SYT 31

SYT 31

"SORRY, Puan. Saya tak nak ikut Ian. Saya pergi dulu," kataku berterus terang. Tidak aku peduli, jikalau Puan Suraya atau Ian terasa hati atau tidak dengan penolakanku. Daripada aku melayan Ian, lebih baik aku layan si Firshad tu. Sekurang-kurangnya tidak lah menyakitkan otak aku. Macam-macam perangai merungsingkan kepala. Semua kata-kata dia aku dapat rasakan hanya omongan kosong. Untuk apa pun aku kurang mengerti. Tombol pintu sudah ku pulas, kaki melangkah tekad meninggalkan mereka. Nak fikir aku sombong? Silakan.

"Dah mama bagi cuti janganlah kau tolak. Tak faham aku, setakat nak date satu hari ni pun tak boleh, ke? Bukan aku nak buat benda tak senonoh dekat kau," luah Ian dibelakang.

Senang dia kata, kan? Bukan dia ditempat aku. Cuba kalau dia berada di sini, boleh ke dia terima perkara tidak masuk dek akal seperti ini?

"Dah lah Ian. Aku dah kata tak berminat. Silalah putus asa. Aku bencilah orang yang suka mendesak ni. Cukuplah aku cakap sekali. Aku tak nak!"

Lif terbuka, aku dan dia masuk ke dalam. Aku tekan butang no 1, tetapi dia tekan butang floor. Bawah sekali. Aku ketap bibir, tahan sabar.

"Beri sebab kenapa kau tolak aku? Belum lagi dapat kenal, nak ajak berbual pun tak nak. Apa ni? Adil ke untuk aku?" soal Ian bernada keras. Suara dia kedengaran macam marah dan tidak berpuas hati.

"Aku tak suka kau. Tu je sebabnya," jawabku pantas tanpa fikir panjang. Nampak macam kejam kan jawapan aku?

"Huh! Tak suka? Tu je penyebab kau tak nak bagi aku peluang untuk dekat dengan kau? Tolonglah, cari alasan lain. Jangan bagi alasan budak sekolah," selar Ian marah. Dengusan kasar kedengaran merusuh di tepi telingaku kerana dia berdiri di sebelahku dekat. Aku nak bergerak ke tepi lagi dah tak boleh. Sengaja betul, Ian ni.

Kebetulan lif terbuka, kakiku melangkah setapak ke hadapan tetapi tanganku dipagut erat. Aku nak bergerak dah tak boleh, kuat sangat pegangannya. Dia ni, kenapa main kasar sangat?

"I'm not done! Terangkan pada aku satu persatu, baru aku lepaskan kau. Kau jangan anggap aku ni senang nak mengalah. Sikap aku dulu akan datang jugak kalau kau menguji kesabaran aku."

Berderau darahku mendengar dia berkata serius. Selalu nampak main-main. Apa dah jadi dengan dia? Kena sampuk dengan hantu apa ni?

Selepas pintu lif terbuka, dia terus menarik tanganku secara paksa. Aku meronta tidak mahu ikutkan kehendak dia, sehingga manuskrip dalam pelukanku terjatuh atas lantai lif.

Dia buat tidak nampak apa yang berlaku, terus dia heret aku keluar dari lif.

"Ian! Kau dah kenapa? Sakit tahu tak!" bentakku berang. Sakit hati diperlakukan begini. Dipaksa tanpa rela. Dia ni memang jahat!

Terhenti pergerakan kaki. Dia pusingkan badan menghadap aku. Pegangan pada pergelangan tangaku masih kekal utuh. Perit mencengkam kulit tanganku.

"Kau degil sangat, kenapa? Aku suruh ikut kau tak nak! Memang ni je jalan terakhir. Sekarang ni, aku nak tanya. Kau nak aku heret kau, ke? Atau kau nak jalan sendiri. Mana satu kau nak?" Kening sebelah kanan diangkat tinggi, ada beberapa helai rambut terjatuh di situ. Topi di atas kepalanya juga nampak sedikit senget. Tetapi, tak pula nampak selekeh. Nampak macam kacak! Eh, wake up Reena! Ini bukan masanya untuk melayang ke angkasa!

"Ini ke layanan kau untuk perempuan yang kau suka?" soalku geram. Muka dia yang bertopeng rasa macam aku nak tarik je rosakkan. Rimas aku tengok bertutup macam tu. Dalam hati nak jugak tahu macam manalah muka lelaki perangai teruk macam ni.

"Aku dah berlembut, kau degil. Dah tu kau nak aku buat apa sekarang ni?"

Berlembut dia kata? Setahu aku dia tak pernah nak berlembut dengan aku. Kata-kata pun banyak menyakitkan hati daripada menyenangkan.

"Kau tak belajar ke? Perempuan kalau dia dah tak nak, jangan dipaksa nanti makin benci. Kau nak ke kalau aku benci kau?" dugaku pada dia. Aku perhati dia macam tergamam. Pegangan pada tanganku juga terlerai perlahan. Aku larikan kedua-dua belah kananku di belakang badan. Sembunyikan daripada dia. Takut dia nak tarik aku lagi.

"Kesiankanlah aku... dah lama aku tutup pintu hati aku untuk perempuan lain selain Arisa. Dan sekarang, aku dah buka sikit... takkan kau nak aku tutup semula. Just, give me a chance. I will trying the best to become a good person for you. I will change myself, but I need time. Can you try to understand, me? Hmm?" ujar Ian meminta pengertian daripadaku. Lirih juga suaranya terlantun menyentuh deria pendengaranku.

Tipulah kalau perasaanku tidak tercuit walaupun sedikit. Benar ke dia katakan itu? Kalaulah dia tidak bertopeng, dapatlah juga aku membaca riaknya. Namun, sekarang ini aku tak dapat mengagak langsung. Ya Allah, perlu ke aku percaya dia?

"No... sorry, kau carilah perempuan lain. Aku tak sesuai dengan kau, dengan cara kau. Ramai lagi perempuan yang sesuai dengan kau, aku pasti ada je yang macam Arisa tu kat luar. Kau sabar ajelah, nanti Arisa kedua muncullah tu," kataku dengan perlahan. Itu sahajalah yang mampu aku katakan. Memang aku jujur, aku tak ada hati untuk bercinta dengan dia. Cara dia tak kena dengan aku. Aku perlukan lelaki gentle yang dapat melayan aku baik-baik. Bukan berkasar dan mendesak seperti dia.

"Okay aku dah tahu. Kau tolak aku sebab Ayyan, kan? Kau sebenarnya sukakan adik angkat kau sendiri, right?"

Terbuntang mataku memandang dia dengan rasa tidak percaya. Macam mana dia boleh tahu ni? Dadaku sudah berdebar-debar.

"Kenapa? Tak payah terkejut sangat lah. Aku boleh baca fikiran orang tau. I know, sekarang ni kau tertanya-tanya macam mana aku tahu. So easy, girl. Dah jelas semalam tu kau lempang aku semata-mata kau marah aku beritahu dia, yang kau girlfriend aku."

"So what? Ada kena mengena dengan kau ke kalau aku suka dia sekalipun?!"
Dadaku turun naik menahan amarah. Dia sibuk, kenapa?

"Rasa nak gelak teringat suara dia semalam. Kau nak tahu apa dia cakap?"

Aku kerutkan dahi. Hish, sakitnya hati. Sengaja je kan nak buat aku tertanya-tanya.

"Tak nak tahu, ke?"

"Tak nak!" Habis sahaja kata bentak itu terluncur dari bibir, aku pusingkan badan dan kaki menapak satu langkah. Aku ingin pergi meninggalkan dia.

"Dia cakap aku tipu, dia tak percaya aku ni boyfriend kau. Huh... ada ke patut dia nak jumpa aku nak pastikan betul ke aku ni betul-betul wujud sebagai boyfriend akak angkat dia. Lagi satu, yang paling tak boleh tahan tu. Dia kata langkah mayat dia dulu kalau nak putuskan hubungan dia dengan kau. How childish! Berapa umur dia wey? Macam budak-budak perangai! Tak sangka zaman sekarang ni pun sibuk nak beradik angkat. Selalu aku dengar abang dan adik. Ni akak dan adik. hish, tolonglah. Geli tahu tak! Kau pun kalau nak suka kan orang pun tengoklah umur, budak gitu kau suka? Nak buat apa? Belajar pun tak habis lagi? Macam mana nak menyara kau nanti?"

Ya Allah, terlalu pedih untukku telan segala persenda dan kata-kata tajamnya kerana ianya umpama belati menusuk jantungku. Kenapa, dia sanggup cakap lepas macam tu sekali? Hina sangat ke aku ni, kerana sukakan adik angkat sendiri?

"Kau jangan sesuka hati nak hina perasaan aku! Aku tahu, aku tak layak untuk dia, sebab aku hanya kakak angkat je. Tapi, kau tak berhak nak hina aku macam ni!" lantang aku hamburkan rasa marah dan kecewa. Mukaku sudah merah, menahan gelojak jiwa yang sedang memberontak. Mataku sudah berbalam-balam. Sedih dipersendakan begini sekali!

Dia terdiam tidak bersuara. Hanya perhatikan wajahku lama. Sukalah tu nampak aku hampir nak menangis ni! Dia ni memang kejam! Silap besarlah aku nak berlembut dengan dia, tiada maaf bagimu!

"Aku... minta maaf... tak bermaksud pun nak sakit kan hati kau... janganlah marah... okay, aku tahu aku ni jahat, mulut jahat. Cakap sedap mulut je. But, aku cuma cakap apa yang terlintas kat kepala otak ni. Tak bermaksud nak hina kau. So sorry, Reena... aku...," katanya terjeda apabila aku hempuk tubuhnya dengan beg tanganku sekuat hati. Geram sangat, tak boleh kawal lagi. Kalau ada pistol, dah lama aku tembak dia terus mati. Senang hidup aku.

"Aduh, pukullah lagi sampai kau puas," ujar Ian dengan nada pasrah. Tubuhnya tegak berdiri dihadapan aku. Tidak langsung dia elak.

"Aku takkan puas selagi kau ada depan mata. Kenapa kau kejam, Ian! Kenapa! Apa salah aku pada kau!" Air mataku hampir terlerai jatuh dari tubir mata. Tapi, aku tahan lagi. Aku tak nak tunjuk kelemahan aku kepada Ian jahat tu.

"Aku minta maaf... janganlah sensitif macam ni sekali... aku tak tahu nak pujuk macam mana..."

"Aku tak nak kau pujuk! Aku cuma nak kau jangan ganggu aku lagi!"

Tanganku sudah berhenti memukul, aku pula yang mengah. Sia-sia sahaja lah tingkahku ini, mana mungkin pukulan dari beg tanganku mampu menyakiti tubuhnya.

"Mana boleh! Aku tak boleh mengalah, masih terlalu awal kut! Hanya sebab hal ni kau nak tolak aku macam ni, mana adil!"

"I don't care!"

"But, I care!"

"Orang kata tak nak, tak nak lah!"

"Kau ni degil! Arisa pun perangai tak macam ni, tau tak!"

"Lantaklah Arisa ke Araso ke, ingat aku peduli?"

"Okay, sorry. Aku dah tak paksa. Maybe next time, kita date. Sorry for make you sad like this," kata Ian perlahan.

"Huh, tak hingin nak maafkan kau!" bentakku lalu beredar meninggalkan dia. Nasib baik dia tak paksa aku lagi, kalau tak aku dah sembur minyak wangi yang kebetulan aku teringat tadi ada dalam beg.

....

Writer's comment : jgn mrah2 ye. Hehe.

Bạn đang đọc truyện trên: TruyenTop.Vip