SYT 43

SYT 43

PELUKAN terlerai perlahan. Aku tidak berani angkat wajah. Segannya tak tahu nak gambarkan bagaimana. Jariku sibuk bekerja meramas sesama sendiri. Kalaulah aku boleh melarikan diri, sudah pasti aku angkat kaki terus. Kerana aku tak sanggup hendak menghadapi Ayyan.

Suara romantiknya tadi sungguh memainkan emosiku menjadikan aku sekaku ini.

"Hmmm. Ayyan, Er... I mean... a...bang... nak mandi dulu, so... er, akak... no... er, sa...yang... dah mandi... ke?"

Suara Ayyan yang banyak tersasul itu mengundang buah tawa dari bibirku. Spontan sahaja. Macam mana tak gelak, nampak canggung sangat! Dah tahu tak boleh sebut kenapa nak usul suruh menggunakan panggilan sebegitu? Bukan ke masih terlalu awal?

"Er, why gelak-gelak?" soal dia dalam nada teragak-agak. Aku tahan kepala daripada terdongak, pasti wajah Ayyan nampak kelakar kerana blur dengan reaksiku. Nasib baik juga Ayyan dapat berperangai gini, kalaulah dia teruskan mood acah romantik tu habis kejung aku agaknya.

"Ayyan. Just calling ourselft macam biasa. Dengar pelik sangat tau masa Ayyan sebut tu. Ayyan tu mesti geli sebut sayang-sayang, kan? Tak sesuai untuk kitalah." Aku bersuara sambil sesekali menekup mulut, menahan sisa tawa.

"I'm serious, okay?"
Suara Ayyan kedengaran tidak berpuas hati.

Telingaku tiba-tiba diterjah hembusan hangat. Meremang bulu romaku tatkala aku tersedar hembusan itu datangnya daripada Ayyan. Ya Allah, apa benda dia nak buat ni?

"Jangan main-main okay. Abang serius ni," gemersik suara Ayyan menyentuh halwa telinga.
Aku gigit bibir bawah. Tahan dada daripada berkompang lebih hebat. Dada aku sentuh agar dapat diredakan nada rancak ini sebentar. I need oxygen, right now!

"Sa...yang... sa...yang... sa...yang..." satu persatu perkataan sayang disebut dengan meleret-leret. Jantung terasa hendak terloncat keluar. Aku tak mampu hendak tayang ketenangan. Segera, aku tolak tubuh Ayyan, tetapi pantas pula Ayyan tarik aku mendekati tubuhnya sehingga kami berdua rebah atas katil.

Hidungku tersentuh pipinya. Ya Allah. Sungguh, nadiku jauh berbeza saat ini. Sangat menggila! Badanku juga terasa ada getaran tersalur sehingga aku mendapati tubuhku sedikit menggigil.

Mata dia aku dapat ratah dengan lebih dekat. Tersangat dekat. Redup mata itu merenung aku. Nampak dia tidak mengalami ribut puting beliung seperti aku. Namun, aku dapat dengari nafasnya kedengaran tidak teratur.

Dengan kudrat yang tersisa, aku cuba bangkit. Baru sahaja aku angkat tubuh sekejap, tubuhku jatuh lagi seperti tadi. Kali ini tangan kanan Ayyan naik merayap di pipi kiriku.

"Do you feeling... something?"
Anak mata Ayyan bergerak perlahan meneroka seraut wajahku. Dan terhenti tepat pada anak mataku.

Aku tidak dapat membaca apa maksud kata-katanya. Dan aku gagal untuk mengeluarkan suara. Peti suaraku tidak dapat berfungsi.

"Sa...yang... jawab soalan abang ni." Mata Ayyan setia, dalam sekali renungan dia. Riaknya juga serius. Aku kelu lagi sambil bibirku masih berkeadaan tadi. Aku kemam rapat-rapat.

"Kenapa senyap? Sayang nervous dekat macam ni dengan abang? Sayang tak terfikir abang sebagai adik angkat lagi?" tanya dia berkali-kali. Jari jemarinya menolak anak rambutku yang terjatuh di dahi.

Argh, soalan maut daripada Ayyan. Kenapa dia boleh serius lagi. Janganlah macam ni, aku tak boleh. Aku tak boleh dah ni, macam nak rebah terus.

"Jangan diam je, abang rasa macam nak..."

"Nak apa?" Laju mulutku menongkah ayatnya. Dari nada suara Ayyan aku dapat tangkap, dia mula nak cakap sesuatu yang...

"Baru ada suara... abang ingat masih simpan emas putih pulak. Hmm, you guess?"

Aku cuba mengengsot sedikit badan. Namun, gerakanku gagal.

"Nak lari mana?"

"Ayyan... dah lah jangan kacau akak..."

"Kakak? Who's that?"

"Stoplah. Akak tahu Ayyan saja je nak kenakan akak, kan?" Seram sejuk tubuhku. Hatiku jadi tidak keruan. Mulalah kepala duk bayang bukan-bukan. Tetapi, tak mungkinlah...

"No... Why must abang joking right now?"

"Akak tak sedia..." bibirku laju mengungkap apa yang bermain dalam fikiran.

"Tak sedia? For what?"

Aku diam. Pipiku memerah luar biasa. Boleh pula tanya lagi, Ayyan jahat!

Gelakan terletus menyentakkan aku yang sedang kalut ini. Perlahan aku angkat wajah. Ayyan sedang gelak bahagia. Dah tahu dah dia nak kenakan aku! Ni benci sangat, ni!

"I hate you!"

"No, janganlah... Ayyan gurau okay... Meh, sini Ayyan peluk."

Sebelah tangan kekarnya menarik aku sekaligus. Kuat betul Ayyan sampai tubuh aku melekat terus dengan tubuhnya.

Mukaku tersembam elok pada dadanya. Degupan jantung Ayyan sampai dapat aku kira iramanya berapa.

"Peluklah Ayyan puas-puas. I know, akak nak sangat peluk Ayyan, kan?"
Aku ingin menolak tetapi aku sendiri memang angankan berada dalam pelukan Ayyan seperti ini. Entah kenapa, aku rasa selamat dan sangat bahagia. Rasa marahku kerana gurauan Ayyan hilang terbang pergi. Yang tinggal menetap hanyalah rasa ingin dibelai dan disayangi. Ya Allah, gatalnya aku!

"You know something, dear? Ayyan ingat lagi masa first time akak peluk Ayyan tu. Pergh, feeling dia macam sampai ke bulan tau."

"Kenapa?" soalku malu-malu.

Terbayang peristiwa itu. Memang gila! Tak patut betul aku peluk Ayyan, lama pulak tu. Ikutkan sangat perasaan sampai begitu sekali perlakuan aku.

"Sebab Ayyan pun dari dulu teringin nak peluk akak... I don't why, yang Ayyan tahu Ayyan sayangkan akak sangat-sangat. Lepas tu Ayyan rindu aje akak setiap masa, and bila akak peluk tu... really make me feel better... apa kata orang, terubat rindu..."

Aku pun rindukan kau sangat-sangat, Ayyan dan cintakan kau... Kenapa kau tidak pernah mahu mengerti?

"Akak sayang sangat dekat Ayyan, jugak ke? Hmm?"

Aku diam. Kau dah ada jawapannya Ayyan. Kenapa perlu kau persoalkan lagi?

"Sayang sebagai adik angkat aje, kan?" soal Ayyan lagi.

Kali ini, soalan Ayyan mencarik hatiku. Terasa hendak sahaja menolak tubuhnya kuat-kuat. Sakit hati!

"Akak cintakan Firshad? Cinta sungguh-sungguh?"

"Ye, akak cintakan dia! Cinta mati!" luahku geram.

"Sungguh ni?"

"Yelah, kenapa ingat akak tipu ke?" Bentakku dengan hati berbekam amarah.

"Sekarang ni, how? Masih cintakan dia?"

"Yes!"

"So, sebab tulah akak nangis tadi?"
Air mata terasa hendak bertakung. Sampai bila Ayyan mahu menyeksa aku? Tolonglah berhenti. Aku cintakan, kau Ayyan! Aku cintakan kau! Bukan Firshad, bukan sesiapa pun!

"How about Ainura? You still love her, right?" Suara cuba kukawal sehabis mungkin, agar Ayyan tidak terkesan perubahan mendung mula memagari diriku ini.

"No. I hate her!"

"Tipu! Mulut cakap benci, hati kata cinta! Akak tahu, Ayyan tipu!"

Ayyan diamkan diri. Aku pun terikut. Waktu ini, hatiku musnah sekali lagi. Aku cuba bangkit tetapi Ayyan mengeratkan lagi pelukan. Tak terdaya untuk aku meloloskan diri.

"Pernah ke Ayyan tipu, akak?" lirih suaranya melontarkan persoalan.

"Kenapa Ayyan tak call kekasih Ayyan malam tu? Kenapa tak call Ainura? Kenapa? Kenapa mesti akak!" Entah apa yang merasukku, aku terus lemparkan soalan yang tidak sepatutnya ini.

Aku tahu soalan itu bakal menyakitkan hatinya, kerana aku mempersoalkan takdir. Takdir yang telah tercipta waktu ini.

"Ayyan perlu akak aje masa tu. I miss you so much. Akak tahu tak akak dera Ayyan macam-macam, and bila sakit tu, Ayyan cuma terfikirkan akak je. Itu aje. Ayyan tak bermaksudkan lain, kak. Ayyan pun tak sangka kita kena tangkap macam tu.

I'm sorry, kesalahan Ayyan memang sangat besar sampai terjebakkan akak dalam hal perkahwinan sedangkan hati akak milik orang lain. Ayyan betul-betul minta maaf..."

Penyesalan yang Ayyan bisikkan tidak mampu mengurangkan duka. Aku sangat terluka. Aku perlu sedar sekarang ini Ayyan terpaksa terima aku. Dia tiada apa-apa perasaan langsung pada aku. Langsung tiada! Apa lagi aku perlu harapkan pada dia? Apa lagi? Aku perlu usulkan kata penamat kepada hubungan atas kertas ini. Aku perlu walaupun...
akan menghancurkan impianku selama ini...

"Kesalahan ni kita kena perbetulkan. Kita tak sesuai satu sama lain, Ayyan. Ayyan tetap adik angkat, and akak tetap akak angkat. Hubungan ni kalau kita kekalkan takkan bermakna apa-apa right? Kita... kita perlu bercerai... Itu jalan terbaik untuk kita..."
Habis sahaja ayat itu, pelukan terus longgar. Dan... Ayyan tunjuk muka tidak percaya.

Aku terus ambil kesempatan, bangkitkan diri. Tak perlu aku bersikap bodoh macam tadi, berangan-berangan perkara bodoh sebegitu. Sedangkan Ayyan hanya anggap aku tak ubah sekadar kakak. Argh, aku bodoh!

Aku lihat Ayyan turut bangun, menghadap aku. Riaknya tegang sekali.

"Cerai?! Apa ni kak?! Akak sedar tak apa yang akak cakap ni?!" lantang suaranya menyoal.

Kemarahan dalam anak matanya berbara menentang anak mataku. Dia nak marah, kenapa? Bukan ke ini yang dia nak?

"Akak sedar. Ayyan tu takkan tak terfikir nak ceraikan akak? Mesti ada... iyelah, KAKAK. Siapa dalam dunia ni nak kahwin dengan akak angkat sendiri... Tua pulak tu. Pandang je, teringat macam kakak kandung. Macam mana nak timbul cinta tu, Ayyan? Sampai bila kita nak berbohong dengan diri sendiri? Terpaksa terima hubungan ni semata-mara kerana perbuatan yang bukan kita yang buat. Sampai bila nak bertahan sedangkan hati masing-masing cintakan orang lain?"

Ya Allah, sakitnya menidakkan perasaan sendiri. Apa yang sedang aku lakukan sekarang, adakah aku sendiri membunuh kejam perasaanku semata-mata untuk kebahagian Ayyan? Aku dapat rasakan Ayyan takkan bahagia bersama aku. Ayyan akan tidak ikhlas. Dia terpaksa!
Ayyan menyebak rambutnya kebelakang. Mukanya diraup sekali. Jelas tertayang wajah rungsing. Mesti dia rungsing memikirkan ada benarnya kata-kata aku.

"Title kakak tu hanya nama. Kenapa pula takde adik angkat kahwin dengan akak angkat? Banyak, berlambak kat luar tu. Cuma... kita ni tak tahu! Pandang aje, kakak kandung? No! Jangan salah faham, itu dulu je. Ayyan anggap akak ni akak kandung itu dulu sahaja! Sejak lafaz akad nikah tu, Ayyan dah semat dalam hati. Nur Arina Binti Azhar ialah isteri, isteri! Bukan kakak lagi!" luahan Ayyan aku cuba tidak hiraukan walaupun aku hampir tersentuh. Mana mungkin aku percaya, dia berbohong! dia cuma hendak menyedapkan hati aku.

"Jangan menipu. Akak tahu Ayyan tipu."

Ayyan menggeleng lemah. Kakinya melangkah mendekati aku. Aku pula cuba menjauh daripada terperangkap dalam permainan dia.

"Ayyan tak tipu..." ujarnya lagi. Masih ingin aku percayakan dia. Tak mungkin, aku percaya.

"Dah Ayyan. Kita stop sampai sini. Akak nak rehat."

"Nak lari lagi? Nak lari mana, kak? Akak memang macam ni, kan? Kita belum selesai lagi. We need to talk more!"

"Tak nak! Takde ape dah."

"Ada. Ada lagi! Ayyan nak buktikan apa yang Ayyan cakap." Ayyan semakin mara mendekati aku sampai aku tersandar pada dinding bilik.

"Buktikan apa?" Aku soal dan dada Ayyan aku tolak supaya menjauh.

"Don't push me again. Ayyan nak akak duk diam je. Biar Ayyan buat."

"Buat apa ni, Ayyan!" Rasa curiga menjerat diriku. Kepala dah terlayang bukan-bukan. Jangan dia...

Kedua-dua tanganku ligat dipegang kejap dan ditekap kedinding. Aku sudah dikepung kuat oleh Ayyan. Tak dapat bergerak. Mataku hampir mahu jatuh terlorot tatkala bibir Ayyan sangat hampir dengan bibirku.

Sekelip mata, bibirku dikucup lembut. Aku... hilang dalam dunia ciptaannya...

Writer's comment : Sorry, kalau terlebih.

Bạn đang đọc truyện trên: TruyenTop.Vip