Bab 1
Bab 1
AKU perempuan miskin. Tak punya harta mahupun rupa. Namun, nasibku sedikit baik kerana aku dikahwinkan dengan seorang jejaka kacak dan rupawan. Tapi, bukan kerelaan dia. Dan, aku pun tahu lambat laun aku bakal diceraikan. Dan, yang paling menyakitkan aku adalah isteri kedua. Bukan aku menyondol tapi kerana aku diperangkap oleh abangku sendiri. Dia mahu aku kikis duit lelaki kaya itu. Setiap bulan, duit nafkah yang agak mewah aku terpaksa beri semuanya kepada abangku yang bernama Farel.
Bukan tidak boleh melawan, tapi aku takut dengan ugutan Farel. Dia merupakan abang durjana. Pelbagai cara ugutan dia lemparkan hingga aku terpaksa turuti segala perintahnya. Dan kerana itu, aku masih lagi bertahan menjadi isteri Ghibrael walaupun aku sedar diri ini tidak layak.
Perkahwinan kami masih dirahsiakan oleh orang sekeliling termasuk isterinya. Dan, aku duduk di banglo Ghibrael hanya sekadar pembantu rumah. Dan tidak boleh buka mulut mengenai hal ini. Aku setiap hari sediakan sarapan dan isteri pertamanya, Zahlea Alaska itu sangat seksi dan anggun. Jauh berbeza dengan aku. Tapi, dia seorang wanita yang biadap. Hampir setiap hari aku dimaki hamunnya jika makanan tidak kena dengan tekaknya. Kadang kala senang hati dia campak makanan ke mukaku. Suami paksa relaku pula hanya senyum sinis dan tidak menyebelahiku langsung. Dia turut bencikan aku.
Dan, sekarang... Hanya aku berdua dengannya di meja makan. Zahlea dah keluar dengan dunia modelnya. Aku terkulat-kulat kunyah nasi goreng. Pandangan Ghibrael begitu menggerunkan hatiku yang walang. Tertunduk aku menguis nasi di tangan.
"Kau nak sambung belajar, tak?" soal Ghibrael tiba-tiba. Aku masih gamam, tidak tahu hendak bereaksi bagaimana. Kenapa dia ringan mulut nak bertanya, padahal selalunya aku dibiarkan seperti angin lalu sahaja. Jarang sekali aku dapat dengar suara garaunya yang begitu mendebarkan sukmaku ini.
"Jawab bila aku tanya." Menderu lagi suara garau itu.
"Takpe, saya okey je tak sambung belajar," ujarku perlahan. Aku mana ada duit nak sambung belajar. Kalau guna PTPTN pun, entah macam mana nak bayar di kemudian hari. Aku ni bukan pandai mana pun. SPM takat atas pagar aje.
"Kau umur berapa tahun ni?" tanyanya lagi.
Teruk kan umur isteri sendiri pun tak tahu. Tahu dah kedudukan aku di mana.
"20 tahun, tuan..." Seperti biasa aku tidak di izinkan memanggilnya dengan gelaran abang. Cukup tuan sahaja walaupun kami telah selamat bergelar suami isteri.
"Aku nak kau sambung belajar. Semua aku tanggung selagi kau pegang title sebagai isteri aku."
Lekas aku pandang muka Ghibrael. Tak terkelip mata, aku salah dengar ke?
"Kenapa? Saya..."
"Aku tak nak ada isteri bodoh macam kau. Sekurangnya kau kenalah pandai sikit. Kalau aku dah ceraikan kau, senanglah kau nak cari makan dekat luar. Bukan melarat dekat kaki lima..."
Cukup terhina. Aku teguk liur pahit. Tapi, bila difikirkan balik. Betul juga. Bukan selamanya aku hendak menumpang di sini.
"Kau pun ada abang kau sorang je, kan? Jangan hidup dengan biawak hidup tu. Kau kena fikir masa depan kau nanti. Hidup berdikari. Aku bukan nak ambik berat sangat, tapi kau masih tanggungjawab aku. Nak atau tak nak, aku kena jaga kebajikan kau selama kau jadi isteri aku."
Terpanar dengan hujahannya. Belum pernah Ghibrael berkata sedemikian. Selama ini, dia bagi aku nafkah duit sahaja. Tidak berlebihan menjaga aku. Aku ibarat pembantu rumah sahaja. Makan minum cukup. Pakaian pun yang aku ada sahaja. Aku pun tidak pernah meminta lebih daripada dia.
"Minggu depan kau boleh start belajar. Esok aku uruskan hal kemasukan kau dekat kolej tempat aku mengajar."
"Tuan..." Tak mampu teruskan bicara bila dia jegilkan matanya tanda dia tidak mahu aku menolak tawarannya. Fikiranku begitu kusut, belajar satu kolej di tempat suamiku mengajar? Bagaimana kalau nanti dia yang ajar aku dalam kelas? Tak ke pelik dan janggal? Kalau terpanggil dia tuan macam mana? Aduh, gawat.
"Tak boleh ke kolej lain, tuan?" Walaupun berat mulut untuk mengalun bicara, aku tidak boleh tinggal diam.
"Leceh dan menyusahkan aku. Aku tak nak kau buat perangai kat kolej lain. Kalau dekat kolej aku, senang sikit aku awasi pergerakan kau."
Aku gigit bibir perlahan. Geram pun berladung di hati. Macamlah aku ni sejenis sosial, suka buat perangai. Tapi, dia mesti lah fikir aku jahat kerana peristiwa tangkap basah itu. Tangan tergenggam kuat, menahan marah yang menderu di hati. Ini semua gara-gara abang tak guna itu!
"Aku tak nak kau keluar berpeleseran. Manalah tahu dah bebas kat luar, tanpa silu kau nak pergi kelab-kelab malam, kan?" Sinis sekali ujarannya. Dia kemudian menyisip secawan kopi sambil matanya tidak lekang merenung aku.
Aku sabarkan hati sahaja. Tahu, aku nampak jalang di matanya.
"Apa lagi kau fikir? Jangan berani kau buat hal kat luar sana. Aku dah upah driver untuk kau. Pergi dan balik dengan dia. Jangan berani nak pergi dan balik dengan jantan kat kolej nanti."
Belum apa-apa, aku telah dikongkong. Lebih baik aku tak payah sambung belajar. Isteri kesayangan dia boleh pulak drive sendiri, balik pun kadang lewat malam. Tak adil betul! Rungutku cukup dalam hati.
"Apa pandang-pandang? Nak melawan aku?"
"Tak, tuan... Saya beredar dululah, ada baju saya lupa nak masukkan dalam mesin." Saja nak lari. Tak suka berlama dengan layanan tak adil si suami. Tahulah aku ni bukan isteri yang dia cinta, tapi bagus ke layan aku begini?
Aku bangkit, dan berjalan melepasinya. Namun, lenganku dilelar erat. Mata kami bertembung. Wangian di tubuhnya dapat aku hirup baunya. Ya Allah, wanginya. Tegukan liur payah untuk aku telan. Matanya yang berwarna hazel begitu indah. Ah, kenapa handsome sangat suami aku ni?
"Be a good student, okay?" bisik Ghibrael lembut sebelum melepaskan lenganku.
Hampir nak tercopot jantungku ini bila dia dekatkan mukanya denganku tadi. Hesy, makin lama makin tak betul dah hati aku ni! Jangan jatuh hati kat dia, please!
Bạn đang đọc truyện trên: TruyenTop.Vip