Bab 2
Written by Fahizah_Reena
Mataku tak dapat terkatup, otak dan fikiran tidak berhenti daripada memikirkan Mikhael. Sejak perkhabaran dia menerima aku menjadi isterinya, tiada langsung panggilan mahupun pesanan teks daripadanya.
Kael, awak sombong!
Grrr...
Pejam celik pejam celik sampai berjuta kali aku buat, tidak kusangka hari yang paling aku nanti-nantikan akan muncul esok pagi. Statusku bakal bertukar dari anak dara kepada isteri orang.
Oh Mai Allah.
I'm so excited!
Wajah kacak Mikhael seakan berada di hadapan mata. Tak terkelip mata aku membayangkan itu, macam nak tumpah air liur tengok senyuman Mikhael tiba-tiba terbit di bibir seksinya itu.
Auch!
"Percikan sinar matamu singgah di hati
Bergetar bibirku bisu sukar mengerti
Pantasnya diri tertawan
Tak sempat berkelip aku kau punya."
Sirna terus bayang itu, seakan abu berterbangan gara-gara deringan handphoneku berbunyi. Kalut aku mengaut handphone di atas katil. Duniaku seperti mahu terbalik melihatkan nama pemanggil yang tertera didada skrin.
Ya Allah...
Mimpi di syurgakah sekarang ini?
Dada berdetak laju bagaikan gong dipalu, ditambah itu senyuman tidak putus-putus mewarnai ulas bibirku. Macam gaya orang kena sawan jugak, seketika aku tergelak kecil dan segera menyentuh skrin untuk menjawab panggilan daripada suami tercinta.
Amboi, pembetulan. Bakal suami yang tercinta, ya cik Isya!
"Hello... Assalamualaikum, Kael." Dengan lenggok sopan dan malu-malu aku lontarkan pembuka bicara. Hati tidak sudah bergema bagai nak runtuh segala organ dalam badan, tetapi...
"Waalaikumussalam. Hmm... Aku ada hal nak cakap." Dingin. Sepantas kilat, macam ada angin menampar kulit pipiku dan selajur itu kesejukan meresapi seluruh tubuhku. Aura dingin Kael memang power.
"Nak cakap apa, a...bang?" Berani pula aku tunjuk manja, nak cairkan mamat peti sejuk ni. Err, agak-agak kena maki tak nanti?
"Sh**, aku nak warning. Esok jangan buat hal..."
Tit tit...
Talian dimatikan macam tu sahaja. Terkedu dibuatnya, baru nak buka mulut tahu tak. Apa masalah mamat ni, cakap tak habis lepas tu tutup terus. Sekurang-kurangnya bagilah peluang untuk aku bermanja-manja dengan dia. Kita kenalah tunjuk skill awal-awal, manalah tahu dia akan terkejut kerana terpaksa hadap perangai sebenar aku esok. Aku kan perempuan paling manja, anak bongsulah katakan.
Haish. Takpe, aku boleh kacau dia di whatsapp.
Tap
Dia online. Laju jari jemariku menaip, otakku yang tak berapa nak ada idea sangat tetap aku paksa untuk bina ayat menghantar pesanan kepada dia. Aku tetap tak puas hati, nak juga ganggu hidup dia setelah dia buat hati aku makin gundah kerana ayat separuh hatinya itu.
+Abang... Knp off gitu je? Abang ada keje lain, ye? Abang busy buat apa? Bukan ke semua persiapan dah siap? Ke abang tengah praktis lafaz akad nikah? Abang nervous, eh?
Aku tekan butang send. Gelak kecil terbias di bibir, bantal aku tekup ke muka. Malunya, tapi ada aku kesah? Dia suami aku kut, apa salahnya sekali sekala menggatal dengan dia.
Ya Allah. Kufikir akan dibalas on the spot, tapi malangnya dibiarkan bluetick. Paling haru, dia terus tak online. Main kasar betul! Tunggulah esok! Saya takkan lepaskan awak encik ketul ais!
...
"Aku terima nikahnya Isya Insyirah binti Adam dengan mas kahwin 10 ribu tunai."
Lafaz syahdu itu terngiang-ngiang di halwa telingaku. Kini, aku sudah menjadi hak milik sah kepada jejaka bernama Noah Mikhael, crush kacak lagikan sombong. Namun, tidak mengapalah kalau dia sombong lagu mana pun, aku tetap suka.
Dahi aku sentuh, pipiku memerah persis kulit tomato yang masak ranum. Masih terasa hangatnya kucupan Mikhael, saat itu aku macam nak menangis meraung kerana terlampau gembira. Bayangkan sahajalah crush kiss dahi, lepas tu dia selamba mencium pula pipi belah kananku. Membulat anak mataku, macam nak terjojol keluar masa itu. Nasib juga, aku boleh control.
Mikhael ada calit ubat pengasih ke? Kenapa asyik teringat-ingat dia, hati juga merindui dia... Ceyh, padahal baru beberapa jam sahaja jadi suami isteri aku dah angau tahap kronik begini.
Bahayalah kau, Isya!
Kena sampuk, eh?
Krekk
Tersentak aku tatkala pintu bilik air terbuka. Tersembul wajah suamiku di balik pintu, rambutnya basah menandakan dia baru lepas mandi. Dan, mataku terpaku elok di badannya yang tidak berbaju.
Terbuka luas mulutku kerana teruja yang amat dapat menikmati pandangan yang tidak pernah aku nampak selama ini. Ketul-ketul ban roti tercetak elok di badannya.
Seksinya tak boleh dibawak bincang.
Siapa makhluk Tuhan yang paling seksi?
Mikhael!
"Ehem..."
Ada suara deheman kuat menegurku. Aku terkebil-kebil apabila dia mendekati aku. Liur kuteguk laju, makin lama Mikhael mara. Jantung nak tercampak dah bila dia berhenti tepat-tepat di depan aku.
Keningnya terangkat dan tangannya memanjang seolah-olah hendak menyentuh tubuhku. Aku tak dapat kawal gementar, dalam hati aku bersedia jika Mikhael mahukan aku. Aku redha dengan relanya. Sepenuh jiwa raga akan aku berikan istimewa buat suamiku yang tercinta. Kerana itu, aku memejamkan mata.
Haruman dari badannya menusuk ke rongga hidungku, aku hampir tenggelam ke dasar lautan dah. Lemah lututku saat ini, tetapi dahiku terasa ditunjal.
"Perasan!" Zapp! Seperti ada aliran elektrik masuk ke dalam badan tatkala ada suara berbisik halus dan menjalar ke halwa telinga. Kenapa Mikhael cakap macam tu?
"Minah gatal." Apa? Dia kata aku minah gatal? Sejak bila pula, tolonglah jangan menuduh. Tak sukalah macam ni. Benci tahu tak.
"Eee, Awak jahatlah Kael!" Aku membentak setelah buka mata. Rasa gementar bertukar geram apabila terpandang dia berbaring atas sofa beralasankan bantal. Dia nak tunjuk dia tak sudi tidur sekatil dengan aku ke macam mana?
Kenapa dia macam ni? Tahu tak aku malu tahap gaban sebab perasan tadi? Aku ingatkan dia nak...
Argh! Benci Kael! Benci!
Aku bingkas bangun dari katil, kaki ku hentak-hentak.
Ting!
Idea tiba-tiba menjelma. Aku dekati dia, kerja aku lebih mudah sebab dia tutup mata. Dengan senyuman sebijik mak lampir, aku capai bantalnya.
Tanpa buang masa, aku tarik bantalnya dan campak ke hujung pintu. Dia kaget sehingga terbangun kerana kepalanya terhentak di atasย sofa. Matanya membesar dengan jegilan.
Terasa kecut juga perut ini, tetapi aku acah berani.
"My surprise!" Aku membuahkan tawa setelah mengungkap bicara itu. Memang tiada motif nak cakap surprise begitu, sengaja nak sakitkan hati dia.
"Annoying..." Dia mengumam sebal sambil bangun, giginya diketap sebelum dia mengutip bantal yang aku campak awal tadi. Selepas itu, dia selamba berbaring semula atas sofa tanpa hiraukan aku yang tercongok depan mata dia.
Ingatkan dia nak mengamuk tapi ini reaksi dia? Sekadar cakap aku annoying? Dia takde perasaan marah ke? Ini sudah lebih, mungkin aku kena buat surprise yang lebih advance.
Jari telunjuk mencucuk lembut bahunya, ingin memastikan dia dah lena ataupun pura-pura tidur. Tidak kusangka dia masih statik tidak bergerak. Sekejap sangat dia tidur? Lain macam dia ni. Agak-agak kalau aku buat benda ni dia akan terbangun ataupun selamba badak tidur semula?
Isya, kau rasa kau mampu hadap muka dia tak lepas ni?
Hatiku bergaul rasa gundah gulana. Perkara yang bakal aku lakukan akan mengubah perspektif Kael pada aku. Apa patut aku teruskan niat aku? Ataupun batalkan sahaja?
Cubalah dulu.
Tak cuba, tak tahu kan?
Wajah aku menunduk ingin mendekati parasnya. Dada berdebar tidak sudah. Dalam nafas tertahan, aku labuhkan bibir di pipinya. Gila kan perempuan bernama Isya. Aksi berani mati betul.
Aku menjauhkan muka, hendak melihat apa pula tindakan dia. Matanya jelas terbuka luas, dan dapat aku perhati dadanya turut berombak turun naik. Pandangan yang dia bentangkan tajam, tetapi aku nampak dia cuba selindung amarah. Bibirnya juga terbuka tetapi tiada suara yang keluar.
Aku kemam bibir, dah mula rasa tak sedap hati. Macam nak lari, tapi kaki macam di gam.
"Disgustato. Capisci?"
Terkebil-kebil aku tangkap bahasa alien mana dia sebut. Dia menjeling aku sebelum mengorak langkah meninggalkan aku seorang diri dalam bilik.
Apa benda dia cakap tu? Tolonglah aku tak faham. Dia marah atau suka sebenarnya?
....
Writer's comment : Adeh, kenapalah isya jadi gatal pulak ni? Maafin saya ya, lama benor tak update, idea tersekat-sekat aje. Kalau ade kurang tu, jgn kecam ye๐๐๐
Bแบกn ฤang ฤแปc truyแปn trรชn: TruyenTop.Vip