Teaser 3
T E A S E R 3
Nak keluar rumah pun Si Zein ni tak bagi 😒
“PAKAI dress bagai ni nak pergi mana? Nak meny*ndal ke?” Pedih tak terkata. Aku hanya jeling Abang Zein yang duduk santai di sofa sambil menonton televisyen. Bila aku turun, pandai pulak dia menjengah aku. Dasar telinga capang! Ada je dia perasan kehadiran aku.
“Kalau betul pun ada masalah ke dengan Abang Zein?” Hambik kau! Nak sangat bergaduh dengan aku.
“Eh, makin menjadi perangai. Kau ingat aku bagi kau meny*ndal hingga malukan mama dan papa ke, hah?!” Menderam suaranya meluahkan rasa meluatnya terhadap aku. Tudung yang sedikit senget aku betulkan tanpa hiraukan Abang Zein. Dah memang perangai suka mendengki, biarkan je dia bercakap apa pun.
“Kau ni pekak ke? Kau ingat aku izinkan kau keluar rumah?”
“Abang Zein ni ada masalah jiwa ke? Ada saya ganggu abang ke kalau saya keluar sekarang? Bukan ke abang lagi suka bila saya keluar. Tak ada lah abang tu meluat tengok rupa saya tak serupa bikin ni?” Benciku terhadap dia kian marak. Kalau ikutkan hati hendak saja aku bagi sebiji penumbuk ke muka berlagak itu. Suka hati saja menghalang aku untuk keluar rumah. Mama dan papa pun bagi aku keluar, kenapa dia pula melebih-lebih. Dia bukan abang kandung betul aku pun.
“Tahu pun kau. Kalau sedar, kau jangan berangan nak keluar. Aku nak kau duduk dalam bilik kau, jaga maruah kau. Jangan suka-suka berjimba sampai rosakkan nama baik mama dan papa aku.”
Alasan yang tidak munasabah. Peduli apa aku? Dengan penuh lagak berani aku bawa langkah ke pintu, tak endahkan cerlungan tajam Abang Zein. Aku akan keluar jugak hari ni. Apapun yang keluar dari bibir berapi itu tidak akan membantutkan date aku dengan Adham. Titik!
“Dara! Berani kau langgar arahan aku!”
Pekakkan telinga, aku keluar rumah tanpa peduli jeritan menggila daripada Abang Zein. Selepas baik dari koma, wayar otaknya putus kut.
Bạn đang đọc truyện trên: TruyenTop.Vip