𝟎𝟎𝟏
━━━━━━━━┓ ✠ ┏━━━━━━━━
𝓐𝓴𝓾 mencengkam beg galas sekuatnya saat tubuh aku ditiup angin dingin di bulan Febuari.
Walaupun sudah dilapisi uniform sekolah,aku masih tetap memakai sweatshirt hitam.
harapan aku ia dapat memberikan kehangatan untuk tubuh yang sudah menggigil kesejukan.
Ah,aku paling benci musim sejuk.
Lagi-lagi dipertengahan bulan Febuari di mana salji masih lagi berterbangan di udara dan menutupi jalan.
Sukar sekali mahu hadap benda yang sama saban hari.
Cepatlah musim berlalu pergi, aku menantikan mentari memancarkan sinarannya.
Musim sejuk memang seteru aku. Sebab aku datang dari keluarga tak berkemampuan nak sediakan pakaian penebat sejuk yang dapat memberikan kehangatan secukupnya.
Aku meneliti baju sweatshirt lusuh yang terletak elok ditubuh aku sambil mengeluh berat.
Ini adalah satu-satunya baju yang aku rasakan agak mewah jika nak dibandingkan dengan baju t-shirt biasa.
Aku sempat membuat pengiraan belanjawan bulanan dalam fikiran sepanjang perjalanan aku pulang ke rumah.
Sekali lagi keluhan berat dilepaskan.
Kepala aku terasa bagai mahu pecah mengenangkan hutang masih tertunggak serta bayaran sewa rumah yang belum langsai lagi.
Mengikut pengiraan, bulan ini pun masih lagi tidak boleh menyimpan wang yang aku peroleh hasil daripada kerja sambilan.
Adakah aku perlu memungut sampah ditepi jalan untuk menambahkan lagi wang? Mungkin boleh juga.
Dapatlah dalam dua tiga dollar seunit, aku mengangguk perlahan.
Sudah nekad mahu memulakan kerja memungut sampah pada keesokan harinya.
Dalam hati sudah aku letakkan dalam checklist yang perlu disegerakan.
Aku mendongakkan kepala memandang langit yang sudah gelap.
Mentari senja di bulan Febuari kelihatan amatlah berat hati untuk menemani ku sehingga aku selamat pulang ke rumah.
Kini lampu malap di tepi jalan pula mengambil alih tugas mentari untuk membantuku melihat jalan.
Rumah aku terletak lebih kurang lapan kilometer jauhnya dari sekolah.
Saat-saat begini aku terasa amatlah rajin dalam membuat pengiraan hari yang masih tinggal sebelum tibanya hari graduasi agar aku tidak perlu menyusahkan diri berjalan kaki ke sekolah.
Masih lagi berbaki 2 tahun 8 bulan. Damn it, lama lagi tu.
Aku mahu cepat-cepat habiskan zaman persekolahan yang tidak seindah mana, agar dapat memulakan kerja yang lebih gajinya dari apa yang aku perolehi setiap minggu sebagai pelayan di sebuah cafè.
Aku mempercepatkan langkah saat aku melihat kawasan sekitar perumahan kami yang semakin lengang tanpa manusia.
Memang kawasan itu terkenal dengan pelbagai cerita yang kurang menyenangkan seperti kerapnya berlaku rompakan,penculikan dan kes rogol.
Seriau jugaklah kalau terkena batang hidung sendiri.
Namun walaupun kehidupan yang perlu aku lalui sebegitu rupa, dalam hati tidak terhitung nilainya dalam angka,budi yang dicurahkan oleh keluarga Makcik Rubella yang mahukan aku mendapat pendidikan lengkap di bandar.
Iya,aku membesar dengan makcik aku sejak kecil.
Tidak pernah aku ketahui asal usul serta ibu yang melahirkan aku di dunia ini.
Namun kerana rasa bersyukur atas pengorbanan mereka sekeluarga, aku belajar sehingga mampu mendapatkan biasiswa dengan pointer 4.00 GPA dan score SAT aku adalah perfect,1600.
Tidak cukup dengan belajar,aku sebolehnya mahu berkerja keras untuk menampung keluarga makcik,kerana aku tahu,kepayahan hidup di bandar dengan kos sara hidup yang tinggi tatkala usia baru menginjak lapan tahun.
━━━━━━━━┛ ✠ ┗━━━━━━━━
Bạn đang đọc truyện trên: TruyenTop.Vip