𝟎𝟎𝟕

━━━━━━━━┓ ✠ ┏━━━━━━━━

" 𝓦𝓮 should give her some times to rest..."

"You know it too, she just too shocked"

"Huwaaa janganlah mati lagi,cik muda! Saya belum pun sempat nak tunjukkan skill saya..."

"Shut up dumbass, dia tak mati lagi! Dia cuma pengsan aje"

"Korang boleh tak senyap sikit? Kang ada jugak aku staplerkan mulut tu karang"

Kelopak mataku buka perlahan.

Dengan penglihatan yang berbalam-balam kerana rabun,aku dapat melihat terdapat beberapa lembaga hitam tinggi lampai mengerumuni sekeliling bilik aku yang kecil dan sempit.

Aku mengerutkan dahi. Kepala dipegang kejap.

Iya, memori semalam kembali menerjah memasuki laman fikiran.

Aku berdecit kegeraman. Insiden semalam bukanlah mimpi ngeri seperti yang aku doakan iya tak pernah berlaku,tapi lihatlah kewujudan mereka ini!

"Eh, cik muda dah sedar!" Teriak seseorang.

Aku masih belum dapat cam lagi suara mereka yang mana satu.

Suara bingit dah satu hal, annoying pulak tu. Kenapa lah aku diuji sebegini rupa?

"Do you guys have no sense of privacy? Kena juga ke menyemak dalam bilik aku ni?" Ujar aku dengan kasar.

Rambutku yang panjang mengurai melepasi paras pinggang digaru kasar.

Seakan tidak mengendahkan perilaku dingin aku yang macam di buat sebagai musuh terhadap mereka,dengan selamba jejaka berambut silver yang berdiri sangat hampir dengan katil aku menapak ke hadapan.

Tubuhnya ditunduk penuh hormat,sebelah tangan di sua ke arah aku.

Di atas telapak tangannya terlihat suatu objek yang amat aku kenali.

"Cik muda, ini dia cermin mata cik.Sudah semestinya saya dah lapkan.By the way, Saya faham cik masih lagi keliru dengan semua ini, tapi lama-lama nanti cik akan terbiasalah dengan kami berlima" ujarnya.

Aku terdiam.Mulai timbul sedikit perasaan serba salah.

Tanpa banyak soal aku mengambil cermin mata darinya lalu aku pakai.

Kepala tertunduk ke bawah, cuba untuk menyembunyikan lagi wajah aku yang sudah memerah.

"T-terima kasih..." Bisik aku dengan sangat perlahan. Iya aku pun ada ego tersendiri.

Susah sekali untuk aku  mengungkapkan sepotong ayat itu kerana selama ini jarang sekali aku meminta pertolongan dari orang lain. Aku sudah terbiasa membuatnya semua seorang diri.

Cuping telinga aku amatlah sensitif. Dapat aku dengari dengan jelas mereka semua tertawa perlahan.

"Argh, comel giler lah cik muda kita ni, don't you agreed,Niko?"

"Certainly.Indeed she is adorable"

Makin memerah wajah aku namun jelas sekali aku tidak berapa nak terima pujian yang amatlah asing pada pendengaran aku.

Selalunya orang memanggil aku witch atau demoness. I've never associates myself with those words such as cute nor adorable.

Sedang asyik melayan perasaan, terasa dagu aku ditarik ke atas.

Aku mendongak memandang si pelaku.

Mata aku terus membesar saat bertembung dengan sorotan mata redup berwarna biru gelap.

Dia dengan tanpa rasa malu mendekatkan wajah maskulinnya rapat ke wajah aku,sehinggakan batang hidung kami berlaga.

Lalu dia berbisik perlahan.

" I was so worried that my princess won't woke up.Kalau kau lambat bagun tadi aku rasa dah selamat aku kiss bibir sweet kau tu"


━━━━━━━━┓ ✠ ┏━━━━━━━━

Bạn đang đọc truyện trên: TruyenTop.Vip