SYT 29
Syt 29
"Betul ke Reena?" tanya Firshad bersama kerutan di dahi.
Aku hanya diam, mataku memandang tepat Ian yang sedang memandang aku. Ingin sekali aku membaca reaksi Ian, namun kerana mask itu... Aku gagal untuk mengetahui apa yang sedang bermain dalam pemikiran dia.
"Aku dah cakap cukup jelaskan, kau tak faham ke bro?" Ian bersuara kasar dan tubuhnya mendekati aku lebih rapat, tangannya yang sedang elok di atas meja semakin rapat sehingga terkena hujung beg tanganku.
"Aku tak percaya bro. She is single, and aku tengah berkenalan dengan dia. If she couple pun, tak mungkinlah kau jadi boyfriend dia. Muka dah macam penjenayah, tutup satu muka. Pesen ape benda kau ni?" Sindiran Firshad membuat aku hampir tersedak air liur sendiri. Boleh tahan juga mulut si Firshad ni. Bibir aku hampir bergerak untuk membentuk secebis senyuman tetapi aku tahan sahaja. Nanti senyum tiba-tiba aku macam angau pulak.
"Kau jaga mulut kau! Kang lunyai mulut tu aku kerjakan! Sayang, jom blah! Aku tak boleh tengok si gemuk ni, nak termuntah!" Habis ayat itu, Ian mengajuk ala-ala nak termuntah. Ya Allah, aku yang melihatnya pun rasa nak bagi penampar je sebab sikap kurang ajar tu, tetapi jauh di sudut hati rasa macam nak tergelak pulak. Bayangkan dengan muka bertutup dia tu boleh pula buat perangai kalah budak tiga suku.
"Kau memang cari pasal penyamun! Kau jangan tak tahu, kalau badan aku ni hempap kau, boleh patah riuk tulang keding kau tu!" lantang suara Firshad berang. Aku sekali lagi sukar untuk menelan air liur. Apahal diorang ni gaduh? Gaduh pasal apa pulak tiba-tiba ni? Takkan sebab aku kut, belum pernah seumur hidup aku dua lelaki gaduh kerana aku. Adakah ini petanda aku bakal naik pelamin tak lama lagi? Eh, apasal aku melalut ni? Ni mesti terjangkit badi Ian.
"Haha. Ingat aku takut ke beroks? Hei Nur! Kalau kau dengan dia masih proses berkenalan, aku suggestlah sila stop lah. Aku risau je sayang, takut malam pertama patah segala tulang kau tu dihempap si gemuk ni," kutuk Ian bersambung dengan gelak besar. Aku tahan sahaja perasan geram, tetapi Firshad di sebelah aku tidak toleh. Aku agak mesti hatinya sedang mencapai kepanasan tahap larva gunung berapi.
"Kau tunggu jap, jantan! Nasiblah tengah dalam cafe, kalau tak memang dah kena kau! Now, aku tahu tersangat mustahil kau ni boyfriend Reena, kau tak layak bro! Mulut puaka lagi tak layak untuk Reena, perempuan baik macam ni. Dah lah Reena, jum kita dating tempat lain. We should leave a monkey alone." Dengan selamba Firshad menarik tanganku supaya bangun. Aku terbangun juga kerana tangan Firshad yang besar itu berjaya menarik aku dalam masa sekejap aje.
Belum sempat kami ingin berlalu staff perempuan datang memberi air milo sejuk kepada aku. Pantas sahaja tanganku mencapai air milo itu tanpa banyak soal. Firshad terus-terusan membawa aku keluar, bukan main dia ni sesuka bawa anak dara orang. Aku terpaksa ikut juga daripada melayan si monyet sewel tu. Hahaha. Rasa nak berdekah teringat kata-kata Firshad tadi. Mesti Ian tu tengah panas umpama duduk dalam bara api, sebab tulah kut dia masih dalam cafe. Ambil angin sejuk agaknya.
"Mamat tu apesal Reena. Macam baru terlepas hospital mental je. Reena kenal ke dia tu?" tanya Firshad dengan nada tidak berpuas hati. Terdengar dengusan kecil dari bibirnya.
Aku tergelak kecil tetapi segera aku seriuskan semula riak muka. Rasa macam dah tak betul pula aku ni.
"Hmm, tak kenal sangat pun. Biarkan ajelah dia Shad. Biasalah mungkin kurang kasih sayang kut."
Kami berjalan ke arah tempat parking bawah, suasana aman tanpa gangguan Ian. Baru dapat ketenangan. Tiba-tiba handphone Firshad berdering, dia pandang aku sebentar seperti meminta kebenaran dan aku pun hanya angguk kecil. Firshad menjauh untuk menjawab panggilan itu. Aku angkat bahu sahaja melihat tingkahnya, mungkin girlfriendlah tu.
Dalam beberapa minit berdiri di tepi kereta Firshad, bosan juga menunggu. Dia datang kembali dengan riak lain macam.
"Reena... sorry, Shad ada hal lain. Er, boleh tak kalau kita cancel. Lain kali boleh kan kita makan-makan?" ujar Firshad dalam nada kesal.
Aku menggeleng kepala sambil bibir ukir senyum, meskipun hatiku terjentik sedikit dengan perasan terkilan. Bibir rasa ringan untuk bertanya perkara apa yang macam mustahak sangat tu, tapi akalku terus melarang.
"Saya okay, pergilah kalau ada hal tu. Saya pun boleh balik sendiri," balasku dan kaki ikut bergerak setapak ke hadapan ingin meninggalkan Firshad. Dah dia ada hal, baik aku terus blah aje kan?
"Eh, boleh ke? Tak mahu Shad hantarkan?" soal Firshad meminta kepastian.
Aku geleng kepala lagi dan hadiahkan dia senyuman serba tawar seraya kakiku meneruskan langkah mendaki tangga untuk ke atas semula. Argh, kenapa aku rasa sedih pula ni, macam benda terbuang. Sekarang ni dah sunyi tiada jejaka-jejaka terhangat menemani aku. Huh, hambarnya hidup ini. Kemana arah tuju aku lepas ni, kerumah lah jawabnya.
Aku kira satu persatu langkah kaki, perlahan-lahan sahaja. Dan, tanpa disangka aku ternampak ada sepasang kasut berhenti di depan kasutku. Nasib baik aku sempat berhenti dan dengan selamba aku teruskan langkah.
"Hei, alone again? Mana pakwe gemuk kau?" Satu suara menyentak tangkai jantungku. Terkejut aku, dalam beberapa saat langkahku mati, tetapi pantas aku lajukan langkah. Malas nak layan!
"Tak payahlah kau bercouple dengan dia. Dengan aku je Reena. Nama kau Reena ek, baru lah sedap nak sebut. Ini Nur, macam nama perempuan kampung pulak. Kiranya kau menipu mama aku ke konon-konon nama Nur."
Keluhan terlepas tanpa sedar. Aku diam sahaja, masih dalam mood malas. Biarlah dia nak membebel sorang-sorang. Aku tak kesah asalkan dia tak apa-apakan aku.
"Haish, geramnya bila cakap sorang-sorang. Kau ni layan bakal suami pun nak tak nak. Kang aku bawak kau jumpa tok kadi sekarang baru tahu, baru tergagap nak cakap," ujar Ian semakin melalut.
Aku hanya menjeling dia dari ekor mata, yang sedang berjalan saing di tepi aku. Entah apa lagi dia nak melalut, tolonglah Ian. Kau nak main-main pergilah cari orang lain. Aku ni jenis skema dan jenis tak sporting so, memang tak lah aku nak melayan kau. Lagipun mood aku tak berapa elok kerana terasa hati tiba-tiba dengan Firshad tadi. Entah kenapa, terasa lain pula apabila Firshad batalkan makan bersama, mungkin sebab perut tengah ngidam nak makan orang belanja kut.
Tiba-tiba terasa ada sesuatu melurut jatuh di bahuku. Aku tersentak dan serta merta langkahku mati kerana beg tanganku sudah selamat bertukar di bahu Ian. Aku terpinga-pinga memandang dia. Tangan kanan cuba menarik tali beg pada bahunya.
Tetapi, kakiku terasa tidak dapat seimbang, elok terpijak kaki Ian. Menjerit tak berlagu dia jadinya. Dan bibirku ingin terlakar tawa tetapi nasibku kurang baik, kepalaku tersembam pada dada Ian. Terlekat betul-betul di situ. Haruman maskulinnya meresap terus ke dalam hidung. Aku terkaku tanpa dapat bergerak kerana ada tangan memaut belakang bahuku erat.
"How brave, are you trying to seduce me, dear?" bisikan suara Ian kedengaran menggoda menyentuh telingaku. Aku terpana. Dia gila! Secara drastik aku tolak tubuhnya kuat sampai dia terjatuh duduk di atas jalan tar. Berkerunyut dahinya menahan sakit. Berkali-kali dia mengosok belakang punggungnya.
Melihat dia tengah leka dengan kesakitan, tangkas tanganku mencapai beg tanganku dan meneruskan misi melarikan diri.
"Wait! Kau dah noda aku sekarang nak blah pulak? Kau kena bertanggungjawab, miss seducer!"
Laung Ian membingitkan telinga. Aku terlopong mendengarkan itu. Banyak cantik dia cakap aku menoda dia? Ya Allah, setakat terkena muka aku kat dada dia tanpa sengaja tu sanggup dia panggil aku miss penggoda? Eh, melampau bertingkat-tingkat dia ni!
Mesti dia ni sengaja supaya aku bercakap dengan dia. Ah, lantaklah! Baik aku berlari cepat sebelum dia nampak aku lagi. Semakin laju kakiku bawa, dan tak semena-mena kakiku tersepak batu seraya tubuhku terasa melayang untuk landing di atas bumi.
Ya Allah, tolong aku!
Dan sekelip mata ada tangan memaut pinggangku erat sehingga aku terlekat pada tubuh itu. Dadaku bergetar kerana terkejut dengan apa yang terjadi. Sekali lagi aku dalam dakapan Ian.
"How clumsy are you. Now, don't try to run away. Last-last, terpeluk jugak aku."
"Apa ni, jangan pegang-pegang aku macam ni boleh tak! Dari tadi gatal sangat pegang anak dara orang!"
Aku tolak tangannya sehingga terlerai. Merah pipiku menahan marah dan malu. Gila lah sampai dua kali aku berada dekat dengan dia. Berdosa dua kali! Dia ni pun satu, sibuk nak paut pinggang aku apesal. Gatal!!!
Mataku terjegil menikam matanya. Dia hanya berdiri memandang aku.
"Dah tu takkanlah aku nak biarkan girlfriend aku jatuh macam nangka busuk! Memang lah aku pegang kau, takut tercalar balar badan kau macam tangan aku ni sebab kau tolak aku tanpa perasaan tadi," katanya sambil menayang pergelangan tangannya yang ada kesan luka.
Aku yang melihatnya sekadar mencebik. Setakat luka kecil macam tu pun nak kecoh.
"Dah lah, kau tak payah ganggu aku lagi! Aku memang not interested dengan lelaki macam kau. Lagipun aku dah ada buah hati," bohongku dan tak disangka terbayang-bayang di ruangan mata wajah Ayyan. Alamak, apa ni! Kenapa Ayyan pulak muncul dalam kepala! Pi jauh-jauh!
"Eh, don't lie lah dear. Kau tak ade boyfriend pun kan. Lelaki gemuk tadi pun dah cakap terang-terang kau tu single. Kau tak payah nak memperbodohkan aku," sindir Ian kepadaku.
Terkelu lidah aku, apahallah bodoh sangat aku cakap macam tu. Kan dah terkena, dah terang lagi bersuluh jantan ni tahu aku single. Aduh, apa lagi nak bagi jantan ni faham???
"Memanglah aku single, tapi dalam hati aku dah ada lelaki lain. So, kau blah ajelah!"
"Siapa? Jantan tadi? Or ada lelaki lain?"
"Kau sibuk kenapa. Suka hatilah siapa-siapa pun."
"Of courselah aku nak tahu pesaing aku siapa. Boleh juga kalau jumpa minta tips sikit nak pikat perempuan so jual mahal ni. Acah-acah cun sangat. Kalau perempuan lain senang aje cair dengan aku tau." Bongkak pula Ian berkata-kata kali ini. Sesekali topeng masknya dibetulkan. Mesti dah berpeluh sakan.
"Kalau dah ada perempuan lain tu, pi lah dengan perempuan tu. Yang menyibuk lagi dengan aku, kenapa?" geram aku lempar kata balas. Lama-lama naik juga darah berlawan kata dengan dia.
"Malaslah. Aku nak try kau je. Lagipun, mama aku pun suka dengan kau, senanglah nak kahwin nanti."
Alasan dia ni terlebih bijak, hampir sahaja aku mencair tetapi aku kuatkan hati. Dengar boleh, percaya jangan!
"Okay fine, kalau kau berdegil jugak. Aku akan call polis, sebab kau kacau aku. Aku boleh je beritahu polis yang kau mengintip aku dan psiko," ugutku setelah kehabisan kata-kata. Ini sahajalah jalan terakhir untuk melawan jantan tak faham bahasan Melayu.
Aku seluk telefon dan acah-acah tengah mendail number polis. Padahal, jariku sibuk menekan-nekan tanpa arah tuju. Kenapalah idea macam ni keluar. Nama Ayyan tiba-tiba tertera pada skrin setelah aku scroll-scroll di bahagian contact number. Lama juga aku merenung di situ. Number Ayyan sudah aku unblock tetapi tiada satu panggilan dan mesej pun dihantar untukku. Sedih dan sayu menjalar meresapi perasaanku tika ini.
Aku tersentak kerana ada tangan pantas menyambar handphoneku. Terbeliak biji mataku kerana aku tertekan number Ayyan. Dan pastinya, itu tandanya aku tertelifon Ayyan. Ya Allah, syaiton punya Ian!
"Siapa ni Ayyan? Takkan polis kut?"
Ian berkata sendiri lalu handphone itu ditekap pada telingannya.
Aku sudah macam cacing kepanasan. Tak tahu nak ragut balik handphone aku macam mana.
"Waalaikumussalam. Wait-wait! Aku Ian, bukan kakak. Hahaha. Kau adik Reena ke? Selamat berkenalan lah ek, aku boyfriend Reena."
Darahku sudah naik menyerbu muka. Aduh, gila betul sampai mengaku depan Ayyan. Janganlah Ayyan percaya mamat karut ni! Tanganku masih mengagau mahu mencapai handphone, Ian mudah sahaja mengelak dan aku terkial-kial macam budak-budak ribena.
"Nak cakap dengan dia? No-no. Dia busy... So, aku nak tanya kau ni adik kandung dia ke?"
Apa masalah dia nak tanya Ayyan macam tu?
"Ohh, haa...? Nak jumpa aku? No needlah, kau tu cuma adik angkat. Kalau adik betul memang aku banyak sangat masa nak jumpa."
"So, aku minta jasa baik kau putus dengan Reena. Sebab she is mine only, she don't need any man in her life other than her father dan me. Do you understand lil bro? Bukan apa, aku takut kang dia tersangkut dengan kau pulak. Man and girl never be friend. You know that right?"
Aku tak dapat tahan sabar, dia dah melangkau lebih dari batasan. Aku hempuk beg tangan aku ke kepala dia dengan ganas beberapa kali. Dia melarikan diri dan aku mengejar dia.
"Tak nak? Aku tak boleh paksa, but after we are marriage, i will never let her contact again kau lagi!"
Sempat aku tangkap suara Ian. Habis sahaja perbualan dia menghulur semula handphone aku, pantas aku sambar. Dalam amarah yang membuak-buak aku layangkan penampar pada pipinya. Terasa pijar telapak tanganku kerana kuat kulitku mengena mask dia. Dia nampak terkejut, dan aku tak peduli sempat aku pijak kakinya. Habis sahaja misi balas dendam, aku tahan teksi yang kebetulan seperti datang sebagai penyelamat. Jangan pak cik teksi mengurat aku pulak sudah.
Writer's comment : hehe, sye cuba menaip di handphone agak susah sikit. Kekekek, berdrama sgt bab ni. Hrp ade sudi komen dan baca. Thanks.
Bạn đang đọc truyện trên: TruyenTop.Vip