SYT 41
SYT 41
"MAKAN sikit sangat tu... lagi satu suap, ye?" Tangan kananku yang memegang sudu naik lagi mendekati bibir Ayyan.
Pujukanku dibalas gelengan sahaja. Matanya terarah pada pil di dalam bekas kecil itu. Aku tahu, dia lekas ingin menelan ubat itu. Seleranya sudah menghilang mungkin.
"Tak sedap ke akak masak?" tanyaku sengaja. Padahal aku tahu dia tidak berselera bukan kerana itu tetapi kerana sakit itu menimbus deria rasanya sehingga dia tidak mahu menelan lagi bubur buatanku itu.
"Tak. Sedap bubur akak... Ayyan cuma tak nak makan lagi, Ayyan nak tidur lepas makan ubat. Ayyan tak nak susahkan akak. Cukuplah akak tolong buat semua ni," jawab Ayyan perlahan. Dadanya kelihatan berombak perlahan.
Melihat keadaan dia aku jadi mengalah. Hendak memaksa lagi tiada guna. Kesian pulak, biarlah dia berehat sahaja. Lagipun, bermalam macam ni di rumah anak bujang seperti Ayyan akan mengundang fitnah.
Takut juga memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku. Mana tahu kena tangkap basah. Astagfirullah alazim. Terus sahaja beristighfar kerana terlanjur melencong ke arah itu. Mohon dijauhkan.
"Ambilkan pil tu, kak..." Aku tersentak seketika mendengar suara dia kembali bergema. Wajahnya aku pandang sekilas, wajah itu dipenuhi ruang derita. Untuk kali ini, aku kalah.
Daripada berlaku yang tidak-tidak mungkin lebih baik aku beri sahaja ubat ini dan pulang. Duduk berlama semakin menjadikan kami berdua berdosa. Dan... perkara buruk mungkin akan berlaku.
"Akak... fikir apa tu?" tanya Ayyan lagi. Dia kerut dahi dan nampak riaknya bertukar lain. Mungkin ada cebisan rona marah tersirat di wajah lemah itu. Sudah tentu kerana dari tadi aku tidak turuti permintaaannya.
"Sorry, nah ubat ni." Ubat itu aku letak atas telapak tangannya yang terbiar terbuka di pehanya. Cawan juga aku beri. Sekali teguk ubat telah berjaya ditelan Ayyan.
"Thanks kak..." ujar Ayyan bersama senyuman tawar. Kelopaknya perlahan tertutup. Melihat Ayyan seperti hendak melayari alam mimpi. Aku bingkas bangun. Tiada apa lagi aku boleh buat. Masanya untuk aku pergi.
Cawan dan pinggan aku susun hati-hati di dalam dulang bersebelahan Ayyan itu. Berharap tiada bunyi terhasil. Aku tidak mahu mengganggu lenanya.
Entah mengapa, perasaan sedih menyusup berterbangan dalam sanubari kerana perbuatan Ayyan. Sepatutnya janganlah terus tutup mata, cakaplah lagi dalam beberapa ayat untuk aku.
Ini setakat ucapan terima kasih. Desis hati kecilku sendirian. Argh, kenapa aku berfikiran begini? Dah Ayyan sakit? Apa lagi dia perlu katakan kepada aku?
"Akak..." suara Ayyan tiba-tiba menyeruku. Tersentak jantungku ini, jariku terhenti pada bucu dulang. Baru sahaja ingin mengangkat dulang, gerakku jadi terbantut.
Aku angkat wajah. Dia sedang renung aku. Sedikit lama bibir itu terbiar kaku. Aku pula tidak berbuat apa, turut mendiamkan diri.
"Akak marah Ayyan makan sikit?"
Tak tahu hendak menjawab. Aku terus mendiamkan diri. Marahkah aku? Atau dalam erti kata lain aku sedikit berkecil hati?
"Akak... jangan diam, Ayyan tahu akak marah, kan? Atau akak marah sebab Ayyan terus tutup mata lepas makan ubat tadi?"
Pertanyaan Ayyan itu buat aku makin membisu. Mengapa dia dapat mengetahui isi hati aku yang itu? Jelas sangatkah riak kecewaku ini?
"You know, akak ni suka simpan aje kan? Kalau nak marah, cakap je kak. Ayyan terima... dari awal tadi Ayyan rasa akak tipu... akak tipu Ayyan, kan? Akak tak maafkan Ayyan lagi... I can feel it..."
Keluhan kecil aku lepaskan. Argh, semua itu betul. Memang aku masih tak maafkan dia. Tapi, kenapa perlu dia bahaskan tentang itu sedangkan keadaan dia ini hanya perlu rehat. Tak perlu nak buka cerita lagi. Aku dan dia tak perlu bertelagah lagi. Cukuplah Ayyan.
"Akak nak kemas apa patut kat dapur. Tidurlah Ayyan. Akak pergi dulu." Selimut aku betulkan tepat pada dada Ayyan. Tubuh Ayyan yang masih berkeadaan bersandar aku pandang sekilas. Dalam kepala terfikir apa perlu aku menolong dia baring seperti biasa?
"Akak..."
Aku buat tidak dengar. Tanganku ingin menyentuh bahu Ayyan, namun aku tarik semula. Tak perlu kut tolong dia baring.
"Merajuk?"
Tubuhku tegak semula. Pandang lantai. Apa kena dengan aku pun aku tidak dapat faham.
"Kalaulah akak ni isteri Ayyan. Bolehlah Ayyan peluk untuk kurangkan merajuk tu. Hmm, now. What should I do, my dear?"
Mataku sudah bergerak memandang dulang. Mendengar kata-kata Ayyan yang sudah menyimpang menyebut perkataan isteri, menjadikan aku tidak keruan.
Ayyan memang sengaja, kan? Selalu sahaja ingin menduga hatiku ini. Dulang itu aku angkat, dan aku tatang. Tidak kuhiraukan lagi pandangan Ayyan yang masih setia merenung aku.
"I wish... I can hug you, kak..."
Jantungku jadi berdentam dentum. Panjang langkahku meninggalkan dia. Argh, gila agaknya Ayyan ni. Agaknya makan ubat jadi macam tu ke kesannya.
💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮
AKU berdiri tepi pintu. Kepalaku menjenguk sedikit, nampak Ayyan sudah berbaring. Mungkin sudah tidur. Kakiku terundur setapak kebelakang. Pintu itu aku tutup rapat. Sofa di tengah ruang tamu menjadi tempat aku melepaskan penat seketika.
Kelopak mata sedikit memberat. Aku mengerling jam dinding. Hampir pukul 11.30 malam. Patutlah kantuk menyerang. Kepala gatal sangat hendak menyandar di kepala sofa. Entah bila, perlahan-lahan mataku terkatup sendiri.
Dalam lena yang sedang terlayar indah, terasa bahuku digoyang perlahan-lahan dan berkali-kali. Kerana dirasuk kantuk lagi, aku menolak sahaja tangan itu agar pergi daripada menggangguku.
"Akak... kenapa tidur sini?"
Suara itu menyisip lembut menjengah telingaku. Mataku yang masih berdegil, aku paksa buka kerana aku dapat rasakan ada something berlaku waktu ini. Apa maksud suara itu? Kenapa tidur sini? Aku tidur kat mana?
Segar mataku tatkala terbuka luas. Mana tidak terkejut. Ayyan depan mata. Berbaju singlet pula tu.
"Ayyan... kenapa Ayyan kat sini?" soalku dalam kepala masih mamai. Teruk sehingga kepalaku berdenyut-denyut. Mataku juga sedikit kabur kerana letih mungkin kerana tidurku diganggu mengejut begini.
"Akak lupa? Akak datang rumah Ayyan sebab tolong Ayyan. Akak lupa ke?"
Jawapan Ayyan aku analisis berkali-kali. Cuba mencari kebenaran itu dalam kotak ingatan. Wahai otak, kembalikan semula ingatan aku.
"Akak dah ingat?"
Aku pandang dia dan masih tidak menjumpai jawapan. Namun, apabila aku tenung lama-lama singletnya itu terus ingatan umpama desiran angin kasar menghentam mindaku. Argh, kenapa aku boleh lupa?
"Dah... ingat... sorry, akak mamai sikit," jelasku untuk menerangkan tentang keadaan yang sedang membelenggu diriku waktu ini.
"Hmm... nak Ayyan hantar akak balik?"
"Tak payah. Ayyan kan sakit."
"Takpe... dah tak sakit sangat. Lepas makan ubat tu kurang dah ni. Ayyan siap boleh bangun ni. Nak drive pun takde masalah."
Segera aku geleng kepala. Badanku terus tegak, bahuku yang sedikit lenguh kerana berbaring di sofa aku urut perlahan.
"Akak nak balik dulu. Ayyan tidurlah balik. Nanti apa-apa hal call akak," pesanku pula.
Tudungku yang sedikit senget aku betulkan ala kadar.
"Taknak Ayyan hantar balik?" soal Ayyan lagi. Riaknya masih risaukan aku.
"Akak dah cakapkan tak payah. Nanti tengah jalan sakit lagi macam mana? Nak suruh siapa pula drive?" luahku sedikit geram kerana kedegilan Ayyan hendak menghantar aku pulang.
"Taklah. Ayyan boleh drive."
"Degil sangat, kenapa?" terjegil mataku marahkan dia.
"Risau akak tu. Balik sorang-sorang tengah malam buta. Cuba tengok pukul 12.30 dah."
Mata Ayyan mengarah pada jam dinding. Aku tekup mulut, terkejut kerana tidak menyangka aku boleh terbabas tidur di sini hampir 1 jam. Gila betul!
"Takyah risau. Akak tahulah jaga diri," ujarku tegas. Padahal dalam hati takut juga, belum pernah aku naik grab car pukul 12.30. Bahaya ada di mana-mana. Kalau terjumpa jantan keparat habislah aku. Ya Allah.
"Akak takut, kan? Dah lah, jangan fikir lagi. Esok akak kerja. Nanti lewat-lewat lagi, esok penat nak kerja. Ayyan hantar tau."
Dia bangun dan mataku terjatuh tepat di suatu tempat. Memerah bukan main kedua-dua pipiku saat terpandang Ayyan hanya berseluar pendek atas lutut. Dan sangat singkat. Laju mataku berlari ke arah lain.
"Akak... Er, Sorry. Ayyan lupa nak sarung seluar panjang. Ingatkan akak dah balik." Penjelasan Ayyan aku biarkan sepi tidak berbalas.
"Ayyan pakai seluar dulu. Akak tunggu kejap, eh?"
Habis sahaja ayat itu, aku terus bangun membelakangi dia. Mataku kini mencari sesuatu. Beg tangan. Kaki bergerak ke meja sofa belah kiri. Tidak juga aku temui.
Alamak beg tangan aku berjalan ke, apa ni? Baru aku ingin duduk mencangkung untuk melihat jikalau beg tanganku terjatuh di bawah sofa. Satu ketukan bertalu-talu menghentikan pencarianku. Semakin mengejutkan ada suara beberapa lelaki memberi salam, seperti dalam satu kelompok.
Air liurku entah mengapa bertukar tersangat pahit. Dan... suaraku berbisik perasaan negatif. Ada sesuatu buruk bakal berlaku. Ya Allah. Aku mohon itu tidak akan terjadi. Dengan perlahan aku bangun dan kakinya menapak mendekati pintu.
Tanganku dicapai perlahan. Tubuh Ayyan disebelah menambah kejutan. Dadaku semakin laju mengepam darah. Dia menolak aku supaya ke tepi. Aku pula hanya menurut.
Saat pintu terkuak.
Sekumpulan lelaki bersongkok memandang kami bersilih berganti. Dalam 4 orang. Mata mereka nampak samar-samar merenung kami dengan pandangan tajam. Ada seorang daripada mereka, berwajah bengis memandang aku tepat.
Dadaku sudah berhempas umpama ombak mengganas. Tanganku menggigil menerima imej mereka ini. Ya Allah. Aku sebut nama Allah berkali-kali.
"Kami wakil dari jabatan agama Islam Johor. Kami menerima aduan kamu berdua berdua-duaan dalam rumah ini terlalu lama. Dan.. kamu berdua bukan pasangan suami isteri."
Ya Allah. Seperti terkena panahan petir. Urat sarafku menggigil kuat. Jantungku usah cerita bergerak laju seperti hendak tertanggal tangkainya. Kakiku hampir hendak terkulai.
Lemah selemahnya kakiku ini untuk berdiri macam biasa. Genggaman Ayyan semakin erat. Kalau tiada Ayyan disebelah mungkin aku sudah jatuh terduduk kerana terlampau terkejut menerima perkara terhidang depan mata.
"Kami tak buat apa-apa, pak cik. Dia datang untuk tolong saya, saya sakit..."
Suara Ayyan timbul menjelaskan keadaan tetapi sayang sekali ada senyuman sinis menghiasi bibir mereka berempat. Aku yakin mereka sangka Ayyan berbohong. Mataku sudah berkaca-kaca.
Terbayang-bayang wajah mak. Pasti kecewa dan hati mak berkecai-kecai apabila berita teruk ini bakal meniti di telinganya nanti. Ya Allah, tolong aku. Tolong buka mata mereka ini bahawa aku dan Ayyan tidak bersalah.
"Alasan kamu dah terbiasa kami dengar. Kalau dah sakit tu, kenapa tidak dibawa ke klinik?" Salah seorang daripada mereka menyoal dengan sinisnya.
Air mataku terjatuh setitik. Aku perlu bersuara, menidakkan semua yang disangka oleh mereka. Menyanggah fitnah mereka! Aku perlumembersihkan namaku yang sudah kotor berdebu busuk!
"Dia sakit, pakcik! Dia baru jalani operation baru aje dalam seminggu! Pak cik tak percaya, boleh tengok surat-surat semua. Dan kalau nak bukti tengok luka jahitan di perut dia! Kami tak bohong, sumpah! Saya tak buat benda terkutuk tu! Saya sumpah, pak cik!" Seiring itu melimpah air mata mengalir deras di pipi.
"Ohh, ye? Berani kamu bersumpah ye anak muda. Tak malu ke berbohong macam ni? Dah cukup jelas di mata kami kamu ni berkhalwat. Cuba tengok keadaan kamu berdua. Sorang pakai singlet dengan seluar pendek. Dan sorang lagi tudung senget benget.
Satu lagi, semakin mencurigakan kenapa boyfriend kamu ni dari tadi pegang tangan tak lepas-lepas?! Itu tak cukup lagi ke sebagai bukti? Depan kami sibuk menggatal pegang tangan, belakang kami apa pulak kamu berani buat, hah?!"
Mata pak cik berkopiah itu merenung kami tajam. Merah matanya menahan marah. Mukanya naik tegang menyalurkan kebencian kepada kami berdua. Muka dia juga tertayang jijik kepada kami seakan aku dan Ayyan manusia paling jijik untuk dipandang.
Ya Allah, pandangan menghina itu merentap jantungku berjuta kali sehingga dadaku mengah mencari nafas. Sesak semuanya. Kepala juga serabut tidak dapat berfungsi hendak mempertahankan segala yang terbentang depan mata.
Ayyan segera melepaskan pegangan tangan. Aku memegang pintu, cuba menahan diri daripada terjelopok. Andai dapat aku undur masa.
"Saya... dengan dia takkan buat benda terkutuk, pak cik. Tolong jangan judge kami. Saya ada sebab kenapa berpakaian macam ni. Saya pakai singlet... sebab..." Kata-kata Ayyan terus termati apabila seorang daripada mereka menaikkan tangan, sebagai tanda berhenti berkata-kata lagi.
Melihat keadaan semakin teruk, aku paksa bibir untuk sekali lagi mencuba mempertahankan diri. Selagi aku mampu aku perlu melawan prasangka buruk mereka. Kami tidak bersalah, kenapa tidak lawan dengan berani?
"Dia sakit sangat, pak cik! Takkan saya nak biarkan! Tolonglah pakcik, kami tak bersalah! Tolonglah jangan fitnah kami macam ni... kami takkan buat benda yang diharamkan Allah. Kami takkan buat, pak cik! Tolonglah percayakan kami! Tolonglah!" terangku dan terselit rayuan bersungguh-sungguh. Air mata berderaian jatuh tidak dapat ditahan. Aku terduduk lemah akhirnya.
"Bohonglah rayulah lagi. Kami takkan percaya satu butir perkataan daripada kamu berdua. Berani buat berani tanggung! Kamu berdua kena kahwin juga demi memelihara daripada kamu berdua berbuat maksiat banyak kali."
Aku tertunduk lesu. Adakah ini pengakhiran untuk aku? Kenapa aku diuji begini? Aku malu, Ya Allah. Aku malu dipersalahkan melakukan maksiat yang selama ini aku cukup jaga daripada aku dekati.
Tetapi, kini... aku dituduh melulu tanpa sebarang bukti. Kenapa perkara tidak adil berlaku kepadaku, Ya Allah?
"Ayyan sakit! Dia sakit! Saya kena tolong dia, dia sakit sangat! Dia sakit sangat!" Rayuanku masih aku teruskan. Bibirku menggigil. Tubuhku menampung tangisanku yang semakin kuat.
Bahuku disentuh seseorang.
"Akak... maafkan Ayyan..."
Suara Ayyan serak menyentuh deriaku kini. Suara kesalnya semakin menghempap kesesakan dadaku yang hampir mahu pecah. Sakitnya, terlalu sakit menanggungnya.
"Ayyan tak salah! Ayyan sakit! Ayyan sakit! Kenapa akak boleh tertidur, kalau tak mesti tak jadi macam ni," luahku tersekat-sekat. Menyesal kerana semua ini berlaku kerana kekhilafan aku sendiri.
Argh, aku bodoh tertidur di sofa! Aku bodoh! Aku menyumpah seranah diriku sendiri Mukaku yang basah aku tekup dengan kedua-dua belah tangan. Tiada ada apa lagi aku mampu lakukan. Aku perlu berserah andai ini takdir buatku.
Writer comment : Apakah nasib Ayanreen ni?
Bạn đang đọc truyện trên: TruyenTop.Vip