SYT 45

SYT 45

Bab 61

"MAK, biar adik tolong potong daging ayam tu."

Aku mendekati mak yang sedang berdiri tegak depan singki. Aku diulit rasa sayu kerana mak tidak menoleh malah mendiamkan diri. Masih marahkah mak padaku?

"Mak... adik minta maaf... adik berdosa sangat dengan mak..." lafaz kemaafan aku tuturkan ikhlas dari lubuk hati. Aku mahu mak layan aku mesra seperti dulu, aku tidak betah menghadapi diri mak yang dingin. Hati kecilku menangis menyesali apa yang terjadi.

"Adik tak sangka jadi perkara ni, adik tak minta mak. Adik tak buat perkara dosa tu," suaraku lirih keluar dari anak tekak. Tubir mata berat menampung cecair jernih itu. Aku tahan, selagi boleh.

Mak membalikkan tubuh, wajah mak nampak berkeruh merenung aku. Suram sahaja tiada seri. Rasa bersalah menjahit hati sehingga darahnya memaksa aku merasai pedihnya luka yang terzahir daripada bening mata mak.

"Sayang, mak tahu... Anak mak tak salah..." kata itu terus berhenti sekerat tatkala air jernih mengalir lesu dilekuk pipi mak.

Melihatkan air itu jatuh turut membuahkan rasa sebak yang teramat dalam hatiku.

Tak sanggup melihat mak menangis kerana aku. Ya Allah, aku berdosa pada mak.

"Mak jangan nangis. Adik tahu adik jahat, tak layak dah jadi anak mak lagi sebab malukan mak. Adik patut mati ajekan, mak." Lancar penyesalan bicaraku terluah dari ulas bibirku seiring dengan emosiku sebak dan kesal bergumpalan memenuhi relung hati. Sesungguhnya, aku benci kerana perkara itu berlaku. Kalaulah...

"Jangan cakap macam tu, dik. Tak elok... Takdir yang berlaku semua dari ketentuan Tuhan. Jangan kesalkan lagi, mak tahu anak mak baik. Tak buat benda tak elok. Mak tahu..."

Bibirku bergetaran hebat, menahan tangisku yang semakin memuncak. Keadaanku kini seperti anak kecil dimarahi oleh ibunya. Anak kecil yang cengeng.

Mak mengusap pipiku, air mata ini dikesat lembut. Tubuhku pula ditarik kedalam pelukan. Aku memeluk erat tubuh mak. Hangatnya kasih sayang mengalir melalui pelukan ini.

Berkali-kali aku memohon maaf, berjuta kali mak menerima maafku tanpa jemu. Itulah kasih sayang murni dari seorang ibu istimewa buat anaknya.

TANGANKU lincah menyusun piring dan cawan. Tingkahku terhenti apabila ada sentuhan lembut pada bahuku. Mataku naik melihat gerangan itu, jantung mula memain peranan tatkala parasnya mewarnai ruangan mataku kini.

Ya Allah, kacaknya! Terletus pujian itu dalam hati kecilku melihat Ayyan berpakaian kemas berbaju t-shirt warna putih, berseluar jeans. Rambut dia tu elok terpacak sedikit menambahkan seri diwajahnya. Siapa yang melihat pasti cair. Alahai. Memang dah teruk angau aku ni.

"Nak Ayyan tolong?" soal dia sambil tangannya bermain pada tudungku lalu diusap lembut.

Aku masih terkebil-kebil. Perlakuan dia aku biarkan sahaja. Aku perhati lagi parasnya, senyuman perlahan-lahan mewarnai ulas bibirnya. Manisnya senyuman siap pakej lesung batu.

"Suka tengok Ayyan ye, sayang?"
Rona merah di pipi menjalar menoda di situ. Aku lekas alihkan mata. Kenapa dengan aku ni? Tolong stop berangan boleh?

"Macam mana anak mak tak suka tengok. Menantu mak kacak sangat." Suara mak berseloroh dekat dicelah telinga. Semakin berbisa pijar di pipi. Nak sorok mana muka ni? Mak ni janganlah usik aku.

"Kacak sangat ke Ayyan ni, mak? Hehe. Ayyan pun selalu perasan Reen suka tengok Ayyan. Kadang-kadang tu sampai berejam. Agaknya malam tadi dia tenung Ayyan sampai ke pagi kut?" ulah nakal Ayyan terserlah waktu ini. Aku ketap bibir. Malunya tak tahu nak bawa ke mana.

"Kacak sangatlah tu, Ayyan. Dah sekarang ni tolong mak susun pinggan tu. Biar isteri kamu tolong mak kat dapur."

Aku usap dada lega, nasib juga mak hentikan usikan manja itu. Kalau tidak, pipi aku bakal bertukar warna hitam agaknya sebab terlampau overdose malu.

"Ayyan tolong sekali kat dapur boleh lepas susun pinggan ni? Ayyan pun power bab masak-masak ni." Ayyan mendekati ibu mertuanya lalu tangan itu dicium lembut. Aku sekadar memerhati tingkah Ayyan. Alahai, sopannya. Nampak Ayyan bakal menjadi menantu yang baik. Tapi... sampai bila ye hubungan kami ni mampu bertahan?

"Takpe, kamu tu sakit lagi. Baik buat kerja ringan-ringan je dulu."

"Setakat kerja dapur tu mana berat pun, mak. Ayyan tak kesah pun. Mak masak apa hari ni?" mesra sekali suara Ayyan kedengaran. Aku jadi terharu, nampaknya mak sudah dapat terima Ayyan sebagai menantu tatkala aku kesan muka mak ceria sahaja melayan Ayyan.

Senyuman juga tidak berhenti terukir indah. Ayyan juga begitu. Lega hatiku kini. Kekusutan yang berlaku perlahan-lahan menemui jalan peleraian.

"Ikut kamulah Ayyan. Adik kemas cepat tu, nanti sambung kat dapur. Puding tu belum buat lagi." Arahan mak aku sahut sekadar dua patah perkataan.

Kelibat Ayyan dan mak menghilang di dapur. Mesranya mereka sampai aku sendiri tersenyum kerana rasa bahagia mengusik hamparan perasaan yang selama ini bersulam duka.

TERJEGUL wajah lembut Puan Suraya di depan pagar rumah. Mataku meliar kiri dan kanan. Mencari kalau-kalau ada orang selain dia berkunjung ke rumahku ini.

"Nur cari apa?" Soalnya lembut. Sesekali tongkat di tepi dibetulkan kedudukannya. Beg tangan di sisi dipegangnya erat.

"Puan datang sorang je ke?"

"Ye, mak cik datang sorang."

Puan Suraya masuk kedalam setelah pintu pagar aku buka. Tangannya aku salam. Bibir dia tersenyum mesra, sempat dalam beberapa minit dia dakap tubuhku. Aku hanya membalasnya walaupun sedikit canggung.

"Ohh, Ian tu sekarang kat Australia. Uruskan hal kerja dia kat sana, Nur. Mak cik sornag ajelah tinggal kat rumah dengan bibik. Tadi tu pun mak cik naik grab car aje, mana lah mak cik boleh drive sendiri." Ulasan panjang lebar itu aku dengari dengan teliti dan sesekali aku angguk.

Langkah kaki kami akhirnya terhenti depan meja makan. Perihal Ian itu betul rupanya. Nasib baik dia tidak hadir di sini, kalau tidak bahaya juga kalau-kalau dia bangkitkan soal bukan-bukan depan Ayyan. Takut bergaduh pula nanti.

Aku menarik kerusi dan meminta Puan Suraya duduk sebentar. Sementara aku bawa lauk yang masih belum dibawa keluar. Tetapi, langkahku terbantut apabila mak sudah muncul.

"Puan Suraya... dah sampai rupanya. Apa khabar? Maaflah rumah kami ni kecil sedikit, harap Puan selesa ye. Maafkan saya sebab lambat keluar, tadi saya tengokkan lauk ayam tu. Kejap lagi, menantu saya bawa lauk ke sini." Mesra Mak mengatur ayat. Dia bersalaman dengan Puan Suraya setelah mengesat tangan dengan tisu. Muka mak berseri melayan tetamu siap berpelukan.

"Alhamdulillah saya sihat. Tak perlu panggil Puan, panggil Suraya aje. Nama kamu Ain, kan?"

Maka, terhasillah sesi kenal mengenal antara mereka. Aku meminta diri kedapur. Bibirku bergerak merekah tatkala ternampak Ayyan sedang sibuk menuang ayam masak merah di dalam mangkuk besar.

Tidak nampak canggung pun. Mungkin dia dah biasa. Mata ini terus menyoroti tingkahnya yang teliti mengesat bekas berminyak ditepi bucu mangkuk. Nampak ralit sangat. Tidak toleh-toleh aku pun.

Mungkin tidak sedar kehadiranku ini. Ayyan bergerak ke peti sejuk pula, mengambil puding yang telah sejuk. Jag berisi air susu di isi dengan air batu. Tin di atas almari pula ditarik dari dalam, mengambil tin berisi buah-buahan pelbagai.

Mataku sedikit terganggu kerana sesekali aku perasan Ayyan mengerutkan dahinya. Aku segera hampiri dia, bimbang jika dia ditujah lagi dengan sakit di lukanya itu.

Ayyan tayang muka terkejut. Jarinya yang sedang membuka penutup tin jadi tersasar sehingga terjatuh pisau daripada pegangan. Hampir mahu luruh jantungku ini kerana pisau ini hampir hendak terkena ibu jari kakiku.

Parasnya berubah pucat menyaksikan itu. Dia pantas mencangkung, ibu jariku disentuhnya. Aku turut mengikut mencangkung.

"Reen. Lain kali tolong berbunyilah sikit kalau datang dapur ni, ni senyap aje. Sampai terkejut Ayyan. Kalau tertusuk pisau kat kaki ni macam mana?" Nadanya ada unsur marah. Aku menunduk kesal. Dalam hati berharap janganlah Ayyan jadi hilang mood kerana aku.

"Sorry, Reen ingatkan Ayyan tahu Reen datang dapur."

Ayyan diam. Mukanya masih menunduk, jarinya juga masih menyentuh ibu jariku.

"Ayyan marah lagi?" tanyaku cukup perlahan.

"Of course, marah." Suara Ayyan mendatar, dia mengambil pisau di tepiku lalu dibawa ke singki untuk dibasuh.

Argh, dinginnya Ayyan ni. Jarang betul dia tayang perangai begini.
Hendak sahaja aku mendekat tetapi tidak pula aku melangkah. Kalau dia masih marah apa dayaku lagi untuk surutkan marah dia?

"Bos Reen dah sampai, kalau dah sudah semua tu hantar sekali kat depan."

"Orang tengah marah, dia sibuk lagi pasal bos pula. Ayyan risau tau. Kalaulah kena tadi, siapa nak tanggung?" Ayyan pusingkan badan dan mendekatkan jarak kami.

Matanya merenungku tepat. Ada jalur marah tersimpan di situ. Aku diam tidak terkutik, menahan rasa keliru dan mungkin gentar.

"Jangan buat lagi, boleh tak?" Ayyan bersuara keras. Dia tayang muka garang. Aku kemam bibir.

"Ye, Reen tak buat lagi." Aku beri jawapan dengan harapan supaya dia matikan amarah dia. Ye, aku tahy aku salah tapi benda dah terjadi kan, tidak boleh diperbetulkan lagi.
Tangannya aku sentuh dan usapnya lembut.

Riaknya masih kekal sama. Mungkin dia masih tidak terpujuk. Hmm. Aku ni fail bab memujuk. Mungkin kalau Ainura yang pujuk dia dah cair, kut? Eh, apasal sebut pasal dia ni? Hancur mood aku lah!

"Salam cium tangan, minta maaf betul-betul." Ayyan angkat tangannya dekat dengan mukaku. Aku turutkan sahaja, dan bersungguh aku minta maaf.

"Kalau buat lagi, ada denda lain. Jangan main-main dengan Ayyan."
Jarinya mengusik hidungku dan turun di bibir. Belum sempat aku tepis, suara mak menerjah memeranjatkan kami.

"Budak berdua ni. Kot ye pun nak bermesra layan tetamu dulu. Ya Allah, punyalah mak dengan mak cik Suraya tunggu umpama durian nak runtuh. Lauk tu lama sangat nak sampai ke depan." Tu dia. Habis kami berdua kena sembur. Aku segera mengangkat mangkuk berisi ayam maska merah. Spontan betul tindakan aku.

Ayyan pula meminta maaf dan pantas dia menebuk tin itu. Tingkahnya jadi terhenti kerana tiba-tiba aku tersedar Puan Suraya sudah hampiri kami di meja dapur.

Mukanya jelas beriak lain. Nampak terkejut. Dan, pucat lesi bibir itu.

"Kamu Ayyan? Suami Nur?"

Terkebil-kebil Ayyan mempamerkan reaksi. Segera pula dia angguk.

"Nama ayah kamu siapa, Ayyan?" Kali ini suara Puan Suraya terlebih lirih dan sayu. Aku dan Ayyan memandang satu sama lain, keliru dengan situasi yang terbentang depan mata.

.........................................................

Writer's comment : Rasanya semua dah dapat agak? Nak bab 46? Spam vote dan komen. Thanks 😂

Bạn đang đọc truyện trên: TruyenTop.Vip