Last Teaser
L A S T
T E A S E R
TANPA disuruh, aku mengemas pakaian Abang Zein dalam almari yang tersedia. Tubuh Abang Zein yang terbaring di atas katil aku kerling hanya dengan ekor mata. Penat agaknya membenci aku, badan pun kelesuan. Siapa suruh, kan?
“Rajin isteri abang…”
Aku pantas mendongak bila terdengar suara serak-serak basah Abang Zein. Sejak bila pula dia bangun? Nampak dia dah duduk di birai katil, dan retinanya terpasung lama pada pakaian dia yang tengah aku lipat.
“Kau ingat aku akan puji kau? Jangan mimpilah. Lepas je kemas pakaian aku, bilik air tu aku nak kau sental sampai berkilat. Pasal makanan pulak, aku order je. Jijik pulak nak makan hasil air tangan perempuan kotor macam kau.” Selamba dia buka baju depan aku, dan lempar baju itu ke mukaku. Aku diam mengambilnya walaupun rasa marah mula menular dalam ruang dada.
“Senanglah saya tak perlu memasak,” kataku sambil senyum senang. Masaklah paling aku malas. Sebelum ini bibik je buat semuanya.
“Kau cakap apa?”
“Takde apa,” jawabku ringkas. Dia mesti tak dengar. Dah aku cakap serupa orang berbisik.
Deringan handphone menyapa gegendang telingaku. Datangnya dari handphone Abang Zein. Spontan, Abang Zein bangun untuk menjawab panggilan tersebut. Aku curi-curi lihat reaksi dia, ternyata ada sebuah senyuman tercalit di bibirnya.
“Malam ni datang apartment I. Let’s hang out.”
Entah mengapa dadaku berdebar-debar mendengarkan itu. Siapa di talian? Abang Zein ada perempuan lain ke?
“Baby, jangan lupa pakai dress yang I bagi. Mesti you cantik jelita.”
Ah, benarlah Abang Zein ada kekasih hati. Pasti dia mahu aku sakit hati dan cemburukan hubungan dia bersama perempuan itu.
“Kau pekak ke? Aku tengah bercakap dengan kau ni!”
Tersentak. Lensa mataku terarah pada Abang Zein. Telefon pintarnya sudah terbaring di sisinya. Bermakna panggilan tadi telah lama tamat ke? Lama pula aku mengelamun.
“Abang cakap apa tadi?” soalku pula.
“Aku nak cakap, nanti kekasih aku nak datang sini. Jangan sesekali kau panggil aku abang. Dan, satu pesanan aku. Jangan menggatal nak mengaku aku ni suami kau. Faham tak, Dara?”
Aku angguk akur. Tiada pilihan pun. Tidak boleh tidak, aku hanyalah patung mainannya. Derapan kakinya tepat berhenti di depanku. Spontan, lensa mataku mencari sepasang mata galaknya. Dan, tika itu kami saling bertatapan tanpa berbicara.
“Kau memang tak rasa apa-apa ke bila aku ajak perempuan lain masuk apartment ni?” Dia duduk bertinggung, juntaian rambut depanku disentuh dengan jemari panjangnya. Aku tahan nafas, sejak kahwin inilah kali pertama Abang Zein sentuh rambut aku dengan lembut. Kenapa dengan dia?
rkan itu. Aku memang tidak berhak menghalang dia.
“Sikit pun kau tak kesah ke?” Sembari itu, kelopak matanya terpejam sambil menikmati haruman dari rambutku. Kejung tubuhku tika ini, aku hanya terkaku tanpa dapat membalas pertanyaannya. Tangan ingin sekali menolak perbuatannya tapi tak pula aku gagahkan tangan ini. Hanya membeku.
“Anggap je saya tak wujud. Have fun with your girlfriend.” Bila kekuatan kembali mendaki, aku tutu
“Kau tak teringin ke merasa belaian seorang suami?” Tangan Abang Zein merayap di bahuku, matanya telah dibuka. Merenung tepat ke dalam dasar hati. Aku menggeleng, cuba sedarkan diri lalu menolak Abang Zein agar menjauh.
Tawa sinis keluar di bibir Abang Zein. Tahu, lelaki itu hanya mahu mempermainkan perasaanku. Penumbuk aku kepal bila Abang Zein dah bangun dan beredar meninggalkan aku. Dia masuk ke dalam kamar mandi sambil bersiulan. Suka sangat ke dapat sakitkan hati aku?
Bạn đang đọc truyện trên: TruyenTop.Vip