𝟎𝟎𝟑


━━━━━━━━┓ ✠ ┏━━━━━━━━

𝓐𝓴𝓾 terus memotong percakapannya demi menyelamatkan telinga dari bernanah teruk.

" Cut the crap. Just go straight down to the whole damn point. Who are you guys? What kind of business you had to attend at these  late hours?"

Bertubi-tubi aku menyoal seperti FBI.

Jejaka berambut fluff chestnut brown yang duduk bersebelahan jejaka 'Romeo' itu sudah tergelak besar.

Dia menepuk-nepuk bahu jejaka berambut merah menyala yang sudah terkaku bak patung bernyawa.

"hahahaha padan muka kau,Rick. Kaw-kaw kena reject dengan cik muda kita!"

Jejaka yang dipanggil Rick itu mulai berang.

Wajahnya sudah bertukar merah seperti warna rambutnya pabila diusik oleh rakan bermulut tempayan.

"shut the fuck up,Niko!Sumpah aku cakap balik nanti kita settle dekat training hall"

Jejaka bernama Niko itu tersengih lebar.

"Hah, challenge accepted. Into the training hall we go! Jangan pulak kau menyesal eh Rick aku tibai Kau sampai kau rasa mati lebih baik" ujarnya dengan penuh riang.

Aku rasa macam mata yang rabun  bertambah rabun sebab aku ternampak bayangan tanduk setan bertenggek atas kepala dia?
Cermin mata diangkat ke atas.

Mata digosok beberapa kali.

Cuba untuk membuang imej tersebut dan ternyata,sangkaan aku tepat.

Setelah yakin bahawa tiada satu pun habuk masuk ke dalam mata,aku memakai semula cermin mata berbentuk bulat lalu memandang sekali lagi untuk memastikan tanggapan aku itu benar.

Yup, tiada. Hanya imaginasi aku sahaja.

Pelipis aku kembali berlapis-lapis macam kuih lapis.

Kenapa tiada sorang pun mahu menghentikan pergaduhan mulut antara dua ekor beruk ini?

Sudah lebih dari tiga minit mereka berperang mulut.

Namun yang lain masih lagi berdiam diri sambil menyibukkan diri dengan hal masing-masing macam tiada apa yang berlaku.

Akhirnya mungkin sebab dah tak tahan dengan bunyi bising,si jejaka bermuka serius yang mempunyai parut di bibir seksinya itu berdehem.

Cukup kuat untuk mengsenyapkan dua orang itu.

"sekali lagi aku dengar korang bukak mulut korang even cakap sepatah pun...memang korang mintak ajal sampai cepat"

Dia melemparkan sorotan mata redup namun cukup membuatkan keduanya berubah menjadi manusia yang lebih berdisplin dan berakhlak mulia.

Huh,penakut. Aku mengejek dalam diam.

Seakan dapat meneka apa yang bermain difikiran aku, jejaka bermata redup itu mengukir senyuman nakal saat mata kami bertembung.

Namun sorotan mata itu jelas kelihatan seperti pandangan mata seekor binatang buas menanti masa untuk menyerang mangsa buruannya.

Berderau darah aku pabila dia melemparkan padangan sebegitu rupa.

Menjadi kepantangan aku kalau dipandang sampai macam tu sekali oleh seorang lelaki, ini di kira sexual harassment!

Aku mengetap gigi menahan amarah yang bergelodak tak ubah umpamam tsunami.

Kalau tak mengenangkan keberadaan Makcik Rubella yang di sayangi elok duduk di sebelah ini,memang dah lama aku cekik kolar baju jejaka itu lalu aku beri hadiah berupa tumbukan padu.

Kalau boleh aku nak tambahkan lagi parut dekat bibir itu!

Kalau pecah kena jahit pun lagi bagus!

Jejaka itu tidak sedikit pun mengalihkan pandangan buasnya.

Malah aku lihat dia semakin teruja tengok aku menahan marah.

Dia menjilat bibir seksinya dengan penuh asyik.

Argh,please can I kill someone today?

Aura membunuhku semakin membuak-buak jadinya.

Tanganku mengempal menjadi penumbuk,urat di tangan juga sudah menimbul.

Menanti masa hinggap di wajah yang tak seberapa nak kacak padahal memang pun dia kacak nak mati.

Cuma aku tidak akan sesekali mengakuinya!

━━━━━━━━┓ ✠ ┏━━━━━━━━

Bạn đang đọc truyện trên: TruyenTop.Vip