengar suara Ayyan. Entah bila, suara itu sangat menjengkelkan di telinga.
...
Ayyan sudah berdiri tegak menanti seseorang di hadapan pagar rumah. Aku perhati sahaja dia didalam kereta. Gigi aku ketap tatkala ada seorang perempuan keluar dari pagar itu. Walaupun tidak berapa jelas, kulihat ada senyuman indah mekar di bibir perempuan itu. Aku tahan nafas tiba-tiba rasa sesak, hiba pula merantai jiwaku kini.
"Kak, kenalkan ni Ainura Batrisya."
Mataku sakit dan perit. Wajah dan nama itu benar-benar cantik jelita. Aku terpesona sebentar.
"Ainura, yang ni kakak saya. Nur Arina."
Tangan Ainura menghulur padaku. Aku telan liur, riak wajah cuba ku kawal biar tidak terlihat sangat hatiku tersangat kecewa. Aku jabat tangannya, senyuman palsu aku biaskan juga walaupun terpaksa.
"Salam perkenalan, saya Arina. Panggil Kak Reen je."
"Salam perkenalan juga, saya Ainura. Okay Kak Reen... Hmmm, but kakak? Bukan Ayyan tak ada kakak ke?"
Kerutan di dahi Ainura tidak langsung menjejaskan wajah jelitanya. Aku sangat-sangat cemburu. Baru ku sedar, aku perlu redha. Untuk menjadi kekasih Ayyan, mestilah cantik begini. Bukan seperti aku!
"Kakak angkat saya, Ainura. Saya dah anggap dia sebagai kakak kandung saya."
Sungguh, aku sungguh terluka. Ayyan hanya anggap aku kakak kandung, Reen... Dia tiada langsung perasaan pada kau. Bisikan hati mula menjerit-jerit menguraikan luka di hati.
"Ohh, I see..."
Jawab Ainura lalu pandang semula kehadapan. Sempat aku tangkap reaksi ceria Ainura yang tersenyum mekar. Mungkin lega, aku hanya kakak angkat Ayyan. Ya Allah, geramnya. Hatiku menggerutu geram.
...
Aku berjalan perlahan dibelakang pasangan itu. Tidak kusangka Ayyan dan Ainura boleh semesra itu, gelak ketawa tak hingat. Macam dalam dunia mereka sahaja. Aku pulak macam tunggul kayu!
Kerusi aku tarik sendiri lalu ku duduk. Layanan mesra Ayyan untuk Ainura buat hatiku panas sekali. Menu makanan sama pula tu, nak tunjuk sangatlah mereka pasangan serasi. Ayyan nak tu, Ainura pun nak tu. Hish, mengadanya, gediknya!
"Kak, sorry adik lupa kakak ada kat depan. Kami ni memang macam ni kalau berbual macam dalam dunia kami sendiri."
Aku tarik senyum acuh tak acuh. Sengihan Ayyan tak mampu buang sakit hati yang sedang bermaharajalela,
"Hmm, tak apa. Pasangan sedang hangat bercinta, kan? Memang tak ingat dunia."
Aku perli dia. Ayyan hanya gelak namun Ainura disebelah berubah riak sedikit demi sedikit. Mungkin terasa hati, ataupun dia dapat tangkap aku ini cemburu?
"Alah, bunyi macam merajuk. Janganlah risau, akak masih kukuh dalam hati adik. Ibarat macam Ainura ni buah hati adik, dan kakak jantung hati adik. Dua-dua sama penting, kan?"
Ayat manis bergula tidak langsung menyentuh hatiku. Ayat nak sedapkan hati aku. Memang taklah aku nak cair.
"Hmm, Kak Reen dengan Ayyan dah berapa lama kenal?" soal Ainura, ingin tahu.
"Dah 11 tahun. Ayyan kenal akak dan mula rapat dengan akak time umur 13 tahun. Masa tu, Ayyan form 1."
"Aah, Ayyan yang declare nak jadi adik angkat Kak Reen."
Aku layankan sahaja. Mengingat kenangan lalu, dapat kurasakan marahku sedikit pudar. Terbayang-bayang muka Ayyan masa form 1 comel sangat. Tapi, bila dengan aku ajelah kot, dulu dia macam samseng sedikit. Mesti pelik kan, kenapa pula Ayyan ni samseng?
"Kenapa Ayyan nak jadi adik angkat Kak Reen?" soal Ainura lagi.
"Akak nak cerita or Ayyan?"
Aku soal Ayyan. Bagiku, Ayyan lagi sesuai bercerita sebab kenangan dia kan. Iyelah, kenangan dia, hanya Ayyan yang tahu untuk ceritakan bagaimana.
"Adiklah cerita. Hmm, macam mana nak mula ya. Segan pulak rasa."
Ayyan betulkan duduk.
"Bukan main, depan Ainura semua nak segan ek?"
Aku usik dia. Malas mahu melayan marah. Biarlah, kebahagiaan Ayyan, kebahagiaan aku juga. Aku redha asalkan Ayyan masih sudi anggap aku kakaknya.
"Hehe... Mestilah segan awek kut."
Senyuman Ainura mekar lagi. Pipi Ainura merah menahan malu. Ya Allah comelnya. Aku puji ikhlas. Tapi, rasa macam tak ikhlas. Argh, persetankanlah perasaan yang tak sepatutnya hadir ni.
"Ok, Ayyan dah sedia. Ainura nak tahu tak, sebenarnya Ayyan ni nakal tau. Dulu, Ayyan suka......"
Writer's comment : Ayyan suka apa? Hahaha. Adakah anda rasai sakit hati Arina. Kesian dia kan. Cinta bertepuk sebelah tangan. :'(
Bạn đang đọc truyện trên: TruyenTop.Vip