SYT 32

SYT 32

RIAK mukaku masam kalah asam kecut, cuba kukawal supaya tidak terang tertayang. Terkumat-kamit aku beristighfar bagi menenangkan zarah-zarah amarah yang masih tersisa.

Manuskrip aku letak di atas meja, langkahku terhayun menuju ke pantri kecil, kedudukannya bersebelahan dengan bilik solat. Aku ingin membasahkan tekak yang sudah kering kontang gara-gara Ian tak guna tu.

Tombol pintu aku pusing, mataku tertangkap belakang tubuh Firshad yang sedang berdiri sambil mengacau air di cawan. Bunyi perlahan sudu berlaga dengan cawan kaca.

Aku melangkah masuk tanpa mengeluarkan sebarang suara. Cawan di rak atas aku capai, dan sebelah lagi tangan menarik pek milo. Akibat bunyi geseran cawan, Firshad menoleh aku. Riaknya nampak terkejut dengan kehadiran aku. Mungkin juga kerana kehadiranku seperti halimunan tiada bunyi salam, tiba-tiba muncul di sebelah.

"Eh, bila Reena masuk? Tak perasan pun?" tanya Firshad sambil melepaskan pergerakan mengacau air tadi. Tubuhnya bergerak sedikit menghadap aku. Anak matanya memandang aku dengan penuh minat.

"Baru je. Ambilkan air panas tu, saya nak buat air milo," pintaku dengan suara mendatar. Mulutku juga memuncung ke arah heater di sebelah Firshad.

"Tak payah buat air. Ambik je air milo Shad ni. Baru je buat." Tangkai cawan dia tarik dan menolak cawan itu ditepi cawanku. Manakala cawanku diambil, segera pula pek milo diambil sepantas kilat. Tak sempat aku nak menolak, dia sudah menuang air panas ke dalam cawan. Pergh, laju betul. Macam chef aje.

"Susah-susah pulak. Kalau orang dah bagi, saya terima. Thanks!"
Aku mengangkat cawan dan meniup perlahan air itu. Walaupun kata orang tak elok amalkan, biarlah sebab dah terlampau haus. Mesti sedap air milo yang Firshad buat. Pernah terdengar Kak Tiera puji air buatan Firshad.

Bibirku tersungging senyuman lega tatkala air hangat itu mengalir nyaman di celah kerongkong. Nikmatnya tak boleh nak cakap. Sedap sangat!

"Sedapnya! Pandai Shad buat air. Mesti pernah jadi chef ni," pujiku ditambah dengan usikan.

Perasaan yang berbekam amarah telah berlalu. Ternyata air ini mampu membuat hatiku sejuk, adakah Firshad juga mampu menyenangkan hatiku? Firshad yang lembut dalam kata-kata dan tingkahnya. Lelaki seperti ini yang aku cari, bukan seperti dua ekor tu. Siapa lagi kalau bukan Ayyan yang buta menilai cintaku dan Ian yang kasar tahap kurang ajar. Ish, sila nyah dari hidup aku!

"Haha. Shad memang terer sikit eh... banyaklah. Hehe... lagi-lagi dalam bab buat air! Nak tahu rahsia Shad letak apa dalam milo tu supaya lebih sedap?"

Terangkat keningku, memandang dia. Rahsia apa ni? Jangan pickup line lagi sudah.

"Want to know, dear?" soal dia lagi kerana aku tidak memberi reaksi kepada pertanyaan dia tadi.

Aku angguk kecil. Layankan ajelah.

"Shad curahkan segala kasih sayang, cinta dan rindu di dalam air milo ni. Hehe... Reena nak tahu something tak, sejak kenal Reena... Shad asyik minum milo je hari-hari, sebab tiap kali buat air ni terbayang muka manis Reena depan mata," akhir katanya dia tersenyum mesra sambil mata menatapku tidak lepas.

Rasa nak tertumpah cawan pada peganganku, segera aku letak atas meja. Hadui, dia ni tak sah kalau tak mengayat aku. Tetapi, teringat pula nama ex girlfriend yang terletus di bibir Kak Tiera tempoh hari di dalam pemikiranku. Dia tu macam mana pula?

"Er, Shad bergula macam ni girlfriend tak marah ke?" tanyaku sambil mata memandang dia tepat, hendak membaca riaknya jika dia berbohong.

"Shad dah kata dia dah jadi kenangan. Kami dah putus, Reena. Masih tak percayakan Shad?"
Mata Shad masih setia melawan panahan mataku, tidak teralih sedikit pun. Benarkah dia maksudkan itu? Jadi, apa yang aku tunggu lagi, perlukan aku mambalas cintanya saat ini daripada aku biarkan diri tersasar pada cinta yang entah bila akan terbalas.

"Serius ke? Shad sukakan Reena? Suka tu macam mana, lebih dari suka atau sekadar suka saja-saja?" soalku dengan persoalan berani mati. Dimana entah keberanian ini muncul, apa yang mendorong aku menyoal begini? Aku sendiri bingung untuk mencari jawapan itu. Pipiku sedikit memerah dan juga berbahang, malu kerana pertama kali dalam sejarah aku berani begini. Face to face pula tu.

"Macam mana nak cakap ye. Pertama kali Shad terlanggar Reena tempoh hari, hati Shad berdetak kencang melihat wajah Reena."

Aku menahan hangat di pipi semakin membara. Aduh, dia ni betul ke?

"Tapi... saya tak cantik pun," ujarku perlahan, mengatakan apa yang selama ini aku fikirkan tentang diri aku. Ian pun pernah kata aku tak tersenarai dalam wanita yang cantik. Argh, sakitnya hati mengenang kata berbisanya itu.

"Reena... kenapa nak merendah diri? Setiap orang ada keistimewaan sendiri, kan. Reena cantik di mata Shad. Shad suka tengok senyuman Reena yang nampak lembut. Dengan penampilan Reena yang bertutup sopan semakin membuatkan Shad sukakan Reena. Shad tak berbohong tau. Shad cuma cakap benda yang betul."

Tersentuh aku mendengarkan itu. Bicara lembut itu meruntun jiwaku untuk mempercayainya. Tetapi bisakah aku percaya bulat-bulat kepada bicara dari seorang lelaki. Bukankah insan bernama lelaki sering berbohong semata, sedangkan di hatinya lain?

"Can I trust you, Shad?" soalku lagi, untuk aku membuat keputusan hati. Aku perlu dimiliki oleh seorang lelaki sekarang ini supaya lelaki lain tidak semudah itu mempersendakan aku sesuka hati seperti Ian. Sungguh, dalam hati sudah berakar api kebencian kepada Ian.

"Reena perlu buang prasangka negatif. Memang kita tak boleh mudah percayakan orang. Tetapi, cuba Reena tengok Shad. Adakah Shad jenis lelaki suka permainkan dan menipu perempuan? Dari fizikal pun Shad kurang menarik, Shad sedar tentang tu. Shad pun pernah dikecewakan beberapa kali oleh perempuan, Reena. Shad dah cukup berpengalaman dalam dunia percintaan. Sejak Shad patah hati berkali-kali, Shad dah berjanji pada diri Shad, I will become an honest guy, and sincere guy if I want girl yang baik. Shad takkan give up untuk mengejar cinta sejati..."

Sedikit demi sedikit perasaan terharu menjalar di ruangan hatiku. Kalau Firshad betul-betul ikhlas, apa salahnya jika aku sambut huluran kasihnya?

"Shad tahu kita masih awal untuk bercinta. Shad faham perasaan Reena juga keliru. Tetapi... bukalah hati Reena untuk Shad sikit pun jadilah. Jangan terus tutup, nanti susah Shad nak masuk. Shad cuba untuk memenangi hati Reena jika Reena beri peluang tu untuk Shad. Hmm. Reena sudi ke terima Shad?" Firshad menambah dalam nada penuh berhati-hati dan beralun lembut sehingga dapat menyemai benih pujukan dalam jiwaku. Walaupun aku masih berkelana mencari jawapan, jauh dari lubuk hatiku, sedikit peratus kepercayaan tergugat kerana kata-katanya.

Hal ini kerana, aku akui naluri kewanitaanku untuk dibelai dengan kasih sayang sedang terintai-intai menimbulkan diri.

"Shad boleh beri saya masa? Mungkin dalam minggu ni, saya bagi jawapan untuk Shad," tawarku kepada dia. Mataku yang dari tadi merenung kosong cawan, mula bergerak mencari wajah Firshad.

Dia tersenyum lebar, matanya juga aku nampak bercahaya seakan bahagia mendengar tawaran yang aku lontarkan.

Aku mengipas-ngipas wajahku yang semakin hangat membakar pipiku. Segan dan malu bergaul rencah. Kenapa ya, aku sanggup keluar dari zon selesa aku selama ini?

"Thanks so much, Reena. Shad hargai peluang yang Reena beri. Shad akan tunggu, walau lama mana pun, asalkan Reena sudi pandang diri Shad ni. Shad pasti tak lupa doa hari-hari supaya Reena terima Shad," ungkap Firshad bersama senyuman tidak putus-putus menetap di ulas bibirnya.

Aku membalas senyumannya, namun entah kenapa aku digertak dengan rasa ragu-ragu yang tiba-tiba hadir merumitkan hatiku. Aku ragu andai cintanya tidak dapat aku balas. Ya Allah, tolong beri aku petunjukMu.

KETIKA kami berjalan bersama menuju ke tempat kereta parking, aku terpandang susuk tubuh seseorang yang aku benci. Dari jauh, dia berjalan menuju ke arah kami. Moodku terus merundum ketika ini. Aku lajukan langkah dan membelok ke lorong jalan yang lain supaya tidak terserempak Ian depan mata. Sempat aku berpesan pada Firshad supaya mengikut arah jalanku tanpa banyak soal. Dia pun hanya mengekoriku dari belakang.

Sampai sahaja kami di depan kereta persona berwarna coklat, milik Firshad, aku tersenyum lega. Dapat juga aku mengelak jantan tu. Aku pandang Firshad yang masih tercegat, tiada ura-ura untuk masuk ke dalam perut kereta. Apahal pula Firshad ni? Jangan kata dia tertinggal barang lagi sudah!

"Reena... So sorry, Shad... Err, tertinggal handphone!" luah Firshad sambil belakang tengkuknya diusap. Mimik mukanya jelas serba salah.

"Hmm. Takpelah, pergilah ambil. Jangan lama sangat," balasku malas hendak memanjangkan cerita. Walaupun geram dengan sikap cuai Firshad, aku buang sahaja jauh-jauh. Bukan ke dia bakal boyfriend aku? Kenalah lebih kurang.

"Okay. Jangan sedih tau, Shad kejap je. Kalau rindu, peluk kereta Shad ni," usik Firshad sambil tergelak.

Aku tergeleng dengan kerenah dia. Mentang-mentang aku dah bagi greenlight, boleh pula dia perasan aku akan rindukan dia walaupun dalam tempoh tak sampai beberapa minit tu. Mengada juga Shad ni.

"Tak kuasalah. Dah cepat ambik, kaki dah sakit ni berdiri lama," balasku dengan usikan juga. Berdiri lamalah sangat, padahal baru je berdiri. Sebenarnya malas nak berlama takut ternampak jantan tu lagi. Tak sanggup nak rosakkan mood yang sedang okay ni. Kang dia datang, bawa ribut terus.

"Okay, kalau ada orang ngurat. Cakap Reena dah dimiliki oleh Adlan Firshad. Tau?" Firshad tersengih-sengih macam kerang busuk.

Beg di bahu aku gunakan untuk hempuk bahunya ala-ala manja. Hadui, bukan main Shad ni. Nakal betul.

"Janganlah mengada!"

"Yelah, Shad pergi dulu! Take care!"

Sekejap pun nak bertake care bagai. Shad, kau jangan sweet sangat, boleh? Aku tersenyum memandang belakang tubuhnya yang semakin lama semakin mengecil.

Telefon di tangan terus sahaja menjadi perhatianku waktu ini sementara menunggu Firshad. Aku mengecheck whattsap, dan tiada apa yang menarik memandangkan tiada siapa pun yang sudi berchatting denganku.

"Ehem. Seronok ke dengan Firshad tu?" satu suara yang paling aku benci tiba-tiba datang menyakitkan telingaku. Hampir nak terlepas handphone dari peganganku, mujur juga aku sempat pegang kejap. Aku kini tahankan kepala, daripada mendongak. Buat apa melayan dia lagi, sedangkan hatiku luka parah kerana dia.

"Ohh, dah buat macam aku ni tak wujud, ek? Hmm... Reena, kenapa nak marah lama sangat? Aku dah minta maaf kan, apa lagi kau nak aku buat? Cakap je, aku boleh buat asalkan kau dapat maafkan aku dan layan aku macam kau layan Firshad tu."

Menyampahnya! Apa yang dia kesah sangat kalau aku tak maafkan dia? Siapa suruh sakitkan hati aku macam tu sekali? Memang tidaklah aku maafkan kau! Aku melangkah, berpusing ke pintu belah kiri pula. Tak nak layan dia! Nak tunjuk bahawa aku dah terlanjur tak menyukai kehadiran dia.

"Aku sukakan kau, Reena! Susah ke kau nak faham isi hati aku ni? Bukan aku nak paksa kau terima aku sekarang, tapi cukuplah kau layan aku macam kawan. Mesra macam cara kau bercakap dengan Firshad."

Aku pekakkan telinga lagi. Kali ini, aku buka aplikasi grab. Kalau Firshad lambat dalam beberapa minit, memang aku order grab dan blah dari sini.

"Don't make me like this, Reena. Just say anything. Aku tak nak kau diamkan diri macam ni." suara Ian mulai perlahan. Ada unsur rayuan, mencuba memujuk aku. Tetapi, entah kenapa aku tak rasa tersentuh hati pun. Kerasnya hati aku.

"Marah kau seksa hati aku, Reena. Baru aku tahu susahnya nak pujuk perempuan. You're hard to handle, Reena. Kalaulah, aku dapat undur masa... aku cuba tarik balik kata-kata kasar aku..." penyesalan di bibir Ian tidak aku hiraukan. Segera aku tekan aplikasi grab. Panas hati berlama di sini. Kakiku laju berlari meninggalkan dia. Firshad pun satu, lambat sangat apesal!

...

Writer's comment : Shad bakal jadi bf Reena ke? Ade yg kesiankan Ian tak?

Bạn đang đọc truyện trên: TruyenTop.Vip