Teaser 4
Munchkin:
T E A S E R 4
😔😔😔😔
Bila abg angkat yg benci kau sgt2 kuat mengongkong.
MAMA dan papa beri kebenaran kepada kami untuk bernikah demi menjaga aib keluarga. Habis Abang Zein diceramah oleh mama dan papa turut membelasah Abang Zein. Tidak pula aku menghalang, dah memang salah dia. Kalau boleh, nak aje aku bunuh Abang Zein. Mujur ada undnag-undang di Malaysia. Kalau tidak, aku dah lama tikam Abang Zein berkali-kali sampai ke titisan darah yang terakhir.
Mama juga beri pesan, setiap kali aku pergi kolej perlulah dihantar oleh Abang Zein. Dan kerana itu, sekarang Abang Zein hantar aku pergi dan balik. Dia jadi driver tak berbayar untuk aku. Tidak pula Abang Zein membantah. Aku pun tak tahu bagaimana hendak menolak, nanti kami akan diijab kabul juga. Tak salah kalau Abang Zein nak jadi driver aku sementara dia belum kerja di syarikat papa.
“Sukalah kau kan bila mama dan papa marah aku sejak minggu ni. Mesti kau seronok tengok aku kena penampar.”
Aku fikir sikapnya akan berubah, tidak sama sekali. Pagi-pagi pun nak cari gaduh. Macam mana kalau kami kahwin, setiap masa akan bertegang urat agaknya.
“Bukan ke abang juga yang meminta semua ni?”
“Aku yang mintak? Haha… Kau lupa kut, tujuan aku kahwin dengan kau sebab nak hidup kau lebih merana. Perkahwinan tu tiket untuk aku dera kau lebih dahsyat. Kau akan hidup dalam neraka ciptaan aku.”
“Oh, abang tak nak saya bahagia… Saya tahu… Tapi, abang juga yang rugi sebab kahwin dengan saya. Buang duit dan buang masa je nak hancurkan hidup saya. Lebih baik abang fokus dengan hidup abang. Dan bina bahagia abang dengan perempuan yang abang cintai.”
Kedengaran tawa sinis meletus. Aku kerling Abang Zein di sisi yang sedang tenang memandu. Dalam 10 minit sampai lah tu. Ah, bosan betul bergaduh dengan Abang Zein. Dia aje nak menang.
“Kau lupa satu benda. Aku hanya akan bahagia bila tengok hidup kau sengsara. Simpan kata-kata aku dalam otak cetek kau tu.”
Ingat aku takut sangat ke? Aku dah lali dengan perangai haram jadahnya. Buatlah apa saja asalkan dia bahagia. Aku juga tidak akan tinggal diam. Bila berlaku kekerasan rumahtangga, akan aku pastikan fasakh jadi keutamaan. Biar Abang Zein kalah di mahkamah. Seb@d@h-b@d@h aku, akal warasku masih berfungsi.
“Balik nanti jangan buat hal sibuk keluar dengan jantan lain. Ingat sikit kau tu bakal jadi isteri aku. Sekali aku dapat tangkap kau keluar berpeleseran dengan jantan lain. Siap kau aku akan kerjakan! Kau faham tak!” Amaran Abang Zein buatkan aku kecut perut. Abang Zein tidak pernah gagal kotakan apa yang dia katakan. Kenapalah hidupku sebelum kahwin dengannya pun seperti burung dalam sangkar. Tak bebas seperti dulu. Bencinya!
“Ingat saya ni binatang ke kena kurung je?” Dalam takut, aku masih mahu membantah.
Pemanduannya berhenti di tepi bus stop. Tangan kanannya mencengkam daguku. Matanya garang menentang wajah polosku.
“Kau tu milik aku. Ikut suka akulah nak kurung atau nak ikat kau pun. Jangan berani langgar arahan aku. Kau kenal aku punya perangai macam mana, kan? Kalau nak tengok aku menggila lagi, cubalah cabar.”
Aku renung matanya. Tahap posesif Abang Zein bukan sedikit. Kenapa dia nak sangat takluk perempuan hodoh sepertiku? Sungguh, aku ni bahan mainan dia sahaja ke?
“Apa pandang-pandang? Kau nak cabar aku sangat ke, Dara?” bentak Abang Zein setelah dia melepaskan cengkaman dan turunkan tangan menyelinap di sebalik selendangku. Dicari batang leherku lalu dicekik hingga pernafasan aku mula tercungap-cungap.
Aku cuba menolak, kudratku tak setanding dengannya. Tergeleng-geleng kepalaku, dan bibirku merayu dia agar melepaskan aku.
“Kalau nak lagi sakit daripada ni, cubalah cabar aku…” Giginya dikertap kuat dan rahangnya mengeras. Dia melepaskan cengkaman jua.
Aku menangis hiba cukup di dalam hati. Abang Zein memang melampau!
“Balik nanti terus call aku. Jangan berani balik tanpa aku. Faham?”
“Ya, saya dengar. Tak payah nak ulang-ulang banyak kali. Saya belum pekak lagi.” Dalam nada tertahan, aku membuang kata. Terpaksa tahan marah. Sabar duhai hati.
“Kau memang tak pekak. Tapi b@d@h, b*ng@p!”
Tanpa peduli hinaan dia, lekas aku keluar dari perut kereta. Lepas ni, apalah lagi cacian Abang Zein nak lemparkan pada aku.
Ting. Satu pesanan daripada harimau jadian itu. Terpaksa aku bukak walaupun sakit hati.
Jangan bercakap, jumpa dan pandang Ghibran. Kau tu aku punya selamanya!
Ah, gila! Abang Zein memang gila!
Bạn đang đọc truyện trên: TruyenTop.Vip