Bab 1

Written by _Syafiera




"Assalamualaikum."

Dari menunduk menyisip secangkir kopi, aku lantas mendongak sedikit setelah mendengar sapaan salam dari arah tangga rumah mama.

Dunia terasa seperti berhenti berputar, masa bagai statik tak bergerak. Sepertinya hanya aku dan dia saja disitu walau pada hakikatnya mama dan Tok Ma sedang rancak bersembang.

"Wa...Waalaikumsalam," balasku perlahan. Bibir digigit menahan debaran yang tiba-tiba saja menjengah.

Kenapa aku berdebar ni?

Adakah kerana aku baru tersedar bahawa dia adalah lelaki yang telah lama aku puja suatu ketika dahulu. Dia yang mencuri hatiku sejak pertama kali aku memasuki sekolah. Dia juga menjadi yang pertama menegurku sewaktu aku keseorangan. Dia... Noah Mikhael.

Sungguh aku tak sangka, dia berada dihadapanku sekarang!

"Tok Ma," tegurnya bersama senyuman. Senyuman yang sungguh menawan dan mampu mencairkan hati para wanita yang melihatnya.

Tangan Tok Ma dikucup lembut. Tatkala iris mataku berpapasan dengan mata indah itu, lantas aku melukis segaris senyuman.

Mikhael membalas senyumanku dengan? Jelingan yang maha tajam. Jelingan itu seperti menghantar makna dia tidak suka dengan kehadiranku di sini.

Ah, mungkin dia tersalah kut? Mahu balas senyum tapi terjeling tanpa sengaja. Tak apa, husnuzon tu pentingย  Isya!

"Lama betul kamu bersiap, kesian Isya dan Tok Ma tunggu kamu." Rungutan mama menjamah telinga. Mikhael terus saja menghenyak punggung bersebelahan mama sebelum mencium pipi itu dengan mesra. Sejuk perut aku melihat dia sweet dengan mama dia.

"Sorry. Noah ada hal tadi, " ujarnya ringkas dan padat. Cawan yang dipegang mama dirampas selamba oleh Mikhael.

Tindak tanduknya kurenung dengan tekun sehingga tak terkelip mataku. Begitu sekali aku menikmati 'keindahan' ciptaan Allah yang maha indah itu.

"Ehem. Isya.." seru Tok Ma tiba-tiba. Tersentak aku dibuatnya, segera aku menoleh sebelah.

"Ya, Tok Ma?" soalku malu-malu.

Tok Ma mendekatkan bibir ke telingaku.

"Jaga pandangan. Dosa tenung anak teruna orang macam tu." Teguran Tok Ma membuatkan aku tersipu.

Itulah Isya, lain kali kalau nak tenung crush tengok dulu kiri kanan. Dah kantoi, tahu pula malu! Omelku didalam hati.

"Mak, kita beritahu mereka berdua sekarang, ya?"

Aku yang mendengar sudah terpinga-pinga. Beritahu? Beritahu apa?Ada apa-apa yang penting ke?

Tok Ma mengangguk setuju.

"Isya, Noah. Mama dengan Tok Ma ada benda penting sebenarnya nak cakap." Ayat mama bergantung tidak disambung. Ianya pastinya membuatkan jantungku kembali berdetak laju. Tiba-tiba rasa suspen pula.

"Mama dengan Tok Ma nak jodohkan kamu berdua..."

Suasana bertukar hening seperti ditanah perkuburan. Wajah Mikhael kukerling sekilas, ingin melihat ekspresinya. Dia kelihatan tersentak. Mungkin dia juga terkejut dengan apa yang dibicarakan mama tadi.

Aku pula... Semestinya terkejut. Aku bagaikan tidak berpijak di bumi yang nyata, rasa macam sedang bermimpi juga kerana mereka ingin jodohkan akuย  dengan orang yang sudah lama mencuri hatiku itu. Tapi... Mikhael setuju ke?

"Mama tahu semua ni macam tiba-tiba. Tapi mama dengan Tok Ma buat keputusan ni untuk kamu berdua juga. Untuk ma-"

"No." Mikhael bangun dan meninggalkan ruang tamu tanpa menitip pesan. Masing-masing berubah muka. Aku pula dah terkejut, terkedu, terpempan dan terpaku. Segala ter- semua terkeluar. Shock tahap infinity.

Dia... Dia... Reject aku? Semudah itu tanpa bagi peluang pada aku?

Aku terasa terhina. Dada terasa sakit seperti ditumbuk berkali-kali dengan kejam. Dengan payah, senyuman pahit dipamerkan tatkala mama merenungku dengan riak serba salah.

"Isya ja-"

"Tak apa mama... Isya okay. Tengok ni, Isya senyum." Senyuman dilebarkan sehingga lesung pipit dipipi kananku kelihatan.

Tok Ma disebelah tak terkata apa. Hanya diam membisu, mungkin dia terasa dengan jawapan Mikhael tadi.

...

Satu susuk tubuh tegap sedang berdiri sendirian ditepi kolam ikan. Aku memberanikan diri untuk ke sana, sejalur itu aku membuka langkah untuk menghampirinya.

Aku berdehem beberapa kali untuk menyedarkannya tentang keberadaanku dibelakangnya, tetapi dia hanya statik tak bergerak.

Dia hanya memaku pandangan melihat ikan berenang riang didalam kolam.

"Hello?"

"Awak...?"

"Mikhael?"

"Abang?"

Masih pegun tidak memandangku, seolah aku ini adalah hantu. Aku menggaru-garu kepala yang dilitupi tudung, rasa stress pula dengan kesombongan Mikhael ni.

Mungkin... Dia nak aku panggil dia sayang? Baby? Bucuk anje? Oppa, eh acah korea sangat?

Aku tersengih sendirian, membayangkan panggilan mesra itu cukup meremangkan bulu roma. But, why not aku try? Mana tahu menjadi?

"Sayang..."

"Ba-"

Tak sempat untuk aku panggil gelaran manja yang kedua, dia sudah menoleh memandangku. Aku tersengih kecil. Yeay, berjaya! Tapi, tajam betul jelingan dia.

"Jangan ganggu aku." Tiga patah perkataan itu terus mematikan sengihanku tadi.

"Isya tak ganggulah. Isya cuma nak tanya kenapa awak tolak permintaan mama dan Tok Ma?"

Sudah 3 minit aku menunggunya membalas tetapi hampa. Dia kembali membisu. Eleh, mentang-mentang suara dia seksi, payah betul nak bercakap dengan aku! Kedekut!

"Awak, jawablah." Aku dah mula menggesa, tak sabar nak tahu.

"None of your business." Suara garaunya kedengaran setelah hampir 6 minit aku menunggu. Dia memusingkan tubuh ingin berlalu pergi. Sempat dia melanggar bahuku sehingga aku terundur beberapa tapak. Aih, kasarnya.

He absolutely ignores me.

He change so badly.

Keluhan terbit dari bibir.

"Tak apalah, mungkin tak ada jodoh nak kahwin dengan crush..."

...

"Isya." Namaku diseru bersulam ketukan pada pintu bilik. Aku bingkas bangun membuka pintu, wajah Tok Ma menjamah ruangan mata.

"Ya, Tok Ma?" sahutku lembut.

"Tadi mama kamu telefon Tok. Dia cakap Mi-"

"Mi apa?"

"Ish, dengar dulu Tok nak cakap apa." Bahuku ditepuk manja. Aku tersengih kecil seraya mengeratkan pelukan pada seekor patung beruang kesayanganku yang berada dalam dakapan.

"Mikhael kata dia setuju nak kahwin dengan kamu."


...

Writer's comment : Wah, power an sis _Syafiera tulis bab 1. So siapa nak bab 2? Hahaha. Bab 2 tahun depan tau ๐Ÿ˜‚

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: TruyenTop.Vip